
Isi Kandungan
ToggleSiapa suka makan Kuih Cakar Ayam? Ia adalah salah satu snek tradisional orang lama yang masih kekal relevan dan jadi kegemaran ramai sehingga kini. Sedap kan rasanya. Krupp krup rangup bila digigit.
Ada sahaja yang jual snek ini di pasaran namun ada kalanya, rasa tu tak kena dengan selera. Jika terbeli yang lama, ada yang sudah lemau dan juga tengik. Tak sedaplah rasanya.
Jangan risau, anda sebenarnya boleh buat sendiri kuih ini di rumah hanya dengan menggunakan 3 bahan yang paling ringkas. Ikut resipi perkongsian saudara Are Peace ini, hasilnya pasti tidak mengecewakan. Senang, sedap dan dijamin menjadi. Jom cuba!
CARA BUAT KUIH CAKAR AYAM PALING MUDAH & DIJAMIN MENJADI
BAHAN-BAHAN:
Ubi keledek putih – parut kasar
Gula pasir
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali.
2.Kemudian masukkan gula pasir ke dalam minyak panas tadi. Kacau hingga gula cair dan jadi keperangan. Sukatan gula & ubi adalah – 2 cawan ubi parut:4 sudu besar gula pasir)
3.Seterusnya masukkan ubi yang telah diparut. Kacau jangan berhenti ya hingga ubi jadi keperangan.
4.Bila sudah berwarna keperangan, angkat dan toskan minyak.
5.Semasa ubi masih panas, terus bentukkan menjadi bulat. Caranya adalah dengan memasukkan ubi ke dalam acuan dan tekan dengan sudu. (empunya resipi guna botol yang dipotong menjadi bentuk gelang)
6. Sejukkan dan bila sudah mengeras, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Begini Cara Buat Potato Au Gratin Yang Sangat Sedap, Mudah Je Rupanya

Pernah cuba Potato Au Gratin? Jika belum pernah, anda harus cuba. Sangat enak dan membuka selera terutamanya jika anda penggemar kentang dan keju. Menu barat ni nampak susah nak masak tapi sebenarnya sangat senang dan ringkas sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Marina Ismail ni. Pasti puas hati.
RESIPI POTATO AU GRATIN SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji kentang – kupas dan hiris nipis – beli online disini
- 2 sudu besar tepung gandum – beli online disini
- 3 sudu besar salted butter / mentega bergaram – beli online disini
- 250ml susu segar – boleh guna susu low fat
- 200ml whipping cream
- 2 ulas bawang putih – beli online disini
- 1 biji bawang besar
- Keju cheddar parut
- Keju mozzarella parut
- Parsley flakes – beli online disini
- Lada hitam kisar – beli online disini
- Garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar kepada suhu 180 C.
2. Panaskan mentega dalam kuali, kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata lebih kurang 1-2 minit.
3. Masukkan susu, whipping cream, bawang putih, lada hitam dan garam. Renih hingga mendidih dan sedikit pekat. Pastikan cukup rasa. Matikan api.
4. Griskan mentega pada loyang atau bekas bersesuaian.
5. Kemudian susunkan hirisan kentang dalam loyang tadi. Lapisan kedua letakkan pulak bawang yang dipotong bulat.
6. Tuangkan separuh dari cream sauce tadi atas kentang.
7. Ulang, susun selapis lagi kentang dan bawang tadi.
8. Tuang baki cream sauce tadi.
9. Tabur keju mozzarella, keju cheddar dan parsley flakes.
10. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan bakar selamat 45 minit.
11. Buka aluminum foil dan bakar lagi 15 minit hingga menggelegak dan kuning keemasan.
12. Potato Au Gratin siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Marina Ismail
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sajian Barat Kesukaan Rakyat Malaysia. Homemade Lagi Sedap Lagi Jimat.

Makanan barat ni sebenarnya ringkas aje buatnya. Terutama menu snek dan kudapan, punyalah sedap boleh kenyang sampai ke malam. Tapi hati-hati tak boleh makan selalu nanti gemuk la pulak.
Apa pun sajian sebenarnya memang tak boleh ‘terlebih’makan. Okay, ni dia resipi ori dari barisan tenaga pengajar Chef Muhammad Aizat Sha’rani dan team chef Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jln Kasipillay, Kuala Lumpur.

Buat sendiri kan lagi jimat…
1. MAC N CHEESE PRAWN
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm makaroni
- 50 – 80 gm mentega
- 2 sudu makan tepung gandum
- 500ml susu segar
- 250 gram keju parut (shredded)
- 6 ekor udang | dibuang kulit
- Setangkai daun parsli | dicincang
- Garam secukup rasa
- Lada sulah atau lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masak makaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk.
2. Udang direbus. Angkat dan tos.
3. Cairkan mentega di di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan.
4. Perlahan-lahan tuang susu sambil kacau.
5. Masukkan udang dan cendawan.
6. Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 2 minit. Tutup api.
7. Masukkan keju dan kacau sehingga ianya cair dan sebati.
8. Tuangkan sos keju ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata
9. Tabur garam dan lada hitam secukup rasa
10. Masukkan daun parsli dan kacau rata.
11. Teruskan hidang sementara masih panas.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 25 hingga 30 minit
Cara memasak: Rebus dan reneh
Jenis masakan: Sajian barat
Keistimewaan: Rasa yang begitu enak berkrim dengan udang segar.
Info Chef : Selain udang anda boleh menggantikan dengan makanan laut yang lain atau pun ayam
2. BELGIUM WAFFLES
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji telur gred A
- 1 cawan tepung serbaguna @gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 3/4 cawan susu segar
- 1/2 cawan mentega | dicairkan
- 1 1/2 sudu makan gula kasterr
- 1/2 sudu teh esen l vanilla
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pembakar waffle (waffle maker). Ayak tepung bersama baking powder.
2. Pukul telur hingga betul-betul kembang.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
4. Apabila pembakar waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan bater dan ratakan.
5. Tutup penutup pembakar (waffle maker) dan masak sehingga waffle masak.
Saiz hidangan: 4 0rang
Waktu memasak:15 hingga 20 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Waffle Belgium
Keistimewaan: Sedap dimakan dengan krim dan buah-buahhan
Info chef: Waffle juga enak dimakan dengan madu, mentega, coklat , jem dan sirap maple.
3. FUNNEL CAKE FRIES
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung serba guna
- 1sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 2 biji telur
- 4 cawan gula putih
- ½ cawan susu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 cawan minyak masak
- Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk.
2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih.
3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Letakkan adunan di dalam beg piping.
6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F.
7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A)
Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. CALZONE
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk doh :
- 300gm tepung gandum
- 6 gm yis
- 20 gm mentega
- 10 gm gula halus
- 1 sudu teh bread improver
- ¼ sudu teh garam
- 1½ sudu makan madu
- 170ml air
- 1 sudu makan mayonis
Bahan untuk inti ayam :
- 1 cawan isi ayam | dicincang halus
- 1 biji bawang besar | dihiris dadu
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 2.5 sm halia | ditumbuk halus
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan rempah kari daging
- ½ sudu makan sos tomato
- Sedikit daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 5 biji cili padi
- ¼ batang lobak merah
- Sedikit parutan keju cedar
- Sedikit air
CARA MEMASAK :
Doh:
1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
2. Tambah mentega dan terus meNggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.Kemudian bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
Inti ayam :
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing.
5. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat.
6. Perasakan dengan garam dan secubit gula.Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
Calzone :
7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bahagikan pada 4 bahagian sama besar, bulat-bulatkan.
8. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper.Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti.
9. Letak daun salad 1/4 bahagian inti ayam dan taburkan parutan keju, kemudian lipat dua dan tekan hujungnya biar bercantum. Buat hingga siap pada baki adunan.
10. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu
11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang
Waktu memasak:30 hingga 40 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Sajian berasal dari Itali
Keistimewaan: Inti yang lazat dengan kulit yang lembut
Info chef : Doh juga boleh dikelim seperti karipap di kelilingnya
5. SLOPPY JOE
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging cincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 biji bawang besar holland |dicincang
- 1 cawan sup tomato
- 1 cawan puri tomato
- ½ cawan sos cili
- 1/3 cawan gula perang
- 3 sudu besar kicap
- 2 sudu makan | boleh letak lebih jika suka
- 12 biji bun burger
CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing.
2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak.
3. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh 20 minit. Kacau sekali sekala
4. Sudukan daging cincang di atas roti burger.
5. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 12 biji burger
Waktu memasak:30 hingga 35minit
Cara memasak: Tumis
Jenis masakan: Burger
Keistimewaan: Tidak menggunakan kepingan daging burger sebaliknya daging cincang yang dimasak lazat
Info chef : Berbeza dengan burger daging biasa, sloppy joe burger hanya dilapisi daging cincang yang dimasak tanpa perlu meletakkan bahan lain. Anda boleh menambah keju jika suka.
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Cara Mudah Buat Roti Jala Berinti Keju & Kentang Yang Lazat

Isi Kandungan
ToggleRoti Jala sering menjadi pilihan untuk hidangan minum petang. Sesetengah orang menganggap sukar untuk membuat Roti Jala tetapi sebenarnya mudah saja. Kami kongsikan resipi Roti Jala yang mudah dan enak dimakan bersama Kari Kentang. Nak lagi sedap, tambahkan Anchor Cheese Slices, inti kari kentang dan gulung. Makan pula panas-panas, tak cukup satu.
Jangan lupa gunakan Mentega Anchor dan Anchor Cheese Slices untuk menambah rasa dalam hidangan. Mentega Anchor merupakan 100% mentega tulen New Zealand yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Ditambah pula dengan Anchor Cheese Slices yang kaya dengan protein dan kalsium, memang sedap dan tak muak bila dimakan. Cubalah, anda pasti suka!
ROTI JALA BERINTI KEJU & KENTANG
BAHAN-BAHAN A:
- 8-10 keping Anchor Cheese Slices
- Anchor Unsalted Butter secukupnya
BAHAN-BAHAN B (ROTI JALA):
- 360gram tepung gandum
- 530ml cawan air
- 230ml susu UHT Fernleaf
- 1 biji telur
- 30gram minyak
- 1 sudu teh garam halus
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dalam mangkuk. Pukul menggunakan whisk hingga semua bahan sebati. Tapis ke dalam mangkuk lain. Tuang bancuhan ke dalam botol acuan roti jala secukupnya.
- Panaskan kuali non stick dengan api yang sederhana kecil. Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter.
- Jalakan bancuhan tadi ke dalam kuali dan biarkan masak dalam 1-2 minit. Angkat dan ketepikan. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
BAHAN-BAHAN C (KENTANG KARI):
- 3 biji ubi kentang – potong dadu
- 3 ulas bawang merah – tumbuk halus
- 2 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 3 sudu makan serbuk kari
- 2 tangkai daun kari
- 80gram Anchor Unsalted Butter
- 100ml Anchor cooking cream
- Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan daun kari serta serbuk kari. Kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu lalu tumis lagi hingga rempah masak.
- Masukkan ubi kentang dan masukkan Anchor Cooking Cream. Gaul rata. Didihkan hingga kentang empuk. Tambah garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.
- Ambil sekeping roti jala, letakkan sekeping Anchor Cheese Slice lalu letak sesudu inti kentang. Gulung roti jala dengan kemas. Hidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia
Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari
Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official