
Tidak perlu pening jika stok serbuk kari habis sebab mudah sahaja untuk buat rempah kari ikan sendiri. Kita boleh ubah resipi ikut selera sendiri bila buat rempah kari sendiri seperti lebihkan cili jika ingin pedas atau lebihkan kunyit untuk warna yang lebih terang.
REMPAH KARI IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 10-12 biji cili kering
- 3 sudu besar rempah biji ( ketumbar )
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
- 10-15 biji lada hitam
- 2 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar jintan manis
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Semua bahan dibasuh, tapis dan rendam air panas selama 10 minit , KECUALI bawang dan kunyit hidup.
- Kemudian blend/kisar kesemuanya sehingga betul-betul halus.
- Sedia untuk dibuat kari .
INFO:
- Setelah siap boleh dimasak cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
- Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
- Kalau ada penggiling boleh gunakan untuk rasa yang lagi sedap.
Kredit resepi: normah bahari
Anda pasti sukakan resipi ini:
1. Masak Kari Ikan Gunakan Santan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lauk Ringkas Tapi Sedap, Siakap Stim Limau Tumis Darat, 30 Minit Siap!

Kali ini RASA ingin berikan resipi masak siakap stim limau. Resipi ini sangat ringkas tetapi cita rasanya sangat mewah.
Ikan siakap memang sangat sedap jika dimasak dengan cara stim. Isinya lembut dan segala rasa masam limau serta serai yang diketuk terasa meresapi ke isi ikan tersebut.
Kuahnya pula memang sedap lebih-lebih lagi jika ikan siakap itu masih baru dan segar dari laut.
Resipi kali ini menggunakan kaedah tumis darat. Tumis darat bermaksud bahan-bahan ditumis asing daripada masakan. Selepas ditumis, tumisan diasingkan terlebih dahulu. Apabila memasak, barulah dimasukkan tumisan itu ke dalam masakan.
Jom kita lihat resipinya.
SIAKAP STIM LIMAU TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
3 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 ekor ikan siakap
2 cawan air
2 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar (potong 6 bahagian)
1 batang serai (diketuk)
5 tangkai cili padi (belah 2)
2 biji asam boi putih
Garam secukup rasa
Daun limau purut secukupnya
Daun sup secukupnya
1 biji limau nipis (potong nipis dan perah airnya)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih dan halia sebentar. Matikan api.
2. Sediakan pengukus. Panaskan air. Letakkan loyang dalam pengukus. Dalam loyang, letakkan ikan, air dan sos tiram.
3. Kemudian, masukkan bahan tumisan tadi.
4. Masukkan bawang besar, serai, cili padi, asam boi putih dan garam.
5. Tutup pengukus dan biar sehingga ikan masak lebih kurang 20 minit).
6. Buka pengukus, tabur daun limau purut dan daun sup. Letakkan juga air perahan limau nipis.
7. Tutup api.
Ikan Rebus Ayaq Asam, Menu Pembuka Selera. Letak Kerisik Lagi Mantap!

Isi Kandungan
ToggleIkan rebus ayaq asam, menu pembuka selera. Letak kerisik lagi sedap dan mantap. Makan dengan nasi putih tak payah dah ada lauk lain.
Bagi yang nak diet lauk macam ni pun sesuai juga. Menu yang popular di negeri-negeri utara ini boleh juga menggunakan ikan lain selain ikan kembung.
Ikan Rebus Ayaq Asam
Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung
1 ulas bawang merah besar diricih
6 biji cili padi-diricih
1 biji cili besar merah dipotong
2 cm belacan – dibakar & dtenyeh.
1 biji tomato-dipotong
3 s/b asam pes asam jawa
2 biji limau kasturi
1sudu kecil kerisik -( kalau nak letak saya tak letak ) Garam & gula – ( kalau nk letak )
Cara-cara:-
1-Ikan direbus atau di kukus
2-Biarkan ikan mendidih dan masak.
3-Angkat ikan dan ketepikan.
4-Bancuh air rebusan dgn bhn ricih (tambah air lg jika inginkan kuah yg lebih).
5-Masukkan bahan2 yg dipotong dihiris tadi (tomato + cili merah,cili padi & bawang besar).
6-Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi
7-Masukkan blacan,kerisik,bubuh garam & gula,gaulka sebati.
8-Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.
9-Siram atas ikan rebus tadi, hidangkan dengan nasi panas.resepi boleh ejas ikut citarasa masing-masing.
Kredit: Bellanasz Nasz
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap, Seminggu Sekali Mesti Masak
Resipi Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang, Ikan Lumur Garam Kunyit & Goreng Baru Autentik!
Ikan Kerapu Celup Tepung Masak 10 Rasa, Lain Macam Sedapnya!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kerutuk Itik dan Kari Ikan Tongkol Dari Datin Eyka Noah, Resipi Warisan Nenek .

Orangnya memang cantik bergaya.Sentiasa berpenampilan menarik. Datin Eykah atau nama penuhnya Datin Nur Zulaikha Ellieyana Noah ini cukup ramah melayani tetamu dan rakan yang datang berkunjung.
Sebagai anak jati Terengganu lauk Kerutuk Itik kerap menjadi menu utama di meja hidangan.Ini lauk yang diwarisi dari ibu beliau
Bercerita mengenai lauk pauk Terengganu,ceritanya,” Nenek dan ibu memang pakar buat lauk kerutuk itik. Ia jadi menu padanan wajib di kenduri kendara yang dihidang bersama nasi dagang. Kari Ikan Tongkol juga ‘favorite’ saya dan keluarga. Untunglah saya dapat belajar dari mereka sebab lauk seperti Kerutuk Daging yang asli dan lazat memang sukar dicari. Sedari zaman persekolahan saya telah didedahkan dengan ilmu masakan. Sebagai cucu sulung dari anak sulung, pastilah saya amat rapat dengan nenek yang banyak berkongsi petua dan tip masakan“.
Suri hati kepada ahli perniagaan Datuk Mohammad J.K Noah ini mengakui, suami beliau lebih hebat memasak. Namun ini bukan alasan untuknya tidak memasak di rumah.
Bila kawan-kawan darn saudara mara datang berkunjung masa inilah beliau akan menyingsing lengan memasak untuk tetamu. Apa hebatnya resipi Kerutuk Itik dan Kari Ikan Tongkol sentuhan beliau, jom kita cuba.
KERUTUK ITIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor itik | anggaran 1 1/2 kg
- 500ml santan pekat
- 4 sudu makan rempah kerutup
- 3 sudu makan air asam Jawa
- 3 sudu makan kerisik
- Garam dan gula kabung secukupnya
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 15 ulas bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 3cm kunyit
- 2cm lengkuas
- 4 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
- 1 sudu makan ketumbar biji
- 1 sudu makan lada hitam
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga lawang
- 7 biji buah pelaga
- 7 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa.
3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika.
4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk.
5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik.
6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak.
7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api.
8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.
KARI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
- 2kg ikan tongkol |rebus bersama asam keping dan garam
- 1/2kg santan pekat
- 4 keping asam gelugor
- 1 keping gula kabung
- Garam secukup rasa
- 4 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan halba campur
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 15 ulas bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering
- 3cm halia
- 3cm kunyit hidup
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, diikuti dengan bahan kisar.
2 .Kacau rata hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan gula kabung.
4. Setelah gula hancur, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya.
5. Seterusnya masukkan asam gelugor, ikan dan garam.
6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pecah minyak.
7. Jika suka, boleh tambah cili bulat.
8. Setelah cukup rasa, tutup api.
9. Kari ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kari lebih sedap jika disediakan awal sekurang-kurang tujuh jam sebelum sedia dihidangkan.