Melihatkan senarai pilihan pemanis mulut pilihan Raja Permaisuri Agung sebagai hidangan di Majlis Santapan Diraja ia sungguh autentik dan menarik perhatian tetamu diraja, Ia bagaikan amembangkitkan nostalgia silam di mana kesemua manisan ini sangat sinonim di majlis-majlis keraian di zaman dulu-dulu. Menariknya kesemua manisan ini sangat mudah disediakan, kepada korang yang teringin mencuba dan merasakan aura autentik, ini dikongsikan resipinya yang boleh dicuba.


8 Pemanis Mulut Autentik Di Majlis Santapan Diraja. Sedap & Boleh Cuba Ni.
.

PUDING RAJA

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sikat pisang lemak manis | buang kulit
  • 1 cawan biji gajus | goreng
  • 2-3 genggam jala emas
  • 200gram buah prun | potong empat
  • Buah ceri merah/hijau
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN KUAH PUDING:

  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur | ambil kuning sahaja
  • 1/2 tin air
  • 1-2 cawan gula | ikut citarasa
  • Daun pandan | simpul
  • Esen vanilla

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning.
  2. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk Kuah Puding. Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih.
  4. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
  5. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila.
  6. Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
  7. Cara Menghidang:Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
  8. Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

8 Pemanis Mulut Autentik Di Majlis Santapan Diraja. Sedap & Boleh Cuba Ni.
.

KUIH KACAU KELEDEK
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg keledek
  • 1 biji kelapa parut | jadikan santan 2 gelas
  • 500gram gula pasir
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh vanilla
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:
1. Keledek dibersihkan, rebus dan lecek hingga halus
2. Satukan gula dan santan serta garam. Jerangkan atas api sederhana dan dikacau hingga likat.
3. Telur dipukul lalu dimasukkan kedalam adunan santan gula bersama keledek lecek dan esen vanilla.
4. Masukkan pewarna kuning.
5. Kacau hingga cukup kental, tuang dalam acuan.


8 Pemanis Mulut Autentik Di Majlis Santapan Diraja. Sedap & Boleh Cuba Ni.
.

IKLAN

KUIH KACAU LABU

BAHAN-BAHAN:

  • 350 gram gula pasir
  • 400 ml santan
  • 500 ml air
  • 50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
  • 1.5kg labu
  • 5 biji telur | dipukul kembang
  • 2 helai daun pandan
  • Garam

CARA MEMASAK:
1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.
4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan hawa.

8 Pemanis Mulut Autentik Di Majlis Santapan Diraja. Sedap & Boleh Cuba Ni.
.

WAJIK SIRAT
BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm beras pulut | goreng tanpa minyak, sejukkan & kisar
  • 600 ml santan
  • 500 gm gula merah

CARA MEMASAK:
1. Masakkan santan sehingga pecah minyak, masukkan gula. Kacau perlahan-lahan dan biarkan sehingga gula hancur.
2. Biarkan sehingga pekat, kemudian masukkan pulut.

3. Kacau hingga tekstur adunan kental.

IKLAN


8 Pemanis Mulut Autentik Di Majlis Santapan Diraja. Sedap & Boleh Cuba Ni.
.

WAJIK DURIAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras pulut |rendam
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan
  • 10 ulas durian | isi sahaja
  • Sedikit kapur
  • Daun pisang
BAHAN AIR GULA:
  • 500 gm gula melaka
  • 300 gm gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh garam halus

CARA MEMASAK:

1. Beras dikukus, setelah masak, angkat dan gaul dengan sedikit santan cair yang dibancuh dengan sedikit garam.
2. Masak gula melaka dan gula pasir dengan dua cawan air. Setelah larut dan mendidih, hendaklah di tapis.
3. Masak semula gula yang ditapis tadi, masukkan daun pandan, secubit garam dan isi durian.
4. Apabila mendidih masukkan santan pekat dan biarkan merenih dalam setengah jam menggunakan api yang kecil.
5. Setelah gula pekat berkilat dan bertali, masukkan pulut yang dikukus tadi.
6. Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau dalam 30 minit atau sehingga agak kering.
7. Apabila kering dan tak melekat di sudip, keluarkan daun pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yang telah di alas dengan daun pisang.
8. Setelah sejuk wajik sedia dihidangkan.

IKLAN


8 Pemanis Mulut Autentik Di Majlis Santapan Diraja. Sedap & Boleh Cuba Ni.
.

BUAH TANJUNG

BAHAN-BAHAN:
  • 10 biji kuning telur
  • 1 kg gula pasir
  • 500ml air
  • 250gm tepung pulut
  • 100gm tepung beras
  • 2 helai daun pandan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu teh pewarna oren | jika suka

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian, sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan.
  2. Masak gula bersama air hingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan
  3. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut. Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung.
  4. Kemudian masukkan ke dalam air gula sehingga meresap barulah diangkat.

8 Pemanis Mulut Autentik Di Majlis Santapan Diraja. Sedap & Boleh Cuba Ni.
.

KUIH TAHI ITIK

BAHAN-BAHAN:
  • 10 biji putih telur
  • 500ml santan
  • 400gm gula pasir
  • 100gm tepung pulut
  • 150gm tepung beras
  • Sehelai daun pandan | siat-siat

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
  2. Biarkan sejuk.
  3. Setelah sejuk, bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
  4. Kuih Tahi Itik sedia dihidangkan.

8 Pemanis Mulut Autentik Di Majlis Santapan Diraja. Sedap & Boleh Cuba Ni.
.

KUIH BUNGA TONJET:
BAHAN-BAHAN:

  • 15 biji telur gred A | ambil kuning sahaja
  • 1 kg gula
  • Daun padan | carik dan simpul
  • 5 cawan air

CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula bersama daun padan dalam air hingga pekat. Angkat dan tapis.
2. Pukul kuning telur hingga kembang, kemudian titikkan telur dalam air gula panas yang masih di atas api.
3. Jika telur itu tidak boleh dibentuk, Kacau atau pukul lagi.
4. Kemudian ambil sesudu teh adunan telur tadi dan tuangkan perlahan ke dalam air gula yang mendidih. Ia akan berbentuk bulat.
5. Ulang proses yang sama hingga adunan telur habis.
6. Biarkan ia masak seketika di dalam air gula sebelum diangkat.
7. Jika air gula menjadi terlalu pekat tambah air panas.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI