
Hidangan lengkap yang menjadi kegemaran anak-anak. Jika anda tidak sukakan sayuran campur, anda boleh memilih sayur lain untuk dijadikan inti telur bungkus.
TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 biji telur
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 ketul bahagian dada ayam | dicincang
- 4 susu besar sayuran campur
- 1 sudu besar cili boh
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang sehingga layu dan masukkan isi ayam.
- Apabila isi ayam hampir masak, masukkan pula sos cili, sos tiram, sos tomato dan garam. Kemudian masukkan sedikit air.
- Masukkan sayuran campur dan biarkan inti masak sepenuhnya.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tuang telur yang sudah dipukul. Tebarkan sebesar mungkin di dalam kuali.
- Masukkan inti dan lipat telur untuk membungkus. Siap!
*Pastikan anda menggunakan api kecil ketika menebar telur kerana dikhuatiri ia akan hangus.
sumber rujukan: www.reddit.com
Adriana Cakes House Pelihara Keenakan Kek. Kongsi Resipi Kek Lobak Legend.

Pemilik bakeri Adriana Cakes House ini mempunyai bakat luar biasa. Dia belajar membuat kek, bakeri dan pastri dengan merujuk kepada buku dan mempelajarinya melalui online untuk menghasilkan kek yang cantik dan enak.
Norhayati Ahmad, 37 tahun, memang minat bidang yang memerlukan sentuhan seni. Inilah sebabnya mengapa dia memilih pembuatan bakeri dan pastri sebagai pilihan kerjayanya kini.

Diam tak diam Adriana Cake House sudah beroperasi selama empat tahun. Kedai bakeri ini terletak betul-betul di kediamannya di Meru, Klang, Selangor. Bagi Norhayati berniaga sendiri menyebabkan ia mempunyai lebih masa untuk bersama-sama anak-anak. Malah nama kedainya Adriana mengambil awalan nama ketiga-tiga putri kesayangannya.
Perniagaannya sebenarnya sudah bermula sejak 2017 dengan berniaga dari rumah sebelum membuka kedai bakeri pada 2017. Di samping dia turut kelas mengajar baking dan juga menyewakan tempat untuk kelas masakan kek dan biskut. Adriana Cakes House turut menjual di kedai dan menerima tempahan online di alamat FB: adriana cakes and cookies.
Di antara produk yang dihasilkan sendiri oleh Norhayati bersama dua pekerjanya adalah kek red velvet, kek span, kek choc moist, lapis jagung, brownies,tart dan kek keju dan juga biskut dan pastri. Manakalah produk top sales adalah cream puffnya yang gebu, lembut dan berkrim enak.Dalam sehari dia dapat menjual 20 kotak yang berharga RM10 sekotak dan RM16.50 untuk kotak yang besar.
Dia juga turut menerima tempahan kek ‘custom made’ mengikut citarasa yang dikehendaki pelanggan.Prinsipnya mudah dalam menyediakan sesuatu kek atau produk biskut dan pastri yang lain dia amat mementingkan keenakan rasa agar pelanggan berpuas hati dan seterusnya berulang membeli dan seterus menjadi pelanggan tetap.
Latar belakang akademik Norhayati dalam pengajian perniagaan dan pengurusan runcit banyak membantunya dalam selok belok memajukan lagi Adriana Cakes House. Impian Norhayati adalah mengembangkan ilmu perniagaan dengan membantu keluarga dan memberi latihan kepada saudara-mara agar mereka juga dapat membuka perniagaan sendiri apabila pulang ke kampung.
Norhayati sudi berkongsi resipi kek lobak merah dengan badam yang cukup “legend’.
KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A:
- 200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
*Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
- 250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
- 100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
- 240 gm gula halus
- 180 gm minyak jagung
- 2 biji telur saiz A
Bahan krim keju :
- 150 gm krim keju
- 30 gm mentega tanpa garam
- 60 gm gula aising
- 10 gm whipping cream
*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan
CARA MEMASAK :
Kek :
1. Putar gula dan telur hingga kembang
2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang.
6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit.
7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing..
8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju :
1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 40 – 50 minit
Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
INFO KEDAI:
Nama kedai : Adriana Cakes House
Syarikat : ACS Multi Resources
Lokasi: Lot 2035, Bt 7 1/2, Jalan Jambu, Meru, Kapar, Selangor
Pemilik : Norhayati Ahmad
Waktu urusniaga : Isnin hingga Sabtu, 10 pagi – 6.30 petang
Keistimewaan :
1. Menerima tempahan kek di kedai dan juga secara online FB
2. Menawarkan aneka jenis kek dan produk bakeri dan pastri dengan harga berpatutuan.Juga membuat custom
made mengikut corak dan bentuk mengikut citarasa pelanggan.
3. Dekorasi kek yang berseni dan cantik.
4. Menawarkan kek red velvet, kek span, kek choc moist, lapis jagung, brownies,tart dan kek keju dan juga biskut dan pastri.
5. Produk cream puff adalah antara jualan terlaris
ANDA INGIN MENCARI MIXER UNTUK MENGADUN KEK LOBAK MERAK. JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :
Biscotti & Pastri Puff Menggoda Selera Dari Chef Mohd Shafeeq
Sedap & Mudah. Koleksi Resipi Pastri Buat Penggemar Manisan.
DAN JUGA VIDEO MASAKAN INI :
Sedapnya! 2 Menu Mudah Untuk Orang Bujang Tunjuk Skil Masak!

Hidang mudah dan senang untuk si bujang buat sambil tunjukkan skil memasak pada keluarga! Sesekali nak jugak abang sado masuk dapur untuk sajian malam bersama orang tersayang. Tak cuba tak tahu… Jom masuk dapur!
NASI GORENG DAGING ALA MEGAT
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk kecil nasi putih
- 1 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan sayur campur
- 2 ulas bawang putih| titik
- 1 sudu teh udang kering | kisar
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
- 2 sudu makan minyak
BAHAN DAGING GORENG:
- 4-5 hirisan daging yang telah direbus
- 1 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar.
- Setelah garing, masukkan udang kering dan sayur campur. Terus kacau.
- Masukkan pula nasi, kacau rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Setelah masak, tutup api.
- Untuk sediakan daging goreng. Gaulkan daging dengan sos tiram bawang putih dan lada sulah.
- Panaskan minyak, goreng lebih kurang 2-3 minit.
- Angkat dan hidangkan bersama nasi goreng.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.
………
MI GORENG DAGING ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi
- 100gm daging batang pinang | dihiris nipis
- 1 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu makan sos tiram
- 5 batang sawi |dihiris
- Sedikit kubis panjang |dihiris
- 5 biji cili api | dihiris
- 3 ulas bawang putih |ditumbuk
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam, gula dan perasa secukupnya
UNTUK HIASAN:
- 2 pokok daun bawang | dihiris
- 1 biji bawang merah | dihiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih, kemudian masukkan cili kisar. Kacau rata.
- Masukkan daging, kacau rata, masukkan hirisan cili padi dan terus kacau.
- Masukkan kicap pekat manis, sos tiram dan sedikit air.
- Masukkan mi, sawi dan kubis, gaul rata.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa (jika perlu) secukupnya.
- Tutup api. Masukkan mi dalam pinggan dan hias dengan daun bawang dan hirisan cili.
- Mi sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin mi lebih basah boleh tambah sedikit air.
………..
RESIPI OLEH: MEGAT HAMIZAN BIN MEGAT SHARUL AMIR. HS NADA SDN BHD, NO 2, WISMA NADA, JALAN 11, SELAYANG, 68100, BARU CAVES, SELANGOR, JALAN 11B, SELAYANG BARU, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.
Cara Buat Kuih Lapis Pandan Coklat Sedap & Lembut, Boleh Cuba.

Anda yang sukakan kuih lapis, anda wajib cuba resipi Kuih Lapis Pandan Coklat yang sungguh sedap dan lembut teksturnya dengan cara mudah. Tak perlu nak perah santan bagai, guna je santan kotak, hasilnya tetap sedap dan tidak mengecewakan. Macam biasa resipi ada disedia di bawah ini:-
KUIH LAPISAN PANDAN COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1200ml santan | dari 600ml santan kotak + 600ml air
250gm tepung jagung
150gm tepung beras
300gm gula pasir
5 helai daun pandan
Secubit garam dan esen vanila secukupnya
1 1/2 teh perasa pandan
2 sudu teh serbuk koko | larutkan dengan sedikit air panas
CARA MEMBUAT:
- Campurkan santan, garam, vanilla dan daun pandan hingga suam.
- Keluarkan daun pandan, masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut, ke tepikan dan biarkan sejuk.
- Dalam bekas lain, campurkan tepung ubi dan beras, tuangkan campuran santan tadi, adun rata hingga tiada bergentel lalu tapiskannya ke dalam bekas lain.
- Sementara itu panaskan pengukus dan sediakan loyang 18X18 dan oleskan dengan sedikit minyak. Ketepikan.
- Bahagikan adunan tadi kepada dua, satu warna coklat dan satu hijau pandan.
- Setelah air kukusan mendidih, ambil 100ml adunan padan dan tuangkan dalam loyang pengukus, kukus selama 5 minit, kemudian lapisan dengan warna coklat.
- Lakukan kerja mengukus secara berselang seli adunan hingga habis.
- Dikukusan terakhir, kukus 20-25 minit atau hingga masak.
- Angkat loyang dan sejukkan. Setelah betul-betul sejuk baru potong menggunakan pisau yang disapu dengan minyak.
- Kuih sedia dihidangkan.
Kredit: @rita_siucien .