Asyik makan kek coklat. Cuba sesekali tukar kek pandan pulak. Eh sedap jugak tau. Malah ramai juga peminat kek perisa pandan. Kek keju memang sedap dan disukai ramai. Kali ini RASA kongsikan resipi kek pandan cheese leleh daripada Iyana Razali. Melalui gambar yang dikongsikan nampak sedap sungguh kek ini. Boleh cuba buat. Resipinya pun tak susah sangat.
KEK PANDAN CHEESE LELEH
.
BAHAN AYAK
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
BAHAN KISAR
4 biji telur ayam gred B
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil ovalette
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila
2@3 titik esen pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
1 cawan santan pandan (6 helai daun pandan + 1 cawan santan sederhana pekat dikisar dan ditapis)
BAHAN LAIN
1/2 cawan minyak masak atau minyak jagung
CARA MEMBUAT KEK
1. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
2. Campur semua bahan kisar dan kisar sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam satu bekas.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder tadi.
4. Gaul sebati. Kemudian masukkan minyak masak. Kacau secara kaup balik sahaja.
5. Panaskan oven 160°C. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper dan bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
BAHAN TOPPING
250 gram cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis
1/4 cawan susu cair
CARA MEMBUAT TOPPING
1. Campur sebati semua bahan.
2. Tuang ke atas kek dan tabur cheese parut.
Kredit Resipi Iyana Razali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudah, Sedap & Tak Banyak Bahan. Resipi Ayam Serai Ala Restoran Thai
Sedapnya Ayam Goreng Serai Thai ni. Cukup rasa rempah ramuannya. Goreng pula garing-garing dan dimakan panas. Waduh….Memang membuka selera. Biasanya bila sebut ayam goreng, pasti Ayam Goreng Kunyit, Ayam Goreng Tepung, Ayam Goreng Berempah. Nah..Kali ni ada pilihan lain. Barulah tak jemu. Jom hari ni cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Merecik rasa dia. Anda pasti sukakan rasanya. Rasa pun tidak pedas. Anak-anak pasti suka.
CARA MASAK AYAM GORENG SERAI THAI (THAI LEMONGRASS FRIED CHICKEN)
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam – dipotong kecil & dicuci bersih
2 batang serai – dipotong 2 cm & ditumbuk hancur mengunakan lesung batu
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu makan sos ikan – beli online disini
1 sudu teh gula – beli online disini
2 sudu makan tepung jagung – beli online disini
5 helai daun limau purut – dihiris
BAHAN DITUMBUK@DIKISAR HALUS TANPA AIR:
2 pokok akar ketumbar
2 sudu makan lada hitam – beli online disini
5 ulas bawang putih – beli online disini
CARA MEMASAK
1. Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (kecuali daun limau purut) serta bahan yang dikisar halus. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
2. Panaskan minyak agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.
3. Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.
4. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut.
5. Ayam Goreng Serai Thai siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Petua Rebus Kerang Supaya Isi Tidak Kecut & Cara Buat Kerabu Thai Yang Sedap
Makan Licin Sampai Ke Tulang. Resipi Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Ni Memang Sedap
Guna Acuan Karipap. Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
10 Resipi Lauk Telur Ringkas & Pantas Yang Sesuai Untuk Sahur
Ramai yang menggemari menu sahur yang ringkas dan cepat disediakan. Maklumlah masa yang ada sangat terhad dan mengekang anda untuk memasak lauk pauk yang lebih banyak cara penyediaannya. Menu sampingan berasaskan telur antara pilihan yang terbaik yang boleh anda sajikan. Di sini, RASA menampilkan resipi-resipi yang boleh dijadikan panduan. Selamat mencuba!
1. TELUR HANCUR SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 1/ 2 biji bawang merah besar | dicincang
- 100gm sayur campur
- 20gm isi ayam
- 10gm daun sup | dicincang
- 1 sudu makan mayones
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Ketepikan seketika.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, sayur campur dan isi ayam sehingga masak.
- Kemudian masukkan telur diikuti dengan daun sup. Masukkan sedikit garam.
- Kacau telur sehingga menjadi ketulan kecil. Angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda.
2. TAUFU TELUR MASAK SOS HAILAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 paket taufu telur | dipotong
- 1/ 2 ulas bawang merah besar | dicincang
- 20gm cendawan | dihiris
- 20gm isi ayam
- 2 sudu makan kicap pekat
- 40ml air
- 1/ 2 sudu makan minyak bijan
- Sedikit daun ketumbar
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng tao foo telur hingga garing. Ketepikan.
- Tumis bawang merah, isi ayam dan cendawan hingga wangi. Kemudian masukkan sedikit air.
- Seterusnya masukkan kicap pekat dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
- Susun taufu yang telah digoreng tadi diatas pinggan dan tuangkan sos keatasnya. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Taufu perlu digoreng terlebih dahulu bagi mengelakkan ia hancur.
3. RENDANG TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur puyuh | direbus dan dibuang kulit
- 200gm bawang merah | dikisar
- 20gm bawang putih | dikisar
- 10gm halia | dikisar
- 20gm lengkuas | dikisar
- 50gm serai | dikisar
- 1 sudu makan cili giling
- 100gm kerisik
- 200ml santan
- 1 sudu makan rempah kari
- Sedikit garam dan gula
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
- Kemudian masukkan rempah kari dan tumis hingga masak.
- Seterusnya masukkan santan dan kerisik. Kacau sehingga kuah menjadi agak kering.
- Perasakan dengan gula dan garam dengan secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan telur puyuh yang telah direbus. Sedia untuk dinikmati.
4. TELUR MASAK ROS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur | direbus dan dibuang kulit
- 200gm bawang merah | dikisar
- 20gm bawang putih | dikisar
- 10gm halia | dikisar
- 50gm serai | dikisar
- 1 sudu makan cili giling
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 tin puri tomato
- 50gm sos cili
- 50ml air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga wangi.
- Kemudian masukkan puri tomato, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan sedikit air dan juga garam serta gula secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan telur dan biarkan didih seketika. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Boleh juga menggunakan telur itik segar untuk resipi ini.
5. TELUR MASAK HITAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur | direbus dan dibuang kulit
- 200gm bawang merah | dikisar
- 20gm bawang putih | dikisar
- 10gm halia | dikisar
- 50gm serai | dikisar
- 1 sudu makan cili giling
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 tin sos tomato
- 50gm sos cili
- 2 sudu makan kicap pekat
- 50ml air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Seterusnya masukkan sos tomato, sos cili, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan kicap pekat. Gaul hingga rata.
- Kemudian masukkan air dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan telur dan kacau hingga sebati dengan sos. Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Jika mahukan rasa yang lebih pedas, tambahkan hirisan cili padi.
6. SAMBAL SARDIN DAN TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin kecil sardin
- 4 biji telur ayam
- 50gm cili giling
- 1/ 2 ulas bawang merah besar | dicincang
- 20gm cendawan | dihiris
- 1 sudu makan kicap
- 1 sudu makan asam jawa | dibancuh bersama 50ml air
- Sedikit daun sup
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng telur mata. Ketepikan seketika.
- Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang merah dan cili giling hingga masak.
- Kemudian masukkan hirisan cendawan dan juga ikan sardin.
- Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
- Tambahkan sedikit kicap dan juga daun sup. Tuangkan diatas telur yang telah digoreng tadi.
7. TELUR GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur | digoreng mata
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 100gm lobak merah | dihiris
- 6 biji kacang pis
- 1/2 biji lada benggala | dihiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar, lobak merah, kacang pis dan lada benggala sehingga wangi dan separuh masak.
- Kemudian perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
- Untuk menghidang, susun telur yang digoreng di dalam pinggan hidangan dan letakkan sayur tadi diatasnya. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Elakkan dari menggoreng sayur terlalu lama bagi mengekalkan khasiatnya.
8. TELUR DADAR GULUNG
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 1 ulas bawang merah besar
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan mayones
- 50gm sayur campur
- Sedikit minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur dan pukul menggunakan garfu hingga kembang.
- Masukkan hirisan bawang besar, sos cili dan mayones. Kacau lagi hingga semua bahan sebati.
- Panaskan kuali dan goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Gulungkan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Boleh juga menggunakan hirisan makanan laut untuk rasa lebih enak.
9. TAUFU TELUR KUKUS SOS CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 paket taufu telur | dipotong
- 2 ulas bawang merah | dicincang
- 20gm cendawan | dihiris
- 10gm lobak merah | dihiris halus
- 2 sudu makan kicap pekat
- 50ml air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
- Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk menghasilkan sos, panaskan minyak dan tumis bawang merah, cendawan dan lobak merah hingga lembut.
- Kemudian masukkan sedikit air, kicap, garam dan gula secukupnya.
- Seterusnya tuangkan sos ke dalam pinggan dan susun taufu diatasnya.
- Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 10 minit.
- Hidangkan bersama bawang goreng.
Info Chef: Jika sukakan kuah yang pekat, tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung ke dalam kuah.
10. TELUR PUYUH MASAK PERCIK
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji telur puyuh | direbus dan dibuang kulit
- 200gm bawang merah | dikisar
- 20gm bawang putih | dikisar
- 10gm halia | dikisar
- 50gm serai | dikisar
- 2 sudu makan cili giling
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 150ml santan
- 50ml air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar sehingga betul-betul wangi.
- Kemudian masukkan serbuk kunyit dan juga santan. Kacau hingga sebati.
- Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata. Sedia untuk dinikmati.
Cara Mudah Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam
Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi saudara Are-Peace, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA HASILKAN TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur ayam gred B
- 1kg garam kasar
- Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya.
3. Masukkan telur ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian tuang air garam hingga menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Nak cari AIR FRYER? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Dadih Homemade Pelbagai Perisa. Tak Guna Serbuk Segera Pun.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official