Tengok resipi rendang udang ni, terus rasa lapar. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi yang dibuat oleh Valli Kitchen. Resipi ini ada dikongsikan di facebook group RASA Share Resepi. Memang nampak sedap sungguh.
Jadi, kalau korang selalu buat rendang ayam atau daging, kali ini bolehlah cuba buat rendang udang pula. Bahannya pun tak banyak. Cuma waktu menumis tu memang lama sikit. Kena betul-betul masak dan naik minyak. Barulah sedap rendang udang korang nanti.
RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN
IKLAN
400 gram udang
Minyak masak untuk menumis
4 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
1 sudu besar gula melaka
6 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 cawan santan
BAHAN KISAR
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai serai
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 sudu besar pes cili kering kisar
IKLAN
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan udang. Ketepikan.
2. Bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas, kunyit dan halia dihiris kecil-kecil.
3. Kisarkan bahan tadi dengan pes cili kering kisar. Ketepikan.
4. Sediakan kerisik. Kelapa parut disangai atas kuali. Ketepikan.
5. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak.
6. Masukkan garam. Kacau lagi.
7. Masukkan udang. Kacau lagi dan biarkan udang masak.
8. Masukkan sedikit air.
9. Masukkan gula melaka dan daun limau purut. Masukkan juga daun kunyit yang dihiris kasar.
10. Masukkan santan. Masukkan kerisik. Kacau sebati. Biarkan kering sedikit. Matikan api.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Kata orang Thailand syurga makanan kerana makanan terdapat pelbagai makanan yang sedap dan murah serta segar. Oleh itu, kalau anda berpeluang ke Thailand jangan lupa menikmati beberapa makanan streat food yang memang terbaik dan sesuai dengan tekak kita orang Malaysia. Tapi kalau nak buat sendiri takda masalah kerana RASA kongsikan beberapa resipinya di sini.
PAD GRA PROW (THAI BASIL BEEF)
BAHAN-BAHAN:
150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
4 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan cili benggala
1/2 biji bawang besar | hiris
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh gula
1 sudu makan sos ikan
1 cawan daun selasih Thai
Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
Tumis hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
Gaul lagi hingga daun selasih layu.
Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.
HOR MOK PLA (THAI CURRY FISH CUSTARD
BAHAN-BAHAN:
200 gram isi ikan tenggiri
1 sudu makan pes kari merah
150 gm santan
2 sudu teh sos ikan
1 sudu teh gula
1 biji telur
3-5 helai daun limau purut | hiris nipis
10-15 helai daun selasih Thai
1 biji cili merah |untuk hiasan
Daun pisang | untuk mangkuk
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dalam bekas.
Kacau rata dan sebati.
Seterusnya masukkan hirisan daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga 3/4 mangkuk.
Kukus selama 10-15 minit.
Sebelum hidang letak sedikit baki santan di atas permukaan Horm Mok Pla dan hias dengan sedikit hirisan daun limau purut dan cili merah di atasnya.
KAO MOK GAI (NASI BRIANI THAI)
BAHAN-BAHAN:
REMPAH RATUS (DI KISAR):
2 sudu teh serbuk kari ayam/daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
NASI:
5 cawan beras basmathi | rendam 30 minit kemudian tos
4 sudu makan minyak sapi
4-5 ulas bawang merah | hiris
3 cm halia| hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3 batang akar ketumbar
2-3 sudu makan rempah Kao Mok Gai
200ml susu cair
1 ekor ayam | potong lapan
8 cawan air
garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji pelaga
4 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Cuci ayam dan toskan dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dengan api perlahan.
Tumiskan bahan rampah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan rempah Kao Mok Gai dan terus kaca, setelah garing masukkan akar ketumbar dan air.
Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
Tutup api dan angkat ayam kemudian toskannya.
Gaulkan ayam dengan satu sudu remah Kao Mok Gai, sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perapkan seketika.
Sementara itu sediakan nasi, Masukkan tujuh caawan air rebusan ayam dalam periuk elektrik bersama susu cair, apabila mendidih , perasakan dengan garam secukupnya sebelum dimasukkan beras yang teah ditoskan tadi.
Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.
Sementara nasi masak, panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi menggunakan api sederhana.
Setelah garing angkat dan hidang bersama nasi Kao Mok Gai bersama hirisan timun, tomato dan sos cili Thai.
HOT TOD (CRISPY EGG AND PRAWN PANCAKE
BAHAN-BAHAN:
200gm udang | buang kulit
1/2 cawan tauge | buang ekor
1/2 cawan daun ketumbar | hiris
1/2 sudu teh sos ikan
3 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
3 biji telur
2 sudu makan tepung ubi
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali leper
Sementara itu campurkan tepung ubi, garam,serbuk lada hitam dan sedikit air.
Kemudian tuang adunan ke dalam kuali, kemudian letakkan isi udang, sedikit hirisan bawang dan daun ketumbar di atasnya,
Kemudian tuang bancuhan telur yang telah dikacau dengan sedikit garam, sos ikan di atas dan ratakan
Tambah lagi isi udang, daun ketumbar, hirisan bawang dan tauge.
Apabila nampak garing anda boleh balikkan pancake. Untuk rasa lebih ranggup.
Jika tidak mahu, anda boleh terus hidangkan dengan sos cili Thai.
TOP MAN PLA (SPICY THAI FISH CAKES}
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ikan siakap | asingkan kulit dan hancurkan isinya
1 biji telur
2 sudu makan hirisan halus kacang panjang
3 helai daun limau purut | mayang halus
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 1/2 pes kari merah Thai
2 cawan minyak masak
ACAR TIMUN:
2 sudu makan cuka makan
1 sdu makan gula
1/2 batang timun | potong dagu atau hiris nipis
1 tangkai cili merah
1 sudu makan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar
CARA MEMASAK:
ppotong dadu isi ikan dan masukkan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
Keluarkan masukkan dalam mangkuk adunan.
Campurkan bersamanya telur, hirisan kacang panjang, daun limau purut, garam, gula dan pes kari merah Thai. Adun rata.
Kemudian panaskan minyak dalam kuali, bentukkan doh ikan bulat-bulat kecil kemudian goreng menggunakan api sederhana.
Goreng hingga bebola ikan bertukar menjadi keperangan. Angkat dan toskan.
Sementara itu sediakan acar timun. Campurkan garam, gula dan cuka secukup rasa dan kemudian gaulkan dengan timun, bawang merah dan cili Thai.
7, Hidangkan bersama dengan Top Man Pla serta nasi putih.
PHA THAI
BAHAN-BAHAN:
300gm mi Thai
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah Thai
100 udang dibuang kulit
50gm tauge
1 sudu teh serbuk cili Thai
10gm daun bawang| potong 3 cm
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan minyak masak
2 biji telur
BAHAN PELENGKAP:
1 hiris limau nipis
Sedikit tauge dan daun bawang
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan udang, kacau lagi hingga udang masak.
Diikuti mi Thai dan jus asam jawa, serbuk cili Thai dan sedikit air gaulkan 2-3 minit.
Akhir sekali masukkan tauge, daun kucai, gula dan garam secukup rasa.
Tolakkan ke tep kuali mi Thai, tambah sedikit minyak dan pecahkkan telur di dalamnya.
Kacau rata, apabila sudah berketul-ketul, gaulkan besama Pha Thai.
Angkat dan hiaskan dengan bahan pelangkap, taburkan cili flakes, hirisan limau nipis, daun bawang dan tauge sebelum dihidangkan.
Rasanya rakyat Malaysia ni rata-rata suka makan Tom Yam kan. Bukan sekadar makan, memasaknya pun ramai yang pandai.
Tapi bagi yang sibuk bekerja pasti nak beli aje kat warung dan restoran kedai siam. Tapi kalau buat sendiri lagi jimat, boleh adjust lagi ikut kesedapan yang disukai, nak pedas lebihkan cili kering. Yang pasti boleh dijadikan stok dan simpan dalam peti sejuk.
Sebut je petai ramai yang menyukai ulaman tradisional yang baunya boleh tahan tapi rasanya memang wauuu sedap, tak kiralah buat ulam mentah atau dijadikan campuran dalam sambal atau gulai. Pendek kata tak ada istilah jemu kalau dengan petai. Sebab itulah RASA nak share satu menu petai yang jadi kegilaan pengemar petai Malaysia.
Jom kita masukkan dalam menu haari ni.
SAMBAL PETAI UDANG
BAHAN-BAHAN :
300gm udang | bersihkan
3 papan petai, | ambil isi
1 sudu makan pes asam jawa
1 biji bawang besar, | hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak | untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar halus hingga nik bau dan pecah minyak.
Masukkan pes asam jawa, kacau rata.
Masukkan petai, gaul dan tambah hirisan bawang besar.
Tambah udang, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.