Tengok warnanya yang pelbagai buat teruja nak makan. Inilah kek Paddle pop viral. Kalau ada yang nak buat sambutan hari jadi untuk anak, kek inilah patut jadi pilihan. Pasti jadi rebutan nanti khasnya anak-anak.
Kek Paddle Pop Viral Kek Vanila untuk 10 bekas 5 biji telur 1 cawan gula halus 1 sudu besar ovalate-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar creamy vanila(perisa ikut selera masing-masing) -adun sebati sampai gebu sementara itu ayak 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI 1sudu kecil soda bikarbonat
Cara buat: 1.Masuk dalam adunan telur sikit-sikit sampai habis. 2.Matikan mixer dan tambah 1/2 cawan minyak jagung. Kacau rata 3.Jika guna bekas SQ450, kukus 8-10 minit. 4.Belahkan 3 kek untuk letak di bekas yang akan di transfer.Warna jangan lebih empat nanti jadi caca marba. Sama ada nak letak dalam adunan cheese perasa creamy vanilla, 1 sudu besar kisar sekali atau bahagikan warna baru letak perisa yang berbeza. Contoh: ungu yam atau bluebery,pink strawberi,kuning pisang,biru laici,plain cheese.Boleh je ikut kreativiti masing-masing. Ingat masa letak pewarna biar setitis-setitis sebab tak nak warna terlalu pekat.
IKLAN
Resipi Cheese 500g cream cheese 1 cawan susu pekat @1/2 tin 1 1/2 cawan whipping dairy 1 cawan susu segar (ikut cawan jadi tambah 1/2 cawan dulu blend kalau pekat baru tambah lagi) Adun sebati atau blender Kalau blend tercair boleh masuk chiller 1 jam nanti dia pekat atau kalau terpekat boleh tambah susu segar. *Nota untuk jenama bahan-bahan yang diguna Cream Cheese – Dairyland / Royal Victoria / Tatura Susu Pekat – Dairy Champ Susu Segar – Dutch Lady Whipping Cream – Royal Victoria / Emborg Kredit : Azlina Ina
ADA YANG NAK MEMBELI MIXER BARU? BOLEH LIHAT DI SINI.
Selesai menikmati juadah raya yang berempah dan pedas tu, pasti anda terasa puas jika dapat menikmati pencuci mulut yang manis dan menyamankan rasa. Hari ni Min nak kongsi empat lagi sajian ‘dessert’ yang pasti memuaskan citarasa selera anda.
Tiga resipi berikut ini adalah dari Kinrara Resort, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dan The Pearl Hotel KL. Bila lapang nanti bolehlah cuba…
1.ENGLISH TRIFFLE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek span vanila :
7 biji telur
100 ml susu penuh krim
350 gm gula halus
1 sudu makan esen vanila
40 gm ovallete
330 gm tepung naik sendiri
175 ml minyak masak
Bahan jeli :
25 gm serbuk jeli perisa strawberi
1 liter air panas
Bahan krim kastad :
500 ml susu penuh krim
30 gm tepung kastad
3 biji kuning telur
CARA MEMASAK : Cara masak kek span vanila: 1. Pukul telur hingga kembang. 2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang. 3. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati. 4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit sehingga masak. Cara masak jeli : 1. Kacau air panas bersama serbuk jeli hingga larut. Cara masak krim kastad : 1. Masukkan susu dan gula sehingga mendidih. 2. Larutkan kuning telur dengan tepung kastad, kalau masih berketul masukkan sedikit air untuk melarutkan tepung kastad. 3. Setelah air susu mendidih masukkan larutan kastad tadi dan kacau hingga masak sehingga tiada ketulan. Cara membuat lapisan English Triffle : 1. Buang kulit luar kek span dan ukur ikut saiz cawan . Masukkan ke dalam cawan. 2. Potong hirisan buah ikut citarasa. 3. Tuang jeli yang masih panas tadi ke dalam cawan. 4. Setelah jeli sejuk, tuang kastad krim dan simpan dalam peti ais. 5. Setelah sejuk ia sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gabungan jeli dan kastad memberi rasa manis dan lemak berkrim. Pencuci mulut ini adalah menu tradisional dari Britain.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg Waktu Memasak : 1 jam setengah Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’ Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Gabungan kek, jeli dan kastad menjadikan ia ‘dessert’ yang digemari semua.
2. Tiramisu Cake
BAHAN-BAHAN:
Bahan kek vanila span :
17 biji telur
100 gm susu penuh krim
350 gm gula
1 sudu makan esen vanila
40 gm ovallete
330 gm tepung naik sendiri
175 ml minyak masak
Bahan untuk krim mentega : Meringue:
100 ml putih telur
50 gm gula
Air gula :
70 ml air
125 gm gula
500 gm mentega
Bahan air sapuan perisa kopi:
300 ml air panas
200 gm gula
2 sudu makan kopi (nescafe)
* Campur semua dan kacau hingga sebati.
Bahan untuk krim tiramisu :
250 gm keju mascarpone
5 biji kuning telur
300 gm krim mentega (hasil dari resipi krim mentega)
150 ml krim masakan
CARA MEMASAK : Cara masak kek span vanila : 1.Pukul telur hingga kembang. 2.Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang. 3.Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati. 4.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga masak. Cara masak krim mentega (butter cream) : 1. Buat meringue, pukul telur putih dan gula hingga kembang. 2. Buat air gula, masak air dan gula sehingga gula menjadi pekat. 3. Pukul mentega sehingga lembut dan tiada biji. 4. Setelah mentega lembut masukkan adunan gula sedikit demi sedikit. 5. Akhir sekali masukkan adunan meringue sedikit demi sedikit, dan pukul 5 hingga 10 minit. Cara masak krim tiramisu : 1. Pukul mascarpone sehingga lembut dan gebu. 2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit. 3. Masukkan krim mentega dan kacau hingga sebati 4. Akhir sekali masukkan krim masakan sedikit demi sedikit sehingga adunan mesra. Cara membuat kek tiramisu 1. Bersihkan kek span (buang kulit) dan potong ikut saiz cawan yang digunakan. 2. Sapukan merata air gula,air kopi di atas kek 3. Ulangi langkah tadi sekali lagi hingga lapisan terakhir. 4. Sejukkan dan ia sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Tiramisu diambil dari bahasa Itali yang bermaksud pilih saya. Ia adalah pencuci mulut berperisa kopi berasal dari negara Itali.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg Waktu Memasak : 1 jam setengah Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’ Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ia boleh dibuat sehari lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk. Rasa kopi akan lebih sebati dan mesra dalam tiramisu ini
3. PANNA COTTA JELLY KISMIS
BAHAN-BAHAN :
2 cawan susu segar
2 sudu kecil gelatin /dicampur bersama 3 sudu makan air panas.
1/4 cawan gula halus
1 sudu teh pati atau esen vanilla
Bahan untuk puri kismis :
1/2 cawan kismis /dikisar
1 atau 1/2 sudu teh gula/ jika tidak mahu manis kurangkan lagi
Sedikit air /cukup sekadar untuk dikisar
CARA MEMASAK : 1. Masukkan gelatin ke dalam air panas. 2. Kacau dan biarkan ia mengembang. 3. Ambil periuk lain dan masakkan susu dengan gula dengan api yang sederhana hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk. 4 .Tuangkan ke dalam bekas atau gelas yang sesua 5 .Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 45 minit. 6 .Sementara itu, sediakan puri kismis 7. Kisar kismis hingga halus, kemudian masukkan gula dan sedikit air 8. Kacau hingga sebati dan tuangkan keatas gelas berisi panna cotta tadi 9. Sejukkan semula dalam peti sejuk selama 5 minit 10. Sedia untuk dinikmati
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 1 jam Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Manis dan enak berkrim
INFO CHEF: ‘Panna Cotta’ adalah puding lembut berasal dari Itali. Ia bermaksud krim yang dimasak. Selain puri kismis boleh digantikan dengan buah-buahn beri seperti strawberi.
Resipi nugget ayam dan sayur. Sesuai untuk yang nak berdiet sebab bahannya tidak menggunakan tepung. Sesuai jugak untuk anak-anak yang susah nak makan sayur. Selamat mencuba!
RESIPI NUGGET AYAM DAN SAYUR
BAHAN-BAHAN:
Dada ayam dikisar.
Brokoli dikisar
Bunga kubis dikisar
Bawang besar dikisar
*apa jenis sayur yang anda suka.
Telur gred A sebiji.
Nak pedas boleh letak lada/cili padi.
Garam.
CARA MEMASAK:
1.Gaul je semua bahan sehingga sebati.
2.Rehatkan sekejap dalam peti ais supaya mudah nak dibentuk.(saya buat bentuk bulat)
3.Kukus dalam 10minit.(isi nugget tak melekat bila kita cucuk)
4.Boleh disimpan dalam peti ais,sedia digoreng bila bila masa. Hidang bersama sos/mayonis.
Salah satu hidangan yang mudah disediakan untuk menjamu seisi keluarga adalah cucur ikan bilis. Cucur atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cucur turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cucur ikan bilis yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
CUCUR IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN
• 3 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
• 1 labu bawang besar (potong dadu) (BELI DI SINI)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
• 3 cawan air panas secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.