Mulut terasa nak mengunyah. Dapat kunyah kacang sedap juga ni sambil layan cerita korea. Kalau kacang yang beli rasa umpph kurang, apa kata buatnya sendiri dengan rasa pedas dan masin yang seimbang. Buatnya pun mudah.
Bahan-bahan:
- Kacang kuda- direndam semalaman sebelum tidur ( Bangun pagi rebus letak secubit garam)
- Butter atau minyak
- Bawang putih dan bawang rose kecil-BOLEH BELI DI SINI
(Kalau suka biji sawi boleh letak sikit , kak tak letak) - Daun kari-BOLEH BELI DI SINI
- Cili kering-dikisar-BOLEH BELI DI SINI
- Garam dan gula serta serbuk perasa secukupnya
Cara memasak:
1.Tumis bawang putih dan bawang rose hingga kekuningan.
2.Masukkan cili kering. Tumis hingga naik bau. Cili hendaklah dimasak elok.
3.Masukkan garam, gula dan perasa(jika suka)Kak letak kunyit serbuk sikit. tak letak pun tak pa.
4.Nak letak ikan bilis goreng pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.
5.Letak kacang kuda yang direbus. Kacau dan angkat.
Kredit : Al Ulfah II
ADA YANG MENCARI OVEN UNTUK MEMBAKAR KEK ATAU BISKUT, BOLEH KLIK DI SINI.
Tak Tipu, Roti Basque Burnt Cheese Topping Ini Memang Sedap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Daging Masak Cili Kering Paling Mudah. Sikit Je Bahan Yang Guna
Daging Masak Cili Kering ni sangat mudah dibuat. Bahan-bahan rencahnya paling ringks tapi sangat sedap.
Untuk memasaknya, anda hanya perlukan bawang merah dan cili kering sebagai rencah utama. Tak perlu yang lain. Tiada sos yang diguna. Untuk menambah rasa pun, cukup sekadar perasa asas seperti garam, gula dan juga perasa.
Bagi anda yang nak cuba resipi perkongsian saudari Nana Ereena ni, pasti puas hati dengan rasanya. Paling sedap makan bersama nasi putih panas. Gaul-gaul sambalnya dengan nasi, memang padu. Jika nak tambah petai, pun boleh. Ikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MASAK DAGING MASAK CILI KERING PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
400gm daging
1 genggam cili kering – beli online disini
3-4 biji bawang merah – beli online disini
2 batang serai
Garam, gula & perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Hiris daging kemudian rebus hingga empuk. Angkat dan toskan airnya.
2.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hirisan bawang merah hingga wangi. Angkat dan toskan minyaknya.
3.Kemudian masukkan cili kering. Goreng lagi hingga bertukar warna. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Masukkan bawang dan cili kering yang digoreng tadi ke dalam pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga halus. Boleh juga kisar guna minyak gorengan tadi.
5.Tumis kembali bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan serai. Tumis lagi hingga wangi.
6. Seterusnya masukkan daging yang telah direbus empuk tadi. Gaul sebati.
7.Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
8.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nana Ereena
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Hasilkan Bawang Goreng Rangup Yang Tahan Lama.
Bawang goreng memang enak dijadikan penambah rasa dan penyedap dalam hidangan. Rasa manisnya hmmmm..memukau deria. Wangi pulak tu. Namun ada kalanya bawang goreng homemade ini tidak seperti yang dibeli. Cepat lembik dan tidak rangup. Ha..Jom cuba resipi perkongsian Puan Nooriah Abdullah di bawah ini. Pasti bawang goreng anda lebih enak dan sedap!
CARA BUAT BAWANG GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg bawang merah – hiris nipis
- 2-3 ulas bawang putih – hiris nipis
- 2 sudu besar tepung jagung
- Sedikit garam dan gula untuk perasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2. Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3. Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4. Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak .
5. Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6. Gorenglah sehingga habis .
SEDIKIT TIP MENGGORENG
- Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng
- Masa menggoreng jangan sampai terlalu kuning diatas api sebab bila kita angkat bawang tu akan lebih kuning.
- Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning didalam minyak, bila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya..
- Sedap di ratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap
- Biarkan sehingga sejuk dan minyak nya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & gambar: Puan Nooriah Abdullah (https://dapurkaknoor.blogspot.com/2015/10/bawang-goreng-ranggup-ala-kak-noor.html)
8 Pemanis Mulut Autentik Di Majlis Santapan Diraja. Sedap & Boleh Cuba Ni.
Melihatkan senarai pilihan pemanis mulut pilihan Raja Permaisuri Agung sebagai hidangan di Majlis Santapan Diraja ia sungguh autentik dan menarik perhatian tetamu diraja, Ia bagaikan amembangkitkan nostalgia silam di mana kesemua manisan ini sangat sinonim di majlis-majlis keraian di zaman dulu-dulu. Menariknya kesemua manisan ini sangat mudah disediakan, kepada korang yang teringin mencuba dan merasakan aura autentik, ini dikongsikan resipinya yang boleh dicuba.
.
PUDING RAJA
BAHAN-BAHAN:
- 4 sikat pisang lemak manis | buang kulit
- 1 cawan biji gajus | goreng
- 2-3 genggam jala emas
- 200gram buah prun | potong empat
- Buah ceri merah/hijau
- 2 sudu makan minyak sapi
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN KUAH PUDING:
- 1 tin susu cair
- 3 biji telur | ambil kuning sahaja
- 1/2 tin air
- 1-2 cawan gula | ikut citarasa
- Daun pandan | simpul
- Esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning.
- Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.
- Untuk Kuah Puding. Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih.
- Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
- Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila.
- Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
- Cara Menghidang:Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
- Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
.
KUIH KACAU KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg keledek
- 1 biji kelapa parut | jadikan santan 2 gelas
- 500gram gula pasir
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu teh vanilla
- 2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Keledek dibersihkan, rebus dan lecek hingga halus
2. Satukan gula dan santan serta garam. Jerangkan atas api sederhana dan dikacau hingga likat.
3. Telur dipukul lalu dimasukkan kedalam adunan santan gula bersama keledek lecek dan esen vanilla.
4. Masukkan pewarna kuning.
5. Kacau hingga cukup kental, tuang dalam acuan.
.
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN:
- 350 gram gula pasir
- 400 ml santan
- 500 ml air
- 50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
- 1.5kg labu
- 5 biji telur | dipukul kembang
- 2 helai daun pandan
- Garam
CARA MEMASAK:
1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.
4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan hawa.
.
WAJIK SIRAT
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm beras pulut | goreng tanpa minyak, sejukkan & kisar
- 600 ml santan
- 500 gm gula merah
CARA MEMASAK:
1. Masakkan santan sehingga pecah minyak, masukkan gula. Kacau perlahan-lahan dan biarkan sehingga gula hancur.
2. Biarkan sehingga pekat, kemudian masukkan pulut.
3. Kacau hingga tekstur adunan kental.
.
WAJIK DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut |rendam
- 2 cawan santan pekat
- 2 helai daun pandan
- 10 ulas durian | isi sahaja
- Sedikit kapur
- Daun pisang
- 500 gm gula melaka
- 300 gm gula pasir
- 2 cawan air
- 1 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1. Beras dikukus, setelah masak, angkat dan gaul dengan sedikit santan cair yang dibancuh dengan sedikit garam.
2. Masak gula melaka dan gula pasir dengan dua cawan air. Setelah larut dan mendidih, hendaklah di tapis.
3. Masak semula gula yang ditapis tadi, masukkan daun pandan, secubit garam dan isi durian.
4. Apabila mendidih masukkan santan pekat dan biarkan merenih dalam setengah jam menggunakan api yang kecil.
5. Setelah gula pekat berkilat dan bertali, masukkan pulut yang dikukus tadi.
6. Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau dalam 30 minit atau sehingga agak kering.
7. Apabila kering dan tak melekat di sudip, keluarkan daun pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yang telah di alas dengan daun pisang.
8. Setelah sejuk wajik sedia dihidangkan.
.
BUAH TANJUNG
- 10 biji kuning telur
- 1 kg gula pasir
- 500ml air
- 250gm tepung pulut
- 100gm tepung beras
- 2 helai daun pandan
- 5 kuntum bunga cengkih
- 1 sudu teh pewarna oren | jika suka
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian, sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan.
- Masak gula bersama air hingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan
- Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut. Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung.
- Kemudian masukkan ke dalam air gula sehingga meresap barulah diangkat.
.
KUIH TAHI ITIK
- 10 biji putih telur
- 500ml santan
- 400gm gula pasir
- 100gm tepung pulut
- 150gm tepung beras
- Sehelai daun pandan | siat-siat
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
- Biarkan sejuk.
- Setelah sejuk, bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
- Kuih Tahi Itik sedia dihidangkan.
.
KUIH BUNGA TONJET:
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji telur gred A | ambil kuning sahaja
- 1 kg gula
- Daun padan | carik dan simpul
- 5 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula bersama daun padan dalam air hingga pekat. Angkat dan tapis.
2. Pukul kuning telur hingga kembang, kemudian titikkan telur dalam air gula panas yang masih di atas api.
3. Jika telur itu tidak boleh dibentuk, Kacau atau pukul lagi.
4. Kemudian ambil sesudu teh adunan telur tadi dan tuangkan perlahan ke dalam air gula yang mendidih. Ia akan berbentuk bulat.
5. Ulang proses yang sama hingga adunan telur habis.
6. Biarkan ia masak seketika di dalam air gula sebelum diangkat.
7. Jika air gula menjadi terlalu pekat tambah air panas.