Kuah Kacang mesti ada semua rasa dan tekstur. Masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar sedikit. Sedap bila tergigit. Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging. Ini rahsia Asrinna Bakri masak Sambal Kacang Daging. Marilah kita cuba resipi yang dikongsikannya.
RESEPI SAMBAL KACANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
½ kg kacang tanah ½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis. 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih –BELI ONLINE 1 inci halia –BELI ONLINE 1 inci lengkuas –BELI ONLINE 1 batang serai 2 sudu makan udang kering (boleh juga guna udang geragau) 1 cawan cili kisar 2 sudu kicap manis (optional) Air asam jawa – BELI ONLINE Gula melaka – BELI ONLINE Gula putih – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
Ads
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Selepas itu masukkan pula daging. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.
Ads
TIP: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Memasak jadi lebih mudah jika kita tahu caranya. Salah satu yang boleh dicuba ialah dengan Pes Sambal Belacan ni. Dengan adanya pes ni, kerja memasak hidangan harian seperti Nasi Goreng Kampung, Kangkung Goreng Belacan, Kailan Goreng Belacan, Bihun Goreng dan banyak lagi, menjadi lebih mudah. Hanya satu jenis pes, macam-macam boleh disediakan. Tak perlu dah nak kupas bawang, kisar cili dan sebagainya. Kerja memasak pun jadi lebih cepat. Menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Azima Dandelion.
RESIPI PES SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili padi
2 biji cili merah | nak letak semua cili padi pun boleh
Belacan sebesar ibu jari
2 sudu teh sos tiram
3 sudu makan minyak masak
Air
Sedikit gula | jika perlu
CARA MEMASAK:
Kisar cili padi, cili merah dan belacan bersama sedikit air.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan sos tiram serta gula ( jika perlu) dan masak hingga pecah minyak. Pastikan selalu dikacau bagi mengelakkan pes hangit.
Pedamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.
Nota:
Boleh juga masukkan ikan bilis dalam bahan untuk dikisar. Cuma kalau dah masukkan ikan bilis, sos tiram kena kurangkan kerana takut terlebih masin.
Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan kuantiti bahan-bahan diatas.
Kali ini, RASA ingin berikan resipi sambal yang gerenti buat selera jadi membuak-buak untuk makan nasi panas. Sambal itu adalah sambal ketuk hijau ikan bilis.
Sambal ini sedap dimakan bersama ayam goreng. Memang sudah cukup lengkap rasanya jika makan nasi berlaukkan ayam goreng dengan sambal ketuk hijau ikan bilis ini.
Jom kita tengok resipinya.
SAMBAL KETUK HIJAU IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
Segenggam ikan bilis
3 ulas bawang putih (potong kecil)
4 biji bawang merah kecil (potong kecil)
7 tangkai cili besar hijau (potong kecil)
30 biji cili padi hijau (potong kecil)
1 inci belacan (dibakar)
1 1/2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil serbuk perasa
1/4 sudu kecil garam
1/4 lemon/ limau nipis
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula bawang putih, bawang merah kecil, cili hijau besar, cili padi hijau dan belacan bakar.
3. Dalam lesung batu, masukkan segala bawang dan cili dan belacan. Tumbuk-tumbukkan.
4. Masukkan gula pasir, serbuk perasa dan garam. Tumbuk lagi.
5. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi. Tumbuk lagi.
6. Perahkan lemon atau limau nipis. Gaul sebati. Sedia dinikmati!
Inilah hasilnya.Nampak menyelerakan, kan?Lauk telur pun dah cukup.
Hanya tinggal beberapa hari je lagi Syawal, jika korang nakkan kelainan tapi bosan asyik lauk rendang, kari mahupun kuzi, apa kata korang sediakan menu lebih ringkas namun rasanya tetap sedap. Ni dia enam pilihan sambal.
RASA kongsikan enam resipi sambal yang ringkas dan sesuai sangat mengantikan rendang ye…
SAMBAL DAGING MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makanpes cili kering
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR: 5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makan pes cili kering
2 biji bawang besar | potong dadu
5 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai | hiris
BAHAN REMPAH PENUMIS
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .
SAMBAL GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris nipis, cuci dan tos
1 biji kentang | hiris nipis
1 keping tauhu | potong dadu
150gm hati dan pedal ayam | cuci bersih
1 keping fucuk | rendam
Sedikit suhun | rendam
2 biji cili merah | hris
2 biji cili hijau | hiris
3 batang kacang panjang | hiris serong
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda | hriis memanjang
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Hati dan pedas digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng tempe, kemudian diikuti kentang, tauhu dan akhir sekali hati dan pedal.
Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan hirisan hingga wangi, masukkan pedal dan hati ayam. Gaul rata.
Seterusnya masukkan fucuk dan suhun, kacang panjang, tempe dan hirisan cili merah dan hijau.
Gaul rata, dan masukkan air asam jawa, kicap pekat dan kicap manis.
Terus kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup garing, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris nipis dan kecil
150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan pes cili kering
250ml air
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga.
CARA MEMASAK:
Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging Berkacang sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.
SAMBAL PERUT CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm perut lembu | cuci bersih dan rebus hingga empuk
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
2 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar | hiris
Sedikit cili benggala merah | hiris
Sedikit cili benggala hijau | hiris
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
20 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Perut lembu dihiris memanjang . Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar.
Kemudian masukkan perut,
Gaul rata dan masukkan kicap pekat dan kicap manis sert air asam jawa.
Kacau rata hinggs pes sambal sebati dengan perut.
Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan dan terus kacau hingga pecah minyak.
Setelah cukup rasa tambahkan hirisan cili benggala, gaul rata.
Tutup api sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL LODEH PUTIH
BAHAN-BAHAN:
200gm perut lembu | rebus dan hiris memanjang
2 keping fuchuk | remdam dan potong kecil
Sedikit suhun | rendam
2 biji cili merah | hiris
2 biji cili hijau | hiris
1 biji bawang besar | hiris
5-6 biji tomato ceri | jika suka
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
500ml pati santan
4 sudu makan minyak masak
BAHAN SAYUR:
3 batang kacang panjang | potong 3cm
3-4 batang putih jagung | hiris memanjang
3 kelopak kubis | hiris kecil
1/2 batang lobak merah
BAHAN HIRIS DAN GORENG:
1 keping tauhu | hiris
1 keping tampe | hiris
1 biji kentang | hiris
BAHAN KISAR:
25 biji cili padi
6-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar.
Masukkan perut kacau rata hingga perut sebati dengn bahan tumisan.
Selepas beberapa minit, masukkan pula bahan fucuk, gaul rata.
Seterusnya masukkan bahan sayur.
Setelah sayur layu, masukkan bahan hirisan yang telah digoreng.
Kacau lagi dan masukkan santan, air asam jawa.
Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan suhun dan tomato ceri.
Kacau rata dan tutup api. Sambal Lodeh sedia dihidangkan.