Selalu sangat tengok orang buat kek tornado dekat wall fb ni, jadi kita pun nak cuba buatlah. Nampak macam sedap, mewah dengan rasa coklat dan krim cheese. Gerenti tak cukup sebekas ni. Kalau ikut step by step ini , hasilnya pasti cantik nanti.
KEK TORNADO VIRAL Bahan-bahan: 3 biji telur 1 cawan gula 1 sudu kecil esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan minyak 1 cawan 1/2 tepung naik sendiri, 1 sudu kecil soda bikarbonat ( guna 1 cawan tepung je untuk kek lagi moist) (kalau tak ada boleh pakai tepung gandum , 1 sudu kecil soda bikarbonat , 1 sudu kecil baking powder. Ayak) 1/2 cawan serbuk koko@boleh ganti dengan milo kalau tak ada serbuk koko/coklat
Cara buat: 1. Pukul telur, gula ,esen vanilla (pukul rata) 2. Masukkan minyak masak (kacau biar sebati) 3. Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat 4. Masukkan serbuk koko/coklat/milo. 5. Akhir sekali masukkan air panas kacau rata. 6. Bakar api atas bawah suhu 180/ 50minit bergantung pada tahap kepanasan oven anda. kalau nak kukus boleh kukus 40-45minit. * tip untuk kek gebu tak perlu guna mixer. Hanya kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies tu*
IKLAN
UNTUK CREAM CHEESE Bahan-bahan: 250gram cream cheese 60ml whipping cream (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream) 3-4 sudu besar susu pekat (nak manis@kurang manis boleh lebih@kurangkan)-BELI ONLINE DI SINI
Cara buat: 1.Adun cream cheese sampai lembut. 2.Tambahkan susu pekat (tahap kemanisan yang anda suka) 3.Masukkan whipping cream dan adun sampai gebu dan ringan.
BAHAN COKLAT GANACHE 100ml whipping cream 250gram milk compound 2 sudu besar mentega/majerin *double boiler sampai sebati last sekali masukkan marjerin*
Nasi Komok atau dikenali dengan nama Khao Mok Gai ialah Nasi Briyani Siam. nasi ini hanya boleh diperolehi di negeri-negeri yang bedekatan dengan Thailand seperti Kedah dan Kelantan. Jika jumpa anda memang wajib cuba.
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi
1 liter air
200ml susu cair
1 ekor ayam |dipotong kecil
2 sudu makan rempah komok |boleh didapati di pasaran
4 sudu minyak sapi
5 biji bawang merah | dikisar
3 biji bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
Sedikit daun ketumbar dan bawang goreng secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga bersama bahan kisar hingga naik baunya.
Masukkan rempah komok dan biarkan masak sehingga garing. Kacau sentiasa.
Masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
Asingkan ayam bersama kuahnya dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
Masukkan kuah yang ditumis ke dalam periuk nasi dan tuangkan susu cair. Biarkan masak seketika.
Masukkan beras dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan nasi masak.
Apabila separuh masak, kacau rata nasi dan taburkan daun ketumbar bersama bawang goreng.
Anda berdiet, tapi mahu makan sedap? Apa kata cuba menu salmon panggang ikut cita rasa atau tekak sendiri yang penting ia sedap dan kaya dengan bermacam khasiat. Kalau tidak tahu bagaimana nak masak menu salmon panggang, Anda mulakan dengan menu yang ringkas dan mudah tak sampai 15 minit siap dan boleh makan.
SALMON PANGGANG
BAHAN-BAHAN
1 keping isi ikan salmon
4 ulas bawang putih
1 sudu makan madu
1 sudu makan cuka
1 sudu makan Dijon Mustard
1 sudu makan daun oregano segar| cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar hingga 200C.
Sementara itu siap dulang pembakar, kemudian alas dulang pembakar dengan aluminium foil dan sapukan minyak.
Panaskan kuali non stick, hingga separuh panas, tumis bawang putih hingga wangi atau kekuningan, campurkan madu, cuka mustard, garam dan lada hitam secukupnya.
Kacau hingga sos pekat. Tutup api.
Masukkan ikan salmon di atas dulang pembakar tadi dan sapu di atasnya dengan sos yang telah dimasak tadi.
Bakar 10-12 minit. Setelah siap keluarkan dari ketuhar.
Sedapnya Nasi Kerabu Kuning perkongsian Dani J Thang ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal kelapa, tumis dan ayam percik. Biasanya kalau yang dijual di pasar malam, nasi kerabu yang nasinya berwarna biru. Kalau tiada bunga telang, boleh sahaja buat Nasi Kerabu Kuning ni. Sama sedapnya. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat sesuai buat untuk hidangan keluarga pada bila-bila masa.
CARA MASAK NASI KERABU KUNING SEDAP & MUDAH
BAHAN NASI: Beras secukupnya Air – ikut jumlah beras yang digunakan Kunyit hidup atau serbuk – beli online disini 1 batang serai – diketuk Daun limau purut yang dibuang tulang tengahnya
CARA MEMASAK: Ade 3 teknik boleh buat untuk warnakan nasi iaitu: 1. Rendam beras dalam air kunyit. 2. Rebus air, kunyit, serai sampai mendidih kemudian masukkan beras & daun limau purut. 3. Pakai pewarna makanan sahaja. 4. Untuk memasak, tanak nasi menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sampai masak.
BAHAN SAMBAL KELAPA: Ikan selayang / kembung – kalau ikan besar guna 2 ekor sudah cukup. Kalau kecil guna dalam 5-6 ekor 1 biji kelapa parut – ambik bahagian putih sahaja 4-5 biji bawang merah kecil – beli online disini 3-4 ulas bawang putih – beli online disini Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Rebus ikan dengan sedikit garam. Bila sudah masak, asingkan tulangnya. 2. Sangai kelapa sehingga hampir kekuningan, agak-agak dalam 10 minit lebih kurang. Jangan lama sangat untuk elak kelapa terlalu kering. Ketepikan. 3. Tumbuk isi ikan, kelapa parut dan bawang. Agak-agak pecah sahaja kecuali bawang perlu ditumbuk hingga lumat.
4. Masuk balik semua bahan yang ditumbuk ke dalam kuali. Perasakan dengan garam & gula secukupnya. 5. Buka api sederhana, kacau semua bahan hingga sebati anggaran dalam 5 min. Tutup api. Siap.
BAHAN KUAH TUMIS: 4 biji bawang merah besar 3-4 ulas bawang putih 1 biji bawang holland – beli online disini Cili kering sesuai kepedasan masing-masing – beli online disini 1 batang serai – diketuk 200ml santan – beli online disini Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa Budu
CARA MEMASAK: 1.Kisar semua bahan sehingga lumat 2. Ambil sedikit bahan kisar untuk perap ayam. 3. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak (macam nak buat sambal) 4. Masukkan serai, santan & air secukupnya. Biar mendidih sambil dikacau sentiasa hingga santan masak cantik. 5. Semasa tambah air tadi, jangan banyak sangat. Kuah tumis ni nak kena sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 6. Jika suka, boleh titiskan sedikit budu. Sesuaikan dengan selera. 7. Bila kuah tumis sudah masak cantik, padamkan api dan ketepikan.
BAHAN AYAM PERCIK SIMPLE:
Ayam Garam Bahan kisar yang asingkan sedikit tadi Kuah tumis
CARA MEMASAK:
1.Perap ayam dengan garam dan bahan kisar yang diasingkan sedikit tadi. 2. Bakar ayam. Bila hampir masak, ambik sedkit kuah tumis dan lumurkan pada ayam. Kemudian sambung bakar sampai masak. 3. Jika tiada arang, boleh masak cara ni. Sediakan kuali, letak sedikit minyak dan masukkan ayam yang diperap. Terbalikkan supaya tidak melekat. 4. Bila agak ayam sudah separuh masak, masukkan sedikit kuah tumis tadi. 5. Masukkan juga sedikit air. Biarkan mendidih sehingga kedua sisi ayam masak. 6. Teruskan masak sampai kuah tadi menjadi pekat. Siap. 7. Hidangkan nasi kerabu bersama hirisan ulam, telur masin, keropok ikan, sesuai selera anda.
BAHAN SAMPIMGAN YANG LAIN: Hirisan ulam (bunga kantan, timun, serai, kacang panjang, daun serai kayu – boleh pelbagaikan ikut apa yang ada) Telur masin Keropok ikan