‘Snek’ tradisi kaum Cina iaitu chee cheong fun yang popular ni ada macam-macam versi sebenarnya.

Resipi yang dikongsikan Puspita M Ridz ini, katanya dipelajari daripada orang Cina juga.

Puspita memberitahu, dia sebagai orang Ipoh, dia biasa makan yang jenis ni, tidak muak dan sedap dimakan panas-panas.

Untuk resipi ini, Puspita meletakkan udang kering yang dibasuh dan direndam serta daun bawang.

Boleh juga kalau anda nak bubuh lauk macam fish cake, tofu, udang segar cincang, daging cincang, ayam cincang dan sebagainya.

 

CHEE CHEONG FUN

Cara Senang Nak Buat Chee Cheong Fun, Snek Tradisi Orang Cina

BANCUHAN SOS CICAH:

IKLAN

2 sudu kicap cair – beli online di sini
1 sudu minyak bijan – beli online di sini
1 sudu kicap manis (ikut suka nak guna jenama apa pun) – beli online di sini
1 sudu gula
2 sudu air suam
*gaulkan semua bahan*

BANCUHAN TEPUNG:

110g tepung beras – beli online di sini
40g tepung ubi – beli online di sini
10g tepung jagung – beli online di sini
1 sudu kecil garam halus
1 sudu minyak
300ml air (anggaran – tuang sedikit-sedikit, bergantung kepada kepekatan yang diingini)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Kacau rata semua bahan supaya tak berketul.
2. Sediakan periuk kukusan dan loyang.
3. Lenserkan loyang dengan minyak.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

IKLAN

Cara Senang Nak Buat Chee Cheong Fun, Snek Tradisi Orang Cina
4. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang (tidak terlalu banyak supaya kulitnya nipis dan sedap nanti.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Cara Senang Nak Buat Chee Cheong Fun, Snek Tradisi Orang Cina
5. Tabur lauk/daun bawang/udang cincang anda.
6. Kukus sehingga kulit tepung tadi berkilat dan tidak lembik.

Cara Senang Nak Buat Chee Cheong Fun, Snek Tradisi Orang Cina
7. Angkat loyang dan gulungkan tepung, potong mengikut saiz sesedap selera anda.

Cara Senang Nak Buat Chee Cheong Fun, Snek Tradisi Orang Cina
8. Hidangkan bersama bancuhan kicap tadi.

IKLAN

Kredit: Puspita M Ridz

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Cara Paling Mudah Nak Buat Ikan Percik Yang Simple & Sedap!

14 Resipi Daging Yang Ringkas & Sedap, Mudah Je Nak Masak!

Resipi Sagon Kelapa Nestum, Snek Tradisional Buat Sendiri Di Rumah

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI