Pernahkah anda beli limau nipis tetapi bila nak perah jusnya, sedikit sahaja jus yang keluar? Sakit juga hati. Maklumlah, harganya pun boleh tahan mahal. Ada petua yang boleh anda cuba.
Sekiranya anda ingin mendapatkan jus yang lebih banyak daripada sebiji limau, caranya mudah sahaja.
BAHAN-BAHAN:
IKLAN
Limau nipis
Air panas
CARA-CARA:
Masukkan air panas ke dalam bekas.
Kemudian masukkan limau nipis. Rendam kira-kira satu jam.
Toskan air dan sedia untuk digunakan. Hasilnya, jus limau akan lebih banyak bila diperah.
Selain itu, petua lain yang boleh dicuba ialah sewaktu beli limau nipis, pilih buah yang berkulit nipis dan lembut. Biasanya limau begini banyak airnya berbanding limau yang masih keras dan kulit seakan tebal apabila dipicit.
IKLAN
Jumlah jus limau juga bergantung kepada cara kita potong. Jika buah dipotong melintang, kemungkinan jus limau tak dapat keluar sepenuhnya apabila di perah. Malah kalau potong hingga ke bahagian biji, susah kot nak picit. Cuba cara ni. Mudah & jus pun keluar dengan banyak.
IKLAN
Mudah kan? Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Menghirup sup tanpa bawang goreng seakan tidak lengkap. Begitu juga bila makan bihun goreng atau mi goreng, bawang goreng yang rangup melengkapi rasa enak makanan ini.Ada saja yang dijual di pasaran tapi tidak sesedap kalau buat sendiri. Malah ada yang kita beli jadi lemau dan keras, bau pun tak enak. Jadi bagaimana nak dapatkan kerangupan bawang goreng yang diinginkan. Langkah ini boleh bantu anda untuk dapatkan bawang goreng yang rangup dan enak.
Kupas dan potong nipis Bagi mendapatkan bawang goreng yang rangup, kupas dan potong bawang nipis-nipis. Selain meningkatkan waktu menggoreng, bawang yang dipotong nipis-nipis juga boleh memberikan aroma yang lebih harum jika dicampurkan ke dalam masakan anda. Masukkan minyak sedalam tiga sentimeter di dalam kuali atau tempat menggoreng. Penggunaan minyak sayur yang mencukupi dapat menjadikan bawang goreng mudah masak serata.
Gunakan api yang sederhana Api yang terlalu panas menjadikan bawang goreng anda cepat hangit. Bila hangit, makan pun tidak enak lagi.Penggunaan api sederhana sangat disarankan kerana jadi lebih mudah untuk mengawal tingkat keperangan bawang goreng yang dikehendaki.
Selalu gaul-gaul hingga masak Ketika bawang goreng sudah dimasukkan, selalu gaulkan bawang goreng tersebut. Tujuannya adalah agar panas minyak goreng boleh lebih merata dan tingkat keperangan bawang goreng juga lebih baik. Ketika warnanya sudah menjadi perang keemasan, segera angkat. Bawang goreng yang terlalu coklat atau malah kehitaman hanya akan memberikan rasa pahit jika ditaburkan ke makanan anda yang lain.
Jangan gunakan minyak zaitun Anda sebaiknya menggunakan minyak sayur dan bukan minyak zaitun untuk membuat bawang goreng. Minyak sayur bekas menggoreng bawang goreng pun boleh anda gunakan kembali untuk menggoreng makanan lain dengan aroma yang lebih enak.
Setelah menggorengnya banyak, boleh simpan di dalam bekas bertutup rapat yang sudah dialas dengan kertas minyak atau tisu. Bagi menjaga kerangupan bawang goreng, bolehlah menyimpan bekas yang berisi bawang goreng tersebut di dalam peti sejuk. Nah bolehlah buat stok nanti.
ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH BELI DI SINI
Selalu tak korang dengan minyak bawang putih jadi penyedap rasa dan memberikan aroma wangi yang sungguh mengoda selera? Walaupun ia ada dijual, tapi kalau buat sendiri lagi wangi dan segar. Lagipun tak susah nak buat sendiri ni ye, emak-emak semua.
.
Minyak bawang putih adalah bawang putih yang sudah diawetkan dengan minyak melalui proses fermentasi. Kegunaannya boleh dipelbagaikan, antaranya ia bioleh dihunakan bahan perasa tambahan untuk menu seperti Nasi Hainam, pelabgai jenis nasi dan mi goreng, aneka sup, Ayam Kicap, tumisan sayuran-sayuran dan banyak lagi.
Macam mana nak buat minyak bawang putih ni sendiri, ini bahan-bahan dan cara membuatnya:-
BAHAN-BAHAN:
300gm bawang putih
10 biji buah keras
5 sudu makan minyak bijan
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kupas bawang putih, kemudian basuh dan toskan hingga kering.
Masukka dalam chopper bersama buah keras. Kisar kasar
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar tadi, tumis dengan api.
Sentiasa kacau, hingga bawang warna bawang putih bertukar kuning keemasan.
Setelah masak, tuang dalam bekas kaca.
Minyak bawang putih sedia digunakan.
.
Pastikan semua bahan adalah kering untuk memastikan minyak bawang putih tahan lama. Jika minyak ini disimpan dengan cara yang betul, ia boleh tahan sehingga sebulan.
Selalu bila anda ingin buat mi rebus, kari dan sup mi akan dicelur dahulu sebelum sedia digunakan. Tapi masalahnya, mi yang dicelur itu melekat selepas ditoskan. Ini menyebabkan tekstur mi tidak sempurna seperti diinginkan. Jangan risau, untuk menangani masalah ini anda boleh cuba tip berikut:-
Gaulkan Dengan Minyak
Selepas mi ditoskan, masukkan satu atau dua sudu minyak sayur dan sebaiknya minyak zaitum. Kemudian gaul rata, cara ini menghindari mi dari melakat .
Gaulkan Dengan Perencah
Atau anda boleh cuba kaedah ini, panaskan satu sudu minyak masak, tumis dua ulas bawang putih yang dititik . Kemudian tambahkan satu sudu makan sos tiram dan sedikit air. Seterusnya masukkan mi, gaul rata sambil pisahkan mi yang melekat.
Tambah Mingak Dalam Air Rebusan
Ini cara paling mudah, anda hanya perlu masukkan satu atau dua sudu makan minyak sayur atau zaitun dalam air rebusan. Apabila air mendidih, masukkan mi. Kacau rata dan mi tidak akan melekat selepas ia ditoskan.