Cookies Coklat Tiktokni kini jadi kegemaran ramai. Mana tidaknya, resipi yang menggunakan bahan-bahan yang ringkas malah cara penghasilannya juga cukup mudah. Patutlah ramai yang cuba. Anak-anak remaja pun boleh buat sendiri. Bak kata saudari Hardina Sofiayang berkongsi resipi, cicah dengan susu segar memang sedap! Berbaloi untuk dicuba. Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1.Dalam satu bekas yang besar, satukan gula, gula perang, mentega cair, telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan baking soda. Pastikan baking soda tidak dimasukkan terlalu banyak. Kacau dengan perlahan hingga sampai semua bahan sebati.
3. Akhir sekali masukkan cincangan coklat gelap atau cip coklat. Lebih banyak dimasukkan, lebih sedap rasanya. Sebatikan.
4. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit atau satu jam. 5. Ambil loyang, alas dengan baking paper. Bulatkan adunan mengikut saiz kegemaran. Susun dengan jarak sesuai kerana biskut akan kembang. 6. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170C dan bakar doh pada suhu yang sama selama 10-15 minit. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing. 7. Sejukkan Cookies Coklat Tiktok sebentar sebelum dinikmati. Paling enak dimakan bersama susu segar.
Sambal kundang muda ikan bakar ini secukup rasa masam dan pedasnya. Bagi yang suka makan sambal cicah dengan pelbagai ulam-ulaman, mesti cuba sambal ini ye.
Buah kundang ini ada yang panggil buah staq, setar dan ada yang panggil remia. Kalau tak ada, boleh ganti dengan buah lain asalkan masam. Misalnya buah mangga, kedondong, epal hijau, belimbing dan sebagainya.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh CikZah atau puan Faizah Hussain ini ye. Selamat mencuba!
Jika anda peminat sajian Korea, pasti tidak asing lagi dengan menu resipi Soondubu Jjigae @ Korean Tofu Beef Stew ni. Ia merupakan sejenis stew yang dimasak bersama campuran pes cili Korea dan juga kimchi yang ditambah bersama dengan beberapa bahan-bahan lain. Pedas, masam dan rasanya sangat enak. Sesuai untuk anda yang gemarkan sajian berkuah dan panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Fairuza ni. Masak sendiri pasti puas hati. Boleh letak lauk banyak-banyak. Jom cuba!
CARA MASAK SOONDUBU JJIGAE (KOREAN TOFU BEEF STEW)
BAHAN-BAHAN (saiz hidangan 2 orang):
2 ulas bawang putih – tumbuk halus – beli online disini Sedikit halia – tumbuk halus 1/2 kiub pati ikan bilis – beli online disini 1 sudu makan pes gochujang – beli online disini Daging – hiris nipis Tofu jepun lembut Cendawan enoki Garam secukup rasa 1 cawan air
CARA MEMASAK: 1.Tumis bahan tumbuk (bawang putih dan halia) dengan sedikit minyak. Cukup sekadar tumis sebentar sahaja, tidak perlu garing. 2. Masukkan pes gochujang. Pes akan berketul-ketul tetapi tidak mengapa. Kacau sahaja. 3. Masukkan air. Cair atau pekat boleh ubah ikut selera masing-masing. Kacau lagi supaya pes larut. 4. Masukkan kiub pati ikan bilis.
5. Seterusnya masukkan cendawan enoki, hirisan daging, tofu. Buka api kuat sekejap sambil dimasukkan garam dengan secukupnya. Tidak perlu banyak garam sebab pes sudah berperisa.
6. Bila stew sudah menggelegak dan daging masak, tutup api. 7. Tabur daun bawang yang dihiris dan juga biji bijan. Soondubu Jjigae siap untuk dinikmati.
INFO: Soondubu Jjigae sedap dimakan semasa cuaca sejuk @ hujan. Jika suka boleh pecahkan telur di dalamnya dan nikmati bersama nasi seperti di Korea.
Kek Gulung memang enak dan mempunyai rupa yang menarik. Malah untuk menyediakannya juga tidaklah sukar seperti yang dibayangkan. Bagi anda yang gemar membuat kek, bolehlah cuba aneka resipi kek gulung ni. Pasti puas hati.
1. KEK GULUNG SUPER LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
4 biji kuning telur
1 biji telur
60gm gula pasir
30gm tepung gandum
75gm mentega – dicairkan
BAHAN INTI:
Jem nanas, strawberi atau buttercream
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 190-200C. Oles loyang bersaiz 20x20cm atau 22x22cm dengan marjerin kemudian alaskan dengan baking paper. Sapu lagi marjerin di keseluruhan kertas. Ketepikan. 2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum. Kaup balikkan menggunakan spatula. 3. Masukkan mentega. Adun lagi hingga sebati. 4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit ( 8 minit menggunakan api atas & 7 minit menggunakan api bawah) hingga kek masak. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing. Jangan terlebih masak kerana kek akan kering dan mudah patah apabila digulung. Angkat kek dan keluarkan dari loyang. 5. Biar kek sejuk barulah disapukan inti yang bersesuaian. Gulung dengan padat. Kemudian bolehlah dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Sukmawati_rs
2. KEK GULUNG KEJU
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur segar
90gm gula kastor
1 sudu makan ovalette
70gm tepung gandum
10gm tepung jagung
10gm susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
125gm mentega – dicairkan & disejukkan
Pewarna ungu secukupnya
BAHAN INTI:
Buttercream secukupnya
Keju Cheddar secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Oles loyang bersaiz 30×30 dengan menggunakan marjerin. Letak baking paper dan oles sekali lagi menggunakan marjerin. Ketepikan. 2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Kemudian campurkan dengan semua bahan lain kecuali mentega cair. Pukul guna kelajuan tinggi hingga kembang dan adunan menjadi kental. 3. Tambahkan mentega cair. Kaup balikkan menggunakan spatula hingga sebati. 4. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan permukaannya. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 200C hingga masak, permukaan berkulit kecoklatan dan terasa kering bila disentuh. 5. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan. Sapukan buttercream dan gulung dengan sempurna. Sapukan lagi krim dan parut keju dengan secukupnya hingga rata. 6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit: @ rickeindriani_ordinarykitchen ( sumber) & dicuba oleh @icha.irawan
3. BOLU GULUNG
BAHAN- BAHAN:
4 biji telur
60gm gula kastor
1 sudu teh ovalette
48gm tepung gandum
8gm susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
80gm mentega – dicairkan
Sedikit pewarna biru
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Ayak. 2. Dalam bekas bersesuaian, campur semua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang dan kental. 3. Tambahkan mentega cair dan kaup balikkan menggunakan spatula hingga rata. 4. Asingkan sedikit adunan asal dan campurkan pewarna biru dalam adunan adunan asal. 5. Ambil loyang bersaiz 20×20 yang telah dioles dengan marjerin dan baking paper. Tuang adunan warna putih dan bentukkan bulat. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 minit. Keluarkan. 6. Tuang adunan biru diatasnya. Ratakan dan hentak perlahan-lahan supaya tiada gelembung udara. 7. Bakar kek sekali lagi pada suhu 170C selama 15 minit. 8. Angkat dan gulung kek ( tanpa sapu buttercream). Biarkan hingga sejuk. Boleh juga simpan dalam peti sejuk selama 10 minit) 9. Setelah sejuk, buka gulungan kek dan sapukan buttercream. Gulung sekali lagi dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit. 10. Boleh dipoting dan sedia untuk dinikmati.
Kredit: @tintinrayner ( sumber) & dicuba oleh @aniktriwina
4. BASIC JAPANESE ROLL CAKE
BAHAN A ( UNTUK MEMBUAT CORAK):
2 biji putih telur
20gm gula
20gm tepung jagung
20gm tepung gandum
BAHAN B:
6 biji kuning telur
60gm gula
65ml minyak
100ml susu cair
125gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla
BAHAN C:
4 biji putih telur
40gm gula
25gm tepung jagung
INTI:
Jem strawberi atau apa-apa inti yang menjadi kegemaran.
CARA MEMASAK: 1. BAHAN A (Corak): Pukul putih telur hingga kembang lalu masukkan gula pasir. Pukul lagi hingga sebati. 2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Adun sebati. Tambahkan pewarna ikut corak yang anda nak hasilkan. 3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan lukiskan corak yang diingini diatas loyang yang telah dialas dengan baking paper bersaiz 35 x 25cm. Bakar guna api bawah menggunakan suhu 180C selama 4 minit. Angkat. 4. BAHAN B: Pukul kuning telur dan gula sampai putih dan kental lalu masukkan minyak dan susu cair sedikit demi sedikit. Pukul guna lajuan rendah dan masukkan tepung gandum. Adun rata 5. BAHAN C: Pukul putih telur hingga mengembang lalu masukkan gula sedikit demi sedikit. 6. Masukkan tepung jagung. Pukul hingga sebati. 7. Masukkan adunan bahan B ke dalam bahan C. Adun rata. 8. Tuang adunan perlahan-lahan ke dalam loyang yang mengangungi corak yang telah dibakar tadi. Ketuk loyang agar udara keluar. 9. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 20 minit. 10. Isikan inti, gulung pelahan-lahan dan padatkan. Sedia untuk dinikmati. Kredit: Fatmah Bahalwan
5. CHOCOLATE SWISS ROLLS
BAHAN A:
6 biji kuning telur
60gm minyak goreng
1 sudu teh esen vanilla
60ml susu cair
120gm tepung gandum
1 1/2 sudu makan serbuk koko
BAHAN B:
1 sudu teh jus lemon atau cuka
120gm gula pasir
6 biji putih telur
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan A dan adun sebati sehingga tidak berketul. 2. Seterusnya untuk bahan B, pukul putih telur dan jus lemon hingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul hingga kembang dan kental. 3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan A. Kaup balikkan perlahan-lahan hingga sebati. 4. Ambil loyang dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan dan hentakkan sedikit bagi membuang gelembung udara. 5. Bakar kek dalam ketuhar pada suhu 120C selama 20 minit. Kemudian naikkan suhu 150C dan bakar selama 8 minit. Masa mungkin berubah bergantung pada saiz dan jenis ketuhar. Pastikan juga sebelum dimasukkan, ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu. 6. Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan sebentar di dalam loyang sebelum dikeluarkan. 7. Bila kek telah sejuk, barulah disapu buttercream dan digulung menggunakan baking paper. Biarkan kek selama 20 minit supaya gulungannya melekat sempurna.
Kredit: michael lim (sumber) & dicuba oleh Jessica Putri