Seminggu sesi persekolahan tahun 2018 akan bermula. Jom kita rangsang keseronokan anak-anak kembali ke sekolah, terutamanya si kecil yang baru melangkah ke alam persekolahan dengan menyediakan bekal yang sedap dan sihat. Apa kata kita tambah resipi dalam senarai menu yang ada.
Kepada ibu-ibu yang masih tercari-cari, ini Rasa kongsikan dua resipi yang mudah dan sihat untuk si kecil, terutama yang baru melangkah ke alam persekolahan.
SANDWICH BERKEJU BBQ
BAHAN-BAHAN:
- 6 keping roti
- 3 keping keju perisa BBQ | boleh didapati dipasaran
- 3 biji telur
- ½ sudu teh serbuk lada putih
- Sedikit garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kepitkan dua keping roti dengan selapis keju di bahagian tengahnya.
- Kemudian pecahkan telur dan pukul bersama sedikit garam dan juga serbuk lada putih.
- Celup roti ke dalam telur.
- Panaskan minyak dan goreng roti hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
- Masukkan ke dalam bekal anak.
BEBOLA UDANG DRAGON BALL
BAHAN-BAHAN:
- 6keping roti putih | dipotong dadu kecil
- ½kgdik isi udang besar | dicincang
- Seit lada putih
- Garam secukup rasa
- Minyak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Potong roti menjadi saiz dadu kecil dan kemudian simpan di tempat sejuk beku selama 30 minit. Ketepikan.
- Gaulkan udang bersama serbuk lada putih dan garam hingga sebati.
- Kemudian kepalkan menjadi bebola kecil.
- Keluarkan roti dari dalam peti sejuk dan kepalkan kuat-kuat pada bebola udang tadi.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Apam Lenggang Sedap. Bahan-Bahan Sukat Guna Cawan Je
Anda suka makan Apam Lenggang? Ni min nak kongsi resipi mudah perkongsian saudari Zaimah Zakaria yang anda boleh cuba buat secara homemade. Senang je rupanya. Bahan-bahan mudah kita perolehi dan sukatannya menggunakan cawan serta sudu. Senanglah nak sukat kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI APAM LENGGANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan tepung beras – beli online DISINI
- 1/2 cawan tepung gandum – beli online DISINI
- 1 1/2 sudu teh yis – beli online DISINI
- 7-8 sudu makan gula pasir – beli online DISINI
- 1 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan kecuali santan. Adun dan perap selama 1-2 jam.
2. Masukkan santan dan kacau sebati. Kalau adunan masih berkutil @ berketul, tapis untuk dapatkan adunan yang sebati.
3. Panaskan kuali dan sapu minyak pada kuali. Jika guna kuali non-stik, tak perlu gris minyak.
4. Ambil 1 senduk adunan dan tuang ke dalam kuali. Lenggang seperti buat Kuih Ketayap.
5. Masak dengan api perlahan. Bila apam sudah kekuningan, bolehlah digulung atau dilipat dua.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Enak dimakan panas.
Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria
Tercari-cari KUALI NON -STICK yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kek Pisang Coklat Adun Guna Blender. Resipi Paling Mudah & Cepat
Resipi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan
Cara Masak Ayam Pedas Korea Paling Ekspress. 10 Minit Dah Siap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Asam Pedas Johor, Buat Pekat-pekat Makan Dengan Nasi Putih. Kuah Banjir Boleh Hirup Sampai Licin
Asam Pedas Johor sememangnya berbeza dengan asam pedas negeri lain. Kuahnya yang lebih merah dan pekat berbanding asam pedas Melaka yang agak cair. makan asam pedas macam ni dengan nasi putih dan sambal belacan pun dah cukup.
Satu lagi keistimewaan asam pedas Johor adalah sayur sawi jeruk yang diletak di dalam kuah berbanding sayur bendi atau terung yang biasanya diletakkan dalam asam pedas lain.
Dapat makan masakan ini lepas tu letak kuah banyak-banyak memang sangat menyelerakan. Gunakan ikan merah, ikan besar, ikan jenahak atau pari, semuanya sedap dan membangkitkan selera.
Ada orang suka kuah asam pedas pekat memang terbaik bila gaul dengan nasi putih. Resipi kali ini menggunakan asam keping untuk rasa masam dan halba memberi lebih rasa.
ASAM PEDAS JOHOR
BAHAN KISAR:
- Lada kering
- 3 biji bawang merah ros
- 3 ulas bawang putih
- Udang kering (lebih sedap dari belacan)
- 1 biji halia (besar ibu jari)
- 2 biji kunyit hidup (besar ibu jari)
BAHAN TUMIS:
- 2 batang serai
- 1 sudu teh halba
BAHAN LAIN:
- Daun kesom
- Bunga kantan
- Asam keping
- Tomato
- Ikan besar
CARA MEMASAK:
- Kisar halus semua bahan kisar.
- Panaskan minyak panas. Tumis bahan serai dan halba.
- Masukkan bahan yang sudah dikisar halus. Tumis hingga pecah mkinyak.
- Perasakan dengan gula.
- Masukkan bunga kantan, daun kesom & asam keping. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan ikan pilhan anda.
- Akhir sekali masukkan tomato dan biar ikan masak.
Tips nak kuah pekat merah berkilat:
- Lebihkan lada kisar untuk pekat.
- Lebihkan minyak semasa menumis.
- Letak gula semasa tumis lada, gula bantu pekatkan dan cantikkan warna lada jadi lebih merah.
- Ikan masukkan bila warna kuah asam pedas dah merah menggelegak, minyak dah naik
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Fyza Shah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pais Tempoyak Ikan Patin. Masak Macam Ni Isi Lebih Sedap & Lembut
Ikan Selar Masak Berlada Satu Hidangan Dah Cukup. Makan Dengan Nasi Panas Tak Perlu Lauk Lain Dah
Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur Yang Sedap Sampai Ke Tulang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
4 Idea Masak Mi Goreng Cara Indonesia Paling Sedap.
Anda dan keluarga suka makan mi goreng? Mungkin sudah jemu dengan resipi sedia ada jadi bolehlah cuba masak mi goreng menggunakan resipi dari Indonesia ni pula. Semuanya kelihatan sedap dan membuka selera. Malah nak masak pun senang. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
1. MI GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi telur – boleh beli di pasaraya bahagian mi kering
- 1 ikat sawi hijau – dipotong
- 2 biji telur – dipukul
- 5 biji bebola daging – dihiris
- 1 tangkai daun bawang – dipotong kasar
- Kicap manis secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
BAHAN TUMBUK HALUS:
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji buah keras
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan celur mi hingga lembut. Toskan airnya.
- Letakkan mi dalam bekas dan campurkan dengan kicap manis, sos tiram, serbuk lada hitam, garam, serbuk pati ayam dan 2 sudu makan minyak masak. Gaul rata dan ketepikan seketika.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian masukkan telur. Kacau hingga hancur. Sisihkan ke tepi kuali.
- Dalam kuali yang sama, tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
- Gaulkan kembali telur dan hirisan bebola daging bersama bahan tumis. Gaul rata.
- Seterusnya masukkan sawi, mi dan juga daun bawang. Adun semua hingga rata dan semua bahan masak sempurna.
- Rasa supaya rasanya sempurna dengan selera. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Sumber: https://www.instagram.com/p/Bpi617zBuWa/
2. MI GORENG BAKSO
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi telur – boleh beli di pasaraya bahagian mi kering
- 1 biji telur
- 10 biji bebola daging @ bakso
- 1 batang lobak merak
- 1 pokok sawi
- 2 batang daun bawang
- 2 batang saderi
- 3 sudu makan kicap manis
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh sos Worcestershire
- 1 sudu teh kicap masin
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN TUMBUK HALUS:
- 5 biji bawang merah
- 7 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan celur mi telur hingga lembut. Angkat, toskan air dan gaulkan dengan minyak masak serta kicap manis. Gaul hingga sebati.
- Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sekata.
- Tambahkan sos Worcestershire, kicap masin, sos tiram, serbuk lada hitam serta garam. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan mi, bebola daging dan juga sayur-sayuran. Gaul lagi hingga sayuran masak dan mi sekata.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Sumber: https://www.instagram.com/p/BnS7OoXA7T9/
3. MI GORENG DAGING RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi telur – rebus 3 minit dan toskan airnya
- 200gm daging tetel – hiris nipis
- 2 batang daun bawang – hiris 1 cm
- 1 batang daun saderi – cincang
- 3 ulas bawang putih – cincang
- 4-5 sudu makan kicap manis
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk perasa
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 sudu makan minyak zaitun
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga kuning keemasan.
- Masukkan daging, garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam. Tumis hingga daging berubah warna.
- Tambahkan air. Tutup kuali dan biarkan hingga air tinggal sedikit dan daging masak empuk.
- Tambahkan kicap dan masukkan mi yang telah direbus tadi. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun saderi. Gaul rata sekali lagi.
- Pastikan cukup rasabta dan tabur bawang goreng sebelum disajikan.
Sumber: https://www.instagram.com/indahdapur/
4. MI GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi telur – boleh beli di pasaraya bahagian mi kering
- 1 biji telur
- 2 batang saderi – hiris panjang
- 5 helai kubis – hiris kasar
- 2 sudu makan kicap manis
- 5 biji cili padi
- Garam, gula, serbuk lada hitam dan perasa secukupnya
BAHAN TUMBUK HALUS:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 2 biji buah keras
- 1 sudu makan udang kering – direndam air terlebih dahulu
CARA MEMASAK:
- Rebus mi hingga lembut kemudian toskan airnya. Kemudian campurkan dengan 1 sudu makan kicap manis dan 1 sudu makan minyak masak. Adun dan ketepikan.
- Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan telur. Gaul hingga hancur.
- Tambah hirisan daun kubis dan saderi. Perasakan juga dengan garam, gula, serbuk lada hitam dan perasa. Gaul rata sekali lagi.
- Jika mi kelihatan terlalu kering, tambahkan sedikit air. Jika kurang manis atau kurang masin, tambah dengan secukupnya mengikut citarasa masing-masing.
- Setelah semua bahan sekata, angkat dan nikmati segera. Lebih enak jika ditabur hirisan bawang goreng sebelum dinikmati.
Sumber: https://www.instagram.com/xanderskitchen/
INFO: Selain menggunakan mi telur, boleh juga gunakan aneka mi kering lain yang bersesuaian.
Tengah usha BLENDER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Wanita Ini Kongsi 7 Resipi Kek Tanpa Susah-Susah Nak Bakar, Confirm Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official