Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Popia SS Ali Tawar Hidangan Popia Guna Resipi Turun Temurun Berusia 70...

Popia SS Ali Tawar Hidangan Popia Guna Resipi Turun Temurun Berusia 70 Tahun.

Popia SS Ali adalah nama yang tidak asing lagi bagi penggemar makanan ringan ini. Mula beroperasi sejak tahun 1973, asalnya hanyalah beroperasi di sebuah gerai kecil dengan menjual popia basah dan popia goreng di pasar malam Ipoh, Perak. Kini perniagaan yang sudah diwarisi selama tiga generasi ini semakin berkembang dengan pembukaan beberapa cawangan di beberapa negeri lain seperti di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Popia SS Ali Tawar Hidangan Popia Guna Resipi Turun Temurun Berusia 70 Tahun.

Popia SS Ali Tawar Hidangan Popia Guna Resipi Turun Temurun Berusia 70 Tahun.

Team RASA berpeluang merasa sendiri aneka hidangan popular di Popia SS Ali  cawangan Shah Alam. Kulit popia basah yang lembut dan ranggup bila digoreng adalah pilihan wajib untuk dicuba andai berkunjung ke sini. Keenakan inti popianya yang dipenuhi dengan pelbagai sayuran segar seperti lobak merah, sengkuang, udang kering, taugeh dan bawang goreng menjadikan ia tidak puas untuk dinikmati. Di tambah pula dengan sos istimewa yang dicurah atas popia. Pedas, manis! Memang membuka selera.  

Popia SS Ali Tawar Hidangan Popia Guna Resipi Turun Temurun Berusia 70 Tahun.

Popia SS Ali Tawar Hidangan Popia Guna Resipi Turun Temurun Berusia 70 Tahun.

Selain popia basah dan goreng, ada menu istimewa lain yang anda boleh anda rasa iaitu Nasi Ayam, Mi Rebus dan laksa. Tidak lupa makanan sampingan yang lain seperti rojak dan Karipap Telur Rebus. Pendek kata, memang sesuai untuk bawa keluarga datang menjamu selera.  

IKLAN

Popia SS Ali Tawar Hidangan Popia Guna Resipi Turun Temurun Berusia 70 Tahun.

Popia SS Ali Tawar Hidangan Popia Guna Resipi Turun Temurun Berusia 70 Tahun.

Rahsia Popia SS Ali tersohor hingga kini adalah terletak pada ramuan serta bahan-bahan yang digunakan. Difahamkan setiap ramuan masakan termasuk kulit popia memang dibuat sendiri. Semua bahan-bahan tersebut disediakan di central kitchen mereka sendiri bagi memastikan kualiti dan rasa bagi setiap cawangan terkawal. Patutlah rasanya kekal dan tak berbeza walaupun dibeli di cawangan yang berbeza.

\Popia SS Ali Tawar Hidangan Popia Guna Resipi Turun Temurun Berusia 70 Tahun.

IKLAN

Oleh itu bagi anda yang taktahu nak makan apa tengahari ni, bolehlah berkunjung ke Popia SS Ali. Selamat mencuba!

 

INFO KEDAI

IKLAN

Popia SS Ali

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (setiap hari)

Alamat: Shah Alam Walk, Jalan Majlis, Seksyen 14 Shah Alam (Berhadapan Plaza Alam Sentral)

Istimewa: Popia basah & Popia Goreng

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI