Anda berdiet, tapi mahu makan sedap? Apa kata cuba menu salmon panggang ikut cita rasa atau tekak sendiri yang penting ia sedap dan kaya dengan bermacam khasiat. Kalau tidak tahu bagaimana nak masak menu salmon panggang, Anda mulakan dengan menu yang ringkas dan mudah tak sampai 15 minit siap dan boleh makan.
SALMON PANGGANG
BAHAN-BAHAN
- 1 keping isi ikan salmon
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan cuka
- 1 sudu makan Dijon Mustard
- 1 sudu makan daun oregano segar| cincang halus
- Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar hingga 200C.
- Sementara itu siap dulang pembakar, kemudian alas dulang pembakar dengan aluminium foil dan sapukan minyak.
- Panaskan kuali non stick, hingga separuh panas, tumis bawang putih hingga wangi atau kekuningan, campurkan madu, cuka mustard, garam dan lada hitam secukupnya.
- Kacau hingga sos pekat. Tutup api.
- Masukkan ikan salmon di atas dulang pembakar tadi dan sapu di atasnya dengan sos yang telah dimasak tadi.
- Bakar 10-12 minit. Setelah siap keluarkan dari ketuhar.
- Hidangkan Salmon dengan salad dan sos mustard.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Cucur Udang Lembut & Rangup, Ini Cara Membuatnya
Biasa kalau beli cucur udang tak kan dapat rasa sebagaimana yang diingini. Ada yang terlalu berminyak, keras dan sebagainya. Senang aja, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras.Kalau ada yang teringin nak makan, boleh buat untuk minum petang nanti.
Cucur Udang Rangup
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras – BELI ONLINE DI SINI
Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
Udang kecil
Ikan bilis – segenggam – BELI ONLINE DI SINI
3 ulas bawang merah dimayang nipis
Daun kucai
Serbuk kunyit
Garam
Air
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Udang saiz sederhana dibuang kulit dan dipotong-Potong.
2. Udang kecil dibuang kepala.
3. Kemudian ambil satu mangkuk besar.
4. Masukkan kesemua tepung gandum dan tepung beras.
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul-gaulkan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua-dua jenis udang & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit
9. Masukkan pula bawang dan daun kucai
10. Masukkan air ( jangan terlalu lembik)
11. Gaul-gaul biar sekata (warna dan bahannya)
12. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan itu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper dan jadi nipis.
Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang.
Kredit : Farah Farhana
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU UNTUK MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI.
Resipi Kuih Seri Muka Mini. Sedap, Mudah & Tak Perlu Kukus Lama
Masakan Dari ‘Frozen Food’ Sedap & Halal, Mudahnya Buat Sajian Barat…
Bila nak beli makanan sejuk beku atau frozen food, usah cuak ya. Makanan seperti bebola daging, ayam, salami, peperoni ni ada logo halalnya. Yang ‘bestnya’ produk sejuk beku ni boleh diolah menjadi pelbagai resipi lazat terutamanya dalam sajian barat.
Nah Min kongsi 2 resipi mudah inovasi makanan sejuk beku ilham kreatif dari Chef Mohd Azizi Hamzah, Hizwan Abd. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Alia Rohaizan dari Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur.
MEAT BALL AND TORTELLINI IN CREAMY CHEEZY SAUCE
BAHAN-BAHAN :
- 180gm bebola daging
- 20gm bawang holland
- 2 keping keju cheddar
- 20gm cili benggala merah | dicincang halus
- 20gm cili benggala hijau| dicincang halus
- 60gm krim putar
- 240gm pasta tortellini
- 40ml minyak jagung
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang holland, cili benggala merah dan hijau serta bebola daging.
2. Bila bebola daging masak, masukkkan krim putar serta keju cheddar. Kacau hingga pekat
3. Rebus pasta tortellini hingga masak, toskan air.
4. Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos tadi di atasnya
5. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta dan bebola daging
Keistimewaan : Lemak berkrim dari keju, tambah lazat dengan bebola daging
Info Chef : Tortellini adalah pasta berbentuk cincin. Ada juga menyamakan dengan bentuk pusat. Pasta dengan bebola daging di dalam kuah/sos memang padanan yang lazat.
STUFFED POTATO WITH PEPPERONI SALAD
BAHAN-BAHAN :
- 60gm peperoni
- 100gm chat potato @ baby potato *kentang kecil sesuai untuk stim dan bakar
- 40gm keju mozarella
- 4gm oregano kering
- 20gm tomato pronto ‘sos tomato Itali pekat ada dijual dalam tin”
- 20gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 10gm bawang putih | dihiris
- 4gm english parsli | dihiris
CARA MEMASAK :
1. Cuci ubi kentang dan keringkan. Kentang dipotong halus (kelar)tinggalkan sehingga 1/8 inci yang tidak dipotong.Dikelar jangan sampai terputus.
2. Letak peperoni di tempat yang dikelar tadi dan taburkan sedikit oregano
3. Bakar sehingga 15 minit pada suhu 160 darjah celcius.
4. Apabila ubi kentang telah masak letakkan tomato pronto, cili benggala merah, bawang putih dan keju mozarella
5. Akhir sekali taburkan parsli, sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : bakar
Jenis masakan : Appetizer (pembuka selera)
Keistimewaan : Kentang empuk enak dengan peperoni dan keju berkrim
Info Chef : Untuk sajian ini pilih kentang yang bersaiz kecil yang juga dikenali sebagai chat potato atau baby potato kerana ia lebih sesuai untuk dibakar atau stim. Empuk dan lembut.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.hotelsripetaling.com.my
Buat Sup Darat Bila Badan Rasa Tak Sihat. Lepas Hirup Terus Berpeluh, Segar Semula
Bila badan rasa tak sedap atau tak sihat, selera makan pun kurang. Kalau boleh nak makan hidangan sup yang ringkas.
Salah satu menu sup yang boleh dihidangkan pada waktu sebegini adalah sup darat. Menurut Nur Amalyna Zuraidi sup ini mampu memberi kesegaran kepada badan yang lesu akibat kurang sihat atau pun selesema.
Buat sup darat kalau badan rasa kurang sihat
Bahan-bahan:
Ayam
Serai ketuk
Bawang putih -ketuk
Lada -ketuk
Halia -ketuk
Kentang -potong
- Masukkan semua dalam periuk. Kemudian masukkan air, sukatan ikut cita rasa
- Tak perlu tumis semua bahan, terus rebus saja. Buka api dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan garam dan perasa, ikut cita rasa masing-masing.
4. Sambil tunggu kuah mendidih, tumbuk bawang merah dan cili. Kemudian potong asam limau bersama daun ketumbar, nak letak daun sup pun boleh juga.
5. Selepas itu masukkan bahan di atas dalam mangkuk. Bila sup dah masak tuang kuah sup dalam mangkuk.
Boleh terus makan, makan waktu sup masih panas. Memang berpeluh-peluh dan lepas makan biasanya badan akan jadi lebih segar.
Sumber: Nur Amalyna Zuraidi