Puding Tiramisu resipi mudah yang akan buat kamu makan berulang kesekian kalinya. Sekali dah buat mesti berkali-kali nak buat lagi. Memang sedap dan senang nak buat, makan pula bila sejuk memang berbloi berbuka puasa harini. Cubalah!
RESIPI PUDING TIRAMISU
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu sejat@cair
- 5 tin air(guna bekas tin susu tadi utk sukat air/
- 11 sudu makan tepung kastad (bumbun tau)maksud bumbun tu mcm penuh membukit.
- Biskut marie (nak sedap Cari yg perisa kopi)
- Milo secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan susu sejat, susu pekat , air dan tepung kastard ke dalam periuk kacau bagi sebati kemudian baru bukak api sederhana.kacau sampai pekat dan bekilat tutup api.
Masukkan ke dalam loyang secara berlapis. Mula dengan kastard, biskut pastu tabur milo. Kemudian ulang lagi kastard, biskut milo sampai last biar tinggal kastard ja.
Kisar kasar sedikit biskut dengan milo kemudian tabur untuk yang paling atas siap. Masukkan dalam peti sejuk, dah sejuk boleh makan dengan muka yang happy!
Kongsi resipi: Norliza Bahari
https://www.facebook.com/ViralOhViralReal/videos/652500818444473/
https://www.facebook.com/ViralOhViralReal/videos/652500718444483/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Balado Padang Istimewa Buat Penggemar Lauk Pedas.
Masakan bercili memang sedap terutamanya jika makan dengan nasi panas-panas. Lagi pedas, lagi laju suap ke mulut. Kata orang, bertambah selera. Kalau anda memang peminat masakan pedas, menu bercili ini memang kena cuba.
AYAM BALADO PADANG
BAHAN-BAHAN A:
500ml air
1 ekor ayam | potong kecil
2 helai daun salam
2 batang serai | dititik
3cm lengkuas | diketuk
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar
3cm halia
1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili merah
1 biji tomato
3 sudu makan air asam
1 sudu teh gula
½ sudu teh garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
2. Angkat ayam dari periuk.
3. Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
4. Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya.
5. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
6. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh tambah cili padi jika mahu lebih pedas.
Pelbagai Menu Nasi Goreng Untuk Sarapan Pagi, Wajib Buat Hujung Minggu!
Sarapan tak semestinya kena makan nasi lemak, mee, meehun… Apaka kata hari minggu kamu sediakan resipi yang lebih kreatif sedikit, tak susah pun cuma nasi goreng dengan pelbagai resipi pilihan unutk kamu cuba! Nasi goreng yang mudah dan cepat disediakan. Enak dihidang panas-panas dan dimakan bersama cili jeruk. Menu sempoi terlajak sedap. Sesuai sangat untuk hidangan orang bujang atau berkeluarga, yang tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya.
NASI GORENG TOM YAM KAW
BAHAN-BAHAN:
- 250gm nasi putih
- 4 ketul ayam | dipotong kiub
- ½ sudu teh rempah tom yam
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 ulas bawang merah
- 2 biji cili merah | diketuk
- ½ biji limau nipis
- 20gm hirisan timun
- 20gm hirisan lobak merah
- 10gm tauge | hiasan
- 1/2 biji tomato | hiasan
- Garam dan serbuk perasa secukupnyaCARA MEMASAK:1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan.
2. Masukkan ayam dan biarkan lembut seketika.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
4. Masukkan hirisan lobak merah, timun serta nasi. Gaulkan rata.
5. Masukkan rempah tom yam, cili merah dan perahkan jus limau nipis. Gaulkan hingga rata.
6. Hidangkan bersama tauge dan hirisan tomato.
Anda boleh juga menumiskan rempah tomyam hingga garing dan kemudian barulah dimasukkan nasi putih dan biarkan hingga nasi masak.
NASI GORENG TAUHU & KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN:
- 3 mangkuk nasi
- 100gm kacang buncis
- 2 ketul tauhu | goreng sedikit
- 4 ulas bawang merah | hiris nipis
- 3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
- 3 biji telur
- 1 batang lobak merah | hiris
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
- Sedikit daun bawang
- Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
- Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
- Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
NASI GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN
- 6 ekor udang bersaiz besar
- 3 cawan nasi putih
- 5 tangkai cili kering | dikisar halus
- 2 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- Secubit belacan | dikisar
- 1 biji telur
- 1 sudu besar kicap manis
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan udang dan gaul hingga masak.
- Pecahkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
- Kemudian masukkan nasi dan juga kicap. Kacau lagi hingga rata.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
NASI GORENG KAMBING
ini memang popular di negara seberang. Andai ke kedai makan, pasti ada hidangan ini dalam buku menu. Nak lagi sedap, nikmati dengan keropok. Cubalah!
BAHAN-BAHAN:
- 2 mangkuk nasi
- 4 batang kacang panjang | hiris halus
- 5 biji cili padi merah | hiris halus
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 ulas bawang putih | ketuk
- 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
- 150gm daging kambing | potong dadu kecil
- 2cm halia | kisar halus
- 2 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh air asam Jawa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
- Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
- Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
- Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
NASI GORENG AYAM KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Kunyit:
- 100 gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
- Sedikit hirisan kacang buncis
- Sedikit hirisan lobak merah
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 1 ulas bawang putih | cincang
- Sedikit hirisan cili padi dan merah
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Nasi:
- 1 mangkuk nasi putih
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu makan sos tiram
- Sedikit minya masak untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
LANGKAH 2 :Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran.
LANGKAH 3: Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit sos tiram.
LANGKAH 4: Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.
LANGKAH 5: Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.
LANGKAH 6: Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit tadi.
Resipi Ayam Goreng Sedap. Sebijik Macam Makan Di IKEA
Anda dan anak-anak penggemar sajian Ayam Goreng? Nah…Resipi yang satu ni tentunya anda harus cuba. Resipi Ayam Goreng ala Ikea perkongsian saudari Nurul Ateekah ni katanya sangat sedap dan hampir sama dengan rasa ayam yang dibeli di restoran popular tu. Bahan-bahannya cukup mudah. Hanya perlu perap dan goreng sahaja pada bila-bila masa nak makan. Wow…Best ni. Jom cuba!
RESEPI AYAM GORENG IKEA
BAHAN-BAHAN:
9 keping chicken wing@1 kilo kepak ayam
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
3 sudu makan light soy sauce / kicap cair – beli online disini
1 sudu teh serbuk lada putih / lada sulah – beli online disini
1 sudu serbuk perasa ayam – beli online disini
1½ sudu makan gula pasir
2 sudu makan All-purpose seosoning
1 sudu makan minyak bijan – beli online disini
5 sudu makan air putih
4 sudu makan topioca starch / tepung ubi kayu – beli online disini
3 sudu makan tepung gandum – beli online disini
Minyak masak untuk mengoreng
CARA PERAPAN:
1. Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam hingga bersih dan toskan.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak.
3. Gaul sebati dan simpan di dalam plastik atau bekas tertutup.
4. Perap ayam paling kurang 8 jam. Lebih baik jika diperap semalaman. Simpan perapan ayam di dalam peti sejuk di bahagian bawah (bukan tempat beku)
CARA MEMASAK:
1. Keluarkan ayam dari peti sejuk 30 minit sebelum digoreng.
2. Panaskan minyak guna api sederhana pada suhu 150c atau celupkan lidi. (kalau ada keluar buih-buih dipermukaan lidi sewaktu pertengahan minyak panas, bermakna suhu dah mencapai tahap 150c).
3. Masukkan 3-4 keping kepak ayam dan goreng 3 minit di setiap bahagian. Balikkan dan goreng lagi selama 3 minit (total masa menggoreng ayam ialah 6 minit)
4. Angkat dan toskan ayam pada tisu.
5. Biarkan ayam tadi selama 6 minit dan masukkan kembali ke dalam kuali. Goreng sekali lagi hingga garing paling kurang 3-4 minit . Tujuannya untuk mendapat tekstur ayam yang rangup diluar dan berjus di dalam & ayam masak dengan sempurna.
6. Angkat dan toskan. Ayam Goreng ala Ikea siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Patutlah Dapat 35K Share. Sambal Garing Pedas Ni Memang Sedap
Buat Sendiri Aiskrim Honeycomb Ala Bubblebee. Sedap & Lebih Jimat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official