Buat pancake atau penkek ni memang mudah. Pancake gebu lemak berkrim ditambah buah-buahan seperti lemon memang lazat.
Bagi penggemar coklat, min pasti pancake Milo jadi pilihan. Bagi mak-mak yang nak buat bekalan untuk anak sekolah dan juga sarapan, pancake memang pilihan terbaik. Jom semak resipinya.
PANCAKE LEMON MAPLE SYRUP
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum 50gm cornflakes | ramas kasar 280ml susu segar 30gm gula halus 1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan 1 biji parutan kulit lemon 1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu 2 sudu makan mentega | cairkan 1 sudu teh serbuk penaik Sirap maple secukupnya
Dapatkan FGWalet Bird’s Nest With Kurma 180ml x 18 bottles dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata. 2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali. 4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. 5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 40 minit Jenis hidangan: Barat Keistimewaa: Tekstur agak kenyal Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Boleh hidangkan bersama hirisan buah-buahan segar dan krim putar jika suka.
PANCAKE MILO
BAHAN–BAHAN:
1 biji telur 1 cawan tepung gandum 1 cawan susu cair/ susu segar 3 paket Milo 3 in 1 3 sudu besar mentega dicairkan 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder @serbuk penaik
IKLAN
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dan kacau. 2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan untuk resipi pancake milo. 3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci. 4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak.
5. Bila bahagian atas berlubang-lubang udara dan hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah. 6. Biarkan sekejap dan terus angkat. Sedia untuk dihidangkan. 7. Sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung. Tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dengan air panas sedikit, tuang atas pancake.
Kredit resipi: Sheila Rusly
Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!
IKLAN
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Juadah negara Asia memang terkenal dengan penggunaan rempah dan rasa pedasnya. Di China masakan yang menggunakan rempah ratus dalam masakannya kebanyakannya berasal dari Sichuan dan Hunan,yang terkenal dengan penggunaan rempah ‘peppercorn’ Sichuan (Szechuan), campuran serbuk rempah lima sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, peppercorn Sichuan dan jintan.
Berbeza dengan juadah China di wilayah lain, juadah di sini agak pedas dan kaya dengan rempah ratusnya. Jom kita lihat resepi dari barisan tenaga pengajar muda dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak iaitu Norshazila Mohamed Rahman,Norazilah Abd Rahman,dan Harmayah Argadan
.
1. MA PO TOFU
.
BAHAN-BAHAN :
200gm daging cincang
2 batang tauhu lembut | dipotong dadu
½ cawan air stok ayam
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan gula
1 sudu makan minyak bijan
3 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan halia | dicincang halus
2 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 sudu makan taucu
½ sudu teh Sichuan pepper corn | dikisar halus
2 sudu makan minyak cili
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih, halia, tauchu peppercorn Sichuan, minyak cili, minyak bijan dan kicap cair. Masukkan daging cincang serta perasakan dengan garam dan gula. Biarkan hingga daging masak dan sebati dengan kuah sos yang dimasak tadi.
2. Masukkan tauhu yang telah dipotong dadu.
3. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan stok ayam. Masak hingga pekat.
4. Tabur dengan daun bawang untuk dimakan bersama nasi panas
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Ma Po Tofu adalah kombinasi dari tauhu lembut dengan rasa pedas
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Tauhu perlu direbus dahulu dengan sedikit garam supaya tauhu tidak hancur ketika digaul bersama sos.
2. HOT & SOUR GLASS NOODLES
.
BAHAN-BAHAN :
250gm suhun (glass noodles)
2 sudu makan kacang tanah | digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan minyak kacang tanah
3 ulas bawang putih | dicincang halus
2 tangkai daun bawang | dihiris
2 sudu makan cuka
1 sudu teh peppercorn Sichuan | dikisar halus
50gm daun ketumbar | dihiris
1 sudu teh serbuk rempah 5 sekawan
1 sudu makan minyak cili
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan jeruk lobak masin
1 sudu makan kicap cair
500ml stok ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak kacang tanah dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Ambil satu mangkuk dan masukkan minyak bawang putih tadi, peppercorns Sichuan, minyak cili, serbuk rempah 5 sekawan, kicap, minyak bijan, jeruk lobak masin, cuka dan garam secukupnya.
3. Panaskan air stok ayam, celur suhun ke dalamnya sehingga lembut dan kemudian masukkkan suhun dan air stok ayam ke dalam mangkuk tadi, gaul hingga sebati.
4. Hias dengan daun bawang, daun ketumbar dan kacang tanah.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan celur
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Suhun berempah yang kaya dengan rasa kacang tanah
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Suhun tidak perlu dicelur terlalu lama untuk mengelakkan daripada hancur.
3. CHICKEN WITH CHINESE MUSHROOM
.
BAHAN-BAHAN :
350gm ayam
50gm cendawan shitake
2 sudu makan cuka
3 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun bawang | ambil batang yang putih di pangkal
CARA MEMASAK :
1. Di dalam mangkuk rendam cendawan shitake dalam 20 minit dengan air panas sehingga kembang dan lembut. Ketepikan seketika
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang. Kemudian masukkan ayam, cuka, bunga lawang, serbuk rempah 5 sekawan, kicap cair, kicap pekat, cili kering, minyak bijan dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga sebati
3. Masukkan air dan cendawan shitake kemudian tutup seketika dalam 10-15 minit sehingga ayam empuk. Biarkan ia mereneh
4. Angkat dan taburkan daun bawang dan hirisan halia sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Sajian sihat ayam dan cendawan menggunakan kaedah mereneh
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Pastikan api perlahan masa mereneh.
4. STIR FRY SZECHUAN BEEF AND BROCCOLI
.
BAHAN-BAHAN :
350gm daging batang pinang | dihiris nipis
100gm brokoli | dipotong floret *teknik memotong
3 ulas bawang putih | dicincang
½ labu bawang Holland | dihiris
2 sudu makan peppercorns Sichuan | dikisar halus
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
3 tangkai cili kering | dipotong pendek
Garam secukup rasa
2 batang daun bawang | ambil batang yang berwarna putih
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu teh bijan putih | disangai
20gm gajus | disangai
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, peppercorn Sichuan, kicap cair, kicap pekat, cili kering sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging batang pinang yang sudah dihiris nipis, minyak bijan dan sayur brokoli, perasakan garam.
3. Taburkan gajus dan bijan putih. Hias dengan hirisan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Rasa pedas peppercorn Sichuan dan lada kering sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM40
INFO CHEF : Memasak cara stir fry ini menggunakan hanya minyak yang sedikit.
5. STIR FRY DUMPLING INTI UDANG DAN BAYAM (China)
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti dumpling :
200gm isi udang | dihancurkan
100gm bayam | dicincang
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan lobak masin
1 sudu makan peppercorns Sichuan | dikisar halus
Garam secukup rasa
2 sudu makan cuka
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan air
2 sudu makan minyak masak
15 keping kulit wonton
Bahan menumis :
50gm lobak merah | dipotong halus batang mancis (fine julienne)
50gm lobak merah | dipotong halus fine julienne
1 sudu makan halia | disagat halus
3 ulas bawang putih | dicincang halus
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula sediakan bahan-bahan inti dumpling, gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali tepung jagung dan air.Perasakan dengan garam secukupnya.
2. Ambil sekeping kulit wonton dan satu sudu teh inti dumpling, kemudian lipat dua. Gunakan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air sebagai pelekeat kulit wonton.
3. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan dumpling dalam 10 minit dan ketepikan
4. Kemudian panaskan minyak tumiskan bawang putih yang telah dicincang halus, tumis sayur lobak merah, timun dan halia sehingga masak.
5. Masukkan kicap cair, minyak bijan dan perasakan dengan garam.
6. Kemudian masukkan dumpling yang telah digoreng sebentar tadi, kacau sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian pembuka selera, China
Keistimewaan : Enak dimakan begitu sahaja dengan ramuan peppercorn Sihuan sungguh berperisa
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Terdapat pelbagai kaedah memasak dumpling selain menggoreng , boleh juga dididihkan atau direbus dan juga dikukus.
RESIPI : NORSHAZILA MOHAMED RAHMAN, NORAZILAH ABD RAHMAN & HARMAYAH ARGADAN
Terima kasih : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru, Selangor. http://kemahiran.kbs.gov.my/index.php/ms/ikbn-peretak-laman-utama
Roti Puri homemade ni memang sesuai jika dijadikan hidangan sarapan keluarga. Cicah dengan lebihan gulai atau kari, memang layan. Nampak susah tapi rupanya sangatlah mudah resipi perkongsian saudari Aien Ismail ni. Bahan-bahannya pun ringkas je. Sekali cuba, pasti puas hati. Jom lihat bahan serta cara-cara pembuatannya.
ROTI PURI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung gandum
6 sudu makan minyak masak
2 sudu makan gula
2 sudu makan yis
2 sudu teh garam
1 cawan air panas
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, minyak masak, gula, yis dan garam dalam bekas. Gaul hingga sebati dan berderai.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga tidak melekat. Jika doh keras, tambah sedikit air masak.
3. Bila siap diuli, bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong. Perap dalam 15 minit.
4. Ambil doh dan gelek nipis. Lakukan hingga habis.
5. Panaskan minyak masak dan masukkan sekeping doh. Simbah minyak diatas doh supaya menjadi kembung.
Memasak memang memerlukan kreativiti. Ia terbukti apabila dari satu hidangan yang biasa, ia boleh diolah menjadi menu baru yang sangat enak. Sebagai contoh, resipi dari olahan Tauhu yang mudah dan berkhasiat ini. Jika dahulu, tauhu kering digunakan dalam hidangan Mi Kari dan Tauhu Bakar. Tapi siapa sangka idea kombinasi antara resipi ini mencetuskan resipi baru seterusnya menjadi tular dan popular. Sedap pula tu!
Maka ada baiknya, mulai hari ini kita jadikan tauhu sebagai salah satu bahan masakan dalam menu harian anda di rumah. Ia bukan hanya mudah disediakan tetapi harganya juga murah. Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah.
Jenis Tauhu dan Khasiatnya
Di pasaran terdapat pelbagai jenis tauhu, antara yang popular dan digunakan oleh ramai orang adalah Tauhu Putih, di mana teksturnya lebih padat,sesuai untuk dihidangan berkuah, campuran dalam masakan, dijadikan bergedel, nugget atau kroket.
Sementara tauhu kuning, tekstur lebih kenyal dan padat dan lembut dan tidak mudah hancur berbanding tauhu putih,ia lebih sedap jika dimasukkan dalam sup. Bila digoreng luarnya ranggup dan isi dalamnya lembut.
Tofu pula sejenis tauhu yang sangat lembut dan halus teksturnya, selalunya ia didatangkan dalam bentuk selinder atau empat segi siap dengan kemasan plastik jika dicampur dengan telur ia dikenali tofu telur. Untuk memasak tofu perlu lebih berhati-hati bimbang hancur. Selalu jika di capurkan dalam sup atau masakan lain, ia akan dimasuk di akhir masakan.
Di sebalik keenakan tauhu, makanan ini merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini sangat digemari di kalangan masyarakat Asia. Ia juga kaya dengan pelbagai khasiat.
Sumber nutrisi dalam tauhu memang diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu anda mencegah pelbagai penyakit. Ia termasuklah sakit jantung dan diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi.
RESIPI TAUHU BERGEDIL DAGING
BAHAN-BAHAN:
Tauhu kering
5-6 biji ubi kentang
Daging @ ayam kisar – jumlah ikut citarasa
Bawang goreng secukupnya
1 biji bawang besar – potong dadu
2-3 sudu makan bawang goreng
Daun sup – potong halus
Serbuk lada putih secukupnya
2-3 biji telur
Garam & serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Kemudianlenyekkan kentang masa masih panas.
Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
Satukan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.
Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun sup, serbuk lada putih dan bawang goreng. Gaul sebati.
Potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh.
Pecahkan telur dan pukul.
Celup tauhu yang dah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga perang.
Sedia untuk dinikmati bersama sos.
BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai cili kering
Gula melaka atau gula merah
Bijan (disangai)
Gula biasa (kalau kurang manis)
Garam (secukup rasa)
Sedikit belacan
300ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.
Kredit resipi & gambar: Izan Abd Rahman
RESIPI TAUHU TELUR TUMIS DAGING CINCANG
BAHAN-BAHANNYA:
3 batang tauhu telur
12 kuntum cendawan butang (boleh guna yang dalam tin, toskan airnya)
1 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar air
1 cawan daging cincang, taruk dalam tapis dan cuci bawah air paip, toskan
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok daun bawang, hiris
1 biji kecil cili merah, buang biji dan dadu kecil
1/2 cawan air
BAHAN-BAHAN SOS (DISATUKAN):
2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1 camca besar kicap lemak manis
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh serbuk lada sulah (che mat tambah)
CARA MEMBUATNYA:
Tauhu telur di potong 5 atau 6 setiap 1, kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Satukan tepung jagung dengan 2 camca besar air dan kacau rata. Tuang ke dalam mangkuk berisi tauhu telur. Gaul perlahan dan goreng satu persatu hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Cendawan butang dihirs 3 setiap 1 biji, kemudian goreng sekejap hingga layu, angkat dan toskan. Ketepikan
Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 2 camca besar. Tumis bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak hingga airnya kering dan daging cincang berubah warna. Masukkan bahan2 sos dan juga air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
Baki terpung jagung untuk menggoreng tauhu telur tadi, boleh dimasukkan ke dalam kuah. Kacau dan masak hingga pekat. Kemudian boleh tambah tauhu telur dan cendawan tadi. Gaul hingga rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba!!
**terung juga enak dimasak cara begini. Bagi yang tak makan daging lembu, gantikan saja dengan daging ayam
Kongsi resipi & ganbar: tiffinbiru
RESIPI TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu lembut | kukus
Sedikit isi dada ayam | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit daun ketumbar | hiris
100gm sos tiram
5gm minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
INfO CHEF:
Sebaiknya, kukus terlebih dahulu lebih kurang lima minit.
RESIPI TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
Tauhu goreng siap dihidangkan.
INFO CHEF:
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng tauhu untuk memastikan minyak meliputi tauhu.