Siapa suka asam Haw Flakes ini? Boleh cuba resipi kek kukus yang ada rasa masam manis sedap. Adunan kek gebu warna-warni yang dilapiskan asam yang menarik mata.
KEK LAPIS KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
IKLAN
5 Biji telur (sejukkn dalam peti sejuk)
2 cawan tepung kek
1 1/2 cawan gula halus
100ml minyak masak
150ml susu cair
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar ovellate
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna pilihan
Asam Haw Flakes secukupnya
CARA MEMASAK:
IKLAN
Putar telur, gula, ovellate dan serbuk penaik sampai kembang.
Selepas itu masukkan vanilla dan pukul seketika.
Masukkan minyak dan pukul sebati.
Akhir sekali masukkan tepung kek yang diselang seli dengan susu cair. Kacau hingga sebati.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan anda.
Panaskn kukusan & sapukan loyang dengan minyak
Ambil 5 sudu besar adunan ratakan dan susun asam.
Kukus selama 5 atau 7 minit. Lapiskn lagi warna yang berlainan susun asam dan ulang sehingga habis.
Untuk lapisan terakhir biar kukus lama sikit supaya kek betul-betul masak.
Info: Pastikan kek betul-betul sejuk untuk dapat hasil yang cantik bila dipotong.
IKLAN
Kredit: Lieya Saad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Semperit merupakan salah satu biskut raya kegemaran ramai. Memandangkan Ramadan bakal menjelang seterusnya Aidilfitri, pasti sudah ramai yang tercari-cari resipi biskut yang mudah dan sedap untuk disediakan menjelang Syawal nanti. Salah satu resipi mudah adalah resipi Biskut Semperit Coklat perkongsian saudari Noor Suhaida ini. Pasti digemari ramai dan bagi peminat coklat, ia tentunya resipi yang tidak harus anda abaikan. Kata empunya resipi, biskut ni rasanya seakan Chipsmore. Malah beliau juga bermurah hati berkongsi tip untuk jadikan bunga biskut yang tidak mendap, kekal terletak dan cantik selepas dibakar. Wow…Pasti enak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT BISKUT SEMPERIT COKLAT MUDAH & RANGUP
CARA MEMASAK: 1.Ayak gula aising. 2. Satukan gula aising dan mentega. Kacau menggunakan senduk sampai sebati. 3. Masukkan kuning telur dan creamy vanilla. Kacau sebati. 4. Seterusnya masukkan serbuk coklat, tepung jagung dan tepung kastard. Kacau sekadar sebati sahaja. 5. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang dikehendaki. Doh semperit tidak boleh keras sangat, tidak boleh lembik sangat. 6. Tekan doh menggunakan acuan semperit (acuan pecah 10) pada loyang yang telah dioles. Bakar pada suhu 150C selama 25 minit.
TIP BUAT BISKUT SEMPERIT YANG ELOK & CANTIK
Untuk elakkan bunga biskut ‘tidur’ atau berubah bentuk selepas dibakar, jangan sesekali pukul mentega dan gula sampai kembang macam nak buat kek. Kena kacau manja sekadar sebati sahaja.
Selepas doh semperit ditekan pada loyang, biarkan selama 15 minit sebelum di bakar. InsyaAllah bunga tak jatuh lepas dibakar.
Kek coklat bergabung dengan puding karamel. Mak ai. Nampak sedap sungguh ni. Pasti jadi rebutan bagi mereka yang suka manisan karamel.
KEK COKLAT PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN KARAMEL
4 Sudu besar gula
CARA MEMBUAT
Cairkan gula dalam loyang hingga perang tapi jangan gelap sangat sebab nanti akan rasa pahit. Ketepikan loyang tu.
BAHAN-BAHAN PUDING TELUR
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
3 Sudu besar susu pekat
3 biji telur ayam
Sedikit esen vanila
2 keping roti buangkan bahagian tepi dan carik-carikkan.
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus.
Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukus selama 20 ke 25 minit.
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT:
5 biji telur ayam
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan air panas
1 cawan minyak
Secubit garam
1 3/4 cawan gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMASAK:
Kacau telur sampai kembang dan masukkan gula kacau lagi
Sambil itu masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sampai pekat.
Masukkan tepung gandum yang telah di ayak bersama koko dan baking powder dan soda bikabornat. Masukkan sedikit demi sedikit dengan mixer kelajuan perlahan.
Selepas itu masukkan minyak dan air panas. Kacau sehingga sebati.
Masukkan adunan kek ke dalam puding karamel yang sudah siap kukus tadi.
Biskut Buah Kana memang sedap dengan pelbagai jem di tengah-tengahnya. Ramai yang terimbau dengan zaman kanak-kanak ketika makan biskut Buah Kana ini bukan? Selalunya bahan-bahan untuk membuat biskut lama tak banyak dan ringkas sahaja. Jom kita cuba resipi biskut Buah Kana yang dikongsikan oleh Normy Armila ini.
RESIPI BISKUT BUAH KANA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UTAMA:
150 gm mentega (gunakan mentega asli (pure butter) untuk lagi sedap) 90 gm gula ising – BELI ONLINE 1 biji kuning telur saiz B 180 gm tepung gandum –BELI ONLINE 100 gm tepung jagung – BELI ONLINE 1/2 sudu teh baking powder Pewarna (jika suka untuk mencantikkan lagi biskut)
BAHAN UNTUK INTI:
Jem strawberi Jem blueberry
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan utama. Selepas itu tekapkan adunan pada acuan. Selepas itu bakar adunan dalam oven (ikut suhu oven masing-masing).
2.Selepas semua adunan siap dibakar, bolehlah sapukan jem strawberi atau pun blueberry. Ikut kesukaaan masing-masing.
3.Kemudian tekapkan biskut yang disapukan jem tadi. Maka jadilah bentuknya seperti buah kana.