Jom cuba buat Puding Roti Pandan Layer yang sangat sedap perkongsian saudari Rozita Daud. Menggunakan Roti Pandan viral, memang sedap hasilnya. Lembut, lemak manis, memang enak dimakan sejuk. Sesuai sangatlah dimakan dikala cuaca panas ni. Bahan-bahannya pun sangat mudah. Jom lihat cara-cara pembuatannya.
BAHAN B: 9gm agar-agar tali – beli online disini 700ml air 3 senduk nasi gula pasir
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan A (kecuali roti): tepung jagung, santan, telur, garam dan pewarna hijau di dalam bekas. Sebatikan dan pastikan tiada ketulan tepung. Biarkan seketika.
2. Roti pandan dipotong bahagian tepinya. Namun jangan dibuang. Kisar bahagian kerak roti menggunakan blender kering untuk dijadikan hiasan atas puding.
IKLAN
3. Dalam periuk berlainan, masak agar-agar tali bersama air dan juga gula. Masak hingga gula larut.
4. Masukkan campuran bahan A tadi. Masak guna api perlahan sampai adunan berkilat. Harus diingat, adunan perlu dikacau dengan kerap supaya puding tidak menjadi berketul. 5. Ambil loyang bersesuaian, tuang separuh adunan puding tadi atau dengan secukupnya. 6. Letak kepingan roti diatas puding kemudian tuang lebihan puding tadi hingga menutupi roti.
7. Tabur serbuk roti yang dikisar dengan rata dan sejukkan puding terlebih dahulu sebelum dinikmati.
Sedapnya Udang Nestum. Resipi perkongsian saudari Nor Azian Iskandar ni tak guna banyak bahan tapi lihatlah hasilnya, nampak sangat menakjubkan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menyajikan sajian istimewa untuk keluarga. Rugi kalau tak cuba ni tau. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Salad ni sangat sinonim dengan orang diet. Jadi kalau ada yang sedang berdiet, mungkin korang akan suka dengan resipi Salad Pasta ni. Sedap dan menyihatkan. Nak cuba? Nah, RASA berikan resipinya.
SALAD PASTA
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kebanyakkan kita pasti meminati makanan yang berasakan coklat terutamanya kanak-kanak. Rahsia kelazatan pastri dan biskut ini adalah coklat. Kalau anda nak jana pendapatan di bulan puasa ni, Ni dia idea hebat manisan berasaskan coklat yang boleh dibuat untuk jualan.
WOOPY PIE
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega bergaram
200gm gula perang
1 biji telur gred A
260gm tepung serbaguna
60gm serbuk coklat
1 1/4 sudu teh serbuk penaik
250gm yogurt asli
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan air suam
BAHAN INTI:
250gm krim keju
1 cawan krim putar
4 sudu makan gula kastor
CARA MEMBUAT: 1. Pukul gula perang dengan mentega sehingga sebati dan campurkan dengan mentega dan esen vanila. Masukkan pula yogurt. 2. Seterusnya masukkan semua bahan kering dan air suam dan pukul perlahan sehingga sebati. 3. Masukkan adunan ke dalam beg paiping. Paipkan adunan (jangan terlalu kecil, jangan terlalu besar). Bakar selama 10 minit pada suhu 150˚C. 4. Untuk membuat inti, pukul krim keju yang dikeluarkan terus dari chiller dengan gula kastor sehingga kembang. Gunakan kelajuan rendah. Masukkan krim putar dan sebatikan. 5. Kemudian paipkan inti di atas pai yang sudah disejukkan dan tindan satu lagi pai di atasnya.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Rasa pai yang berlemak dan sedap dimakan ketika minum petang Anggaran perbelanjaan: RM40
INFO CHEF: Sebagai optional, anda boleh membuat inti dengan 1/2 cawan mentega kacang dicampur dengan 1/2 cawan krim keju
ECLAIRS WITH CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
125gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh gula
100gm mentega
3 biji telur
BAHAN INTI:
2 cawan susu penuh krim
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/3 cawan tepung
1 sudu teh esen vanila
60gm mentega
BAHAN GANACHE:
2/3 cawan cip coklat
1/2 cawan krim putar
CARA MEMBUAT: 1. Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak. 2. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur. 3. Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda. 4. Bakar pada suhu 170˚C selama 20 minit. 5. Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan. 6. Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 50 minit Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Rasa manis inti eclair sesuai digabungkan dengan ganache coklat Anggaran perbelanjaan: RM45
NUTELLA CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum
250gm mentega asli
70gm gula aising
1 sudu teh garam
BAHAN TOPPING:
226gm krim keju
226gm krim putar
2 sudu makan gula
170gm nutella
CARA MEMBUAT: 1. Sebatikan semua bahan tat dan ratakan atas acuan. Kemudian dibakar selama 25 minit pada suhu 150˚C. 2. Untuk membuat topping pula, pukul krim keju dan gula sehingga lembut. Masukkan pula krim putar dan nutella. Sebatikan. 3. Tuangkan topping ke atas kulit tat yang sudah disejukkan sebelum dipotong.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 40 minit Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Rasa manis nutella digabungkan dengan kulit tat yang rangup Anggaran perbelanjaan: RM50
INFO CHEF: Sebaiknya, simpan tat yang telah diratakan bahan topping dalam peti ais sebelum dipotong.
NUTELLA VOLCANO
BAHAN-BAHAN (CAKE CRUMB):
250gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
130gm gula perang
150gm oat
170gm mentega sejuk
BAHAN INTI:
160gm coklat gelap
80gm krim putar
40gm nutella
BAHAN LAPISAN ATAS:
150gm adunan cake crumb
50gm emping badam
CARA MEMBUAT: 1. Satukan semua bahan cake crumb dan mesrakan semuanya. Kemudian asingkan 150gm adunan tersebut dan ketepikan. 2. Adunan selebihnya dimasukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dan dialas dengan parchment paper. Ratakan. 3. Panaskan krim putar sehingga berwap. Tutup api dan masukkan coklat gelap. 4. Tuangkan coklat cair ke atas adunan cake crumb dalam loyang tadi. Kemudian ratakan nutella di atasnya. 5. Kemudian tuang dan kemaskan sapuan bahan lapisan atas di atas permukaan nutella tadi. 6. Bakar pada suhu 150˚C selama 30 minit.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 45 minit Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Rasa coklat dan nutella yang kuat Anggaran perbelanjaan: RM40
INFO CHEF: Selain menggunakan emping badam, anda boleh menggantikannya dengan pilihan kacang yang lain seperti gajus atau kacang hazel.
CONGO BARS
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
250gm gula perang
3 biji telur
310gm tepung gandum
2 1/2 sudu teh serbuk penaik
200gm cip coklat
CARA MEMBUAT: 1. Cairkan mentega dan campurkan dengan gula perang. Pukul sebati. 2. Masukkan telur perlahan-lahan dan aduk. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan cip coklat. Sebatikan. 3. Kemudian dibakar pada suhu 150˚C selama 40 minit.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Gabungan rasa kek dan brownies yang sedap Anggaran perbelanjaan: RM30
INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambahkan 150gm serbuk coklat atau koko ke dalam adunan.