Sira Labu manisan yang sangat sinonim dengan rakyat Kelantan. Tatkala bulan puasa, ia merupakan salah satu manisan yang dijual sebagai juadah berbuka puasa. Begitu juga di majlis-majlis kenduri kendara dahulu kala. Sira Labu adalah salah satu manisan wajib ada. Namun kini, agak jarang menjumpai manisan ini. Bagi anda yang teringin nak rasa atau rindu nak makan Sira Labu, saudari Yani Mariani ada kongsikan resipinya. Lembut berkilat hasilnya! Persis air tangan orang tua dulu-dulu. Psti sedap. Jom cuba!
1. Bersihkan labu dan potong menjadi kepingan ‘wedges’ sederhana tebal. Kulit labu terpulang. Boleh dikupas atau dibiarkan sahaja.
2. Lumur kepingan labu tadi dengan kapur makan dan biarkan selama 3 jam. Selain dilumur, anda juga boleh merendamnya dengan air kapur. Tujuan kapur digunakan adalah supaya labu tidak lembik dan hancur apabila disira.
3. Cukup masa, bersihkan sisa kapur pada kepingan labu dan basuh bersih. Toskan.
IKLAN
4. Masukkan labu, daun pandan, gula dan gula melaka ke dalam periuk. Tidak perlu tambah air.
5. Masak guna api perlahan sehingga labu masak dan meresap bahan sira.
Milo chocolate mousse ni memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Kali ini RASA kongsikan resipi hidangan pencuci mulut yang ummmph.
Rasanya tak terlalu manis. Lemak berkrim je sebab menggunakan susu penuh krim. Milo dan coklat gelap pula menambah cita rasa wow.
MILO CHOCOLATE MOUSSE
BAHAN-BAHAN
1 ¾ cawan susu penuh krim 1/3 cawan tepung jagung 60gm serbuk milo 1 sudu besar serbuk koko 2 sudu besar gula 50gm coklat masakan gelap
CARA MEMBUAT:
1. Dalam periuk, satukan semua bahan kecuali coklat masakan gelap. 2. Kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul. 3. Masukkan coklat masakan gelap dan kacau rata. 4. Letak atas dapur, hidupkan api dan masak menggunakan api sederhana.
5. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi sebati dan likat. Tutupkan api. 6. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak masak. 7. Sejukkan seketika dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam. 8. Untuk dihidang, keluarkan daripada acuan dan taburkan serbuk milo.
Hidangan berasaskan ikan memang menjadi keutamaan tidak kira untuk makan tengahari dan juga malam. Tambah menyelerakan apabila resipi ikan boleh dipelbagaikan sama ada dibakar, digoreng atau dibuat gulai. Pilihan ikan juga memberi rasa yang berbeza. Tepuk dada tanya selera. Berikut resipi ikan yang boleh anda cuba masak dan rasai kenikmatannya.
IKAN TALAPIA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan talapia merah | dibersihkan
1 kotak kecil santan
1 biji bawang besar | dihiris halus
3 biji bawang putih | dihiris halus
2cm halia | diketuk
2cm lengkuas | dihiris halus
2 batang serai | diketuk
15 tangkai cili kering | direndam dan dikisar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula merah secukup rasa
BAHAN AIR ASAM:
1 sudu makan pes asam jawa
2 biji cili merah | dihiris
8 biji cili api hijau | ditumbuk halus
1 1/2 biji bawang merah | dihiris
Sedikit belacan bakar | ditumbuk
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bagi menyediakan sos perapan ikan, panaskan minyak dan tumis bawang, halia, lengkuas dan serai sehingga naik wangi.
2. Kemudian masukkan cili kering bersama air asam jawa dan biarkan sehingga garing.
3. Perasakan dengan garam dan gula merah dan kacau rata.
4. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Sebaik mendidih, angkat dan ketepikan.
5. Lumur ikan bersama dengan sos perapan dengan secukupnya. Bakar hingga masak.
6. Bagi menyediakan air asam, campur kesemua bahan dan gaul rata.
7. Sedia untuk dinikmati.
IKAN BILIS GORENG TAUCU
BAHAN-BAHAN:
1 genggam ikan bilis siap kopek
5 biji cili besar hijau | dibelah 4 dipangkalnya
5 biji cili padi vietnam | diketuk
2 biji bawang besar | dipotong bulat
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
Sedikit halia muda | dihiris halus
2 sudu makan taucu
1 sudu cili kering kisar
2 biji timun jepun | dipotong memanjang
Sedikit kacang panjang | dipotong pendek
5 biji tomato ceri
Sedikit pes asam jawa
1 gelas air
Minyak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing ketepikan.
2. Dengan minyak yang sama, tumis cili kering sehingga garing.
3. Kemudian masukkan bawang putih, halia bawang besar goreng sehingga bawang agak layu.
4. Masukkan taucu kacau lagi.
5. Masukkan kesemua bahan-bahan lain, air, asam jawa dan ikan bilis.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati bersama nasi panas-panas dan ikan goreng.
1. Bersihkan ikan dan rendam dalam air asam jawa. Rendam seketika. Kemudian, bersihkan ikan dan letak ikan di dalam bekas tahan panas.
2. Masukkan ajinomoto, garam, gula, bawang putih jeruk, bawang besar, halia, cili padi, tomato, jus limau nipis, air bawang putih jeruk dan secukup rasa. Sebatikan.
3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
5 batang serai | diketuk
5 helai daun kunyit | disiat
2 keping asam gelugur
1 liter santan cair
2 kg santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugur dan tuang santan pekat. Kacau perlahan.
Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
Sedia untuk dihidangkan
LAWAR IKAN TAMBAN
5 ekor ikan tamban (dibuang sisik dan dibuang tulang)
Cuka makan
(Perap ikan bersama cuka dalam 10 minit)
3-4 biji limau nipis (kena masam)
BAHAN ULAM:
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Pucuk janggus/gajus
Cili padi
Garam secukup rasa
CARA-CARA:
1. Ikan yang diperap tadi diperap dibuang air perapannya. Kemudian potong kecil isinya.
2.Tumbuk cili padi mengikut tahap kepedasan yang digemari.
3.Masukkan cili tumbuk kedalam isi ikan yang telah dipotong tadi. Perah jus limau nipis.
4.Masukkan daun kesum, pucuk janggus dan bunga kantan. Perasakan dengan garamdengan secukup rasa.
5.Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang. Gaul sebati. Sedia untuk dinikmati.
1 ekor ikan senangin saiz sederhana ] siang dan potong
400ml susu rendah lemak
2 biji tomato ] belah empat
1 sudu makan cili giling
1 biji cili merah belah dua
1 biji cili hijau ] belah dua
3 sudu makan rempah kari ikan + 1 cawan air dibancuh hingga sebati
1/2 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
Garam bukit dan gula secukupnya ( kurangkan)
Minyak zaitun untuk menumis
BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah ] hiris
2 ulas bawang putih ] hiris
1 inci halia ] hiris
2 pelepah daun kari ] dilurut
1 sudu teh halba campur
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk, masuk bahan masak dan tumis hingga harum dan bawang layu. Tambah cili giling dan tumis hingga garing. Tambah bancuhan rempah kari ikan, dan tumis hingga garing.
Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Tambah garam bukit secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan susu, tomato, cili merah, cili hijau dan kacau perlahan. Biar masak sekejap. Tutup api dan angkat.
Sedia dinikmati.
INGIN MEMBELI PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI
Hidangan lengkap yang menjadi kegemaran anak-anak. Jika anda tidak sukakan sayuran campur, anda boleh memilih sayur lain untuk dijadikan inti telur bungkus.
TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
2-3 biji telur
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 ketul bahagian dada ayam | dicincang
4 susu besar sayuran campur
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumis bawang sehingga layu dan masukkan isi ayam.
Apabila isi ayam hampir masak, masukkan pula sos cili, sos tiram, sos tomato dan garam. Kemudian masukkan sedikit air.
Masukkan sayuran campur dan biarkan inti masak sepenuhnya.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tuang telur yang sudah dipukul. Tebarkan sebesar mungkin di dalam kuali.
Masukkan inti dan lipat telur untuk membungkus. Siap!
*Pastikan anda menggunakan api kecil ketika menebar telur kerana dikhuatiri ia akan hangus.