Teringin makan samosa tetapi tak tau macam mana nak buat? Kami kongsikan cara buat samosa menggunakan kulit popia yang cukup mudah. Jika anda ikut step-by-step ini, gerenti jadi. Boleh juga buat lebih dan frozenkan. Bila nak makan, boleh terus goreng sahaja. Boleh juga dijual kepada rakan-rakan sebagai pendapatan tambahan.
SAMOSA SAYUR BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
- 20 keping kulit popia
- 1/2 cawan daging kisar
- 1 cawan hirisan kubis
- 1 cawan parutan lobak merah
- 1 biji bawang merah | potong dadu halus – beli online DISINI
- 2 ulas bawang putih | cincang halus – beli online DISINI
- 1 sudu makan sos tiram – beli online DISINI
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit lada sulah – beli online DISINI
- Minyak masak | untuk menumis
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
2. Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
3. Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
4. Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan. Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi, kemaskan lipatan dengan menyapu sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
5. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng samosa hingga kuning keperangan.
6. Siap.
Jika anda mencari KUALI NON STICK, boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Koleksi Resipi Kuih Muih Pedas Yang Wajib Dicuba. Gerenti Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Khas Bila Menjelang Tengah Bulan Tomyam Peach Telur Mata Kerbau
Jom! lari dari masakan telur yang biasa. Goreng telur mata kerbau masak berkuah tomyam yang super sedap. Nampak ringkas tapi memang puas hati bila poket mula sesak.
TOMYAM PEACH TELUR MATA KERBAU
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur (digoreng mata kerbau separuh masak)
- 4 batang sosej (potong 4 bahagian)
- 1 bungkus cendawan enoki
- 2 biji tomato belah 4
BAHAN B (MENUMIS):
- 1 bawang besar holland (dimayang halus)
- 3 biji bawang putih diketuk
- 3 tangkai cili padi
- halia
BAHAN-BAHAN
- 2 btg serai dititik
- 4 helai daun limau purut
- 2 ketul stock tomyam
- 1 sudu kecil jus limau nipis
- 1 sudu mkn susu pekat manis
- daun ketumbar
- garam n perasa
CARA MEMASAK
- Panaskan sedikit minyak kemudian masukk bahan menumis. Tumis sehingga wangi dan jangan garing sampai kehitaman.
- Kemudian masukk air dan bersama bahan-bahan lain. Tunggu sehingga mendidih.
- Sudah mendidih masukk bahan A. Biar seketika. Rasa semua sudah sedap masam-masam manis boleh tutup api.
Kredit: arieza rieza
5 Inspirasi Coklat & Koko Untuk ‘Candy Buffet’
Menu dari coklat dan koko pasti memikat selera tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan. Meja Candy Buffet pastinya disukai kanak-kanak yang dibawa hadir meraikan majlis perkahwinan.
Setelah puas menjamu selera nasi dan lauk pauk, meja candy buffet pasti jadi pencuci mulut yang dicari.Jom ambil inspirasi daripada variasi menu manisan, pastri dan kek yang diilhamkan oleh barisan Chef di The Pearl Kuala Lumpur Hotel yang diketuai Chef Pastri Wan Kaisa Ibrahim.
KETUA PASTRI CHEF WAN KAISA IBRAHIM, MUHAMMAD SYAMSUL FITRI ABD JALIL, NUR FARHANA MOHD SAID & MOHDHAZRIL ROAIZAD
1. BITTER CHOCOLATE ÉCLAIR WITH CHOCOLATE GANACHE & PRALINOSA
BAHAN-BAHAN :
Bahan eclair :
- 125ml susu segar
- 125 air
- 5gm garam
- 112.5gm mentega
- 137.5gm tepung
- 3 biji telur
Bahan coklat ganache & pralinosa filling :
- 100 gm coklat gelap (bulat syiling)
- 20gm mentega
- 100gm krim masakan
- 20gm pes hazelnut
CARA MEMASAK :
Cara masak éclair:
1. Campurkan susu segar, air, garam ,gula dan mentega ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih , kecilkan api dan masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan sambil dikacau.
3. Kacau hingga tepung masak dan adunan tidak melekat di periuk.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dimask tadi ke dalam mixer dan pukul sehingga adunan menjadi suam.
5. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan dan pukul hingga aduan menjadi melekit (sticky).
6. Paipkan adunan di atas dulang dilapik kertas minya dan paip bentuk éclair
7. Masukkan dulang pembakar ke dalam oven dengan suhu 160- 165 C se;a,a 35 minit. Keluar dan ketepikan
Cara masak inti coklat ganache dan pralinosa :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat gelap ke dalam satu mangkuk.
3. Setelah mendidih tuang krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati. Elakkan dari menuang terus ke mentega.
4. Masukkan ke dalam chiller dan biarkan selama satu malam
5. Campurkan pes hazelnut ke dalam adunan yang telah disimpan selama satu malam itu.
Cara penyediaan bitter coklat eclair :
1. Buat lubang kecil di tengah eclair kemudian paipkan inti ke dalam eclair. Pastikan inti tidak terlalu keras atau cair untuk lebih mudah dipaipkan.
2. Celup permukaan eclair dengan coklat gelap yang dicairkan dan hiaskan mengikut citarasa.
Saiz hidangan : 25 ketul
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pastri lembut cair di mulut dengan inti coklat pralin yang lazat
Anggaran kos : RM 21
INFO CHEF : Ketika membakar eclair pastikan ianya betul-betul masak keseluruhannya baru dikeluarkan dari oven. Jika tidak eclair tidak kembang dan menjadi kecut dan leper.
2. DOUBLE CHOCOLATE MOUSSES WITH CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN :
Bahan coklat mousses :
- 200gm krim masakan
- 240gm coklat gelap kompound
- 20gm gelatin
- 80ml air
- 120gm krim putar
Bahan coklat ganache :
- 100gm coklat gelap 61% ( bentuk bulat)
- 20gm mentega
- 100gm krim masakan
CARA MEMASAK :
Cara masak mousse
1. Masakkan krim masakan sehingga mendidih dan tuang ke dalam coklat gelap dan kacau hingga cair sepenuhnya,
2. Campurkan gelatin dan air dan kacau hingga sebati sehingga tidak berketul. Kemudian tuangkan ke dalam adunan coklat tadi dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam chiller selama 10-15 minit.
4. Pukul krim putar sehingga kembang dan campurkan ke dalam adunan coklat yang sejuk tadi dengan menggunakan kaedah ‘fold in’.
5. Paipkan ke dalam bekas yang ingin digunakan dan simpan dalam chiller selama 30 minit atau sejam.
Cara masak coklat ganache :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat gelap dalam satu mangkuk
3. Setelah mendidih tuang krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati. Elakkan dari menuang terus pada mentega.
4. Paipkan ke dalam bekas adunan coklat tadi.
5. Masukkan ke dalam chiller sekejap semasa suam lagi tuangkan atas mousse.
Saiz hidangan : 22 cawan bekas plastik, 30ml setiap satu
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan Chill
Jenis masakan : Mousse
Keistimewaan : Lembut dan cair di mulut, sedap dimakan sejuk
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Ketika mencampurkan krim putar dan adunan coklat pastikan anda menggunakan cara ‘fold in’ (kaup balik) dan kacau dengan perlahan.
3. ORANGE MARSHMELLOW DIP WITH DARK CHOCOLATE
BAHAN-BAHAN :
- 250gm gula
- 200ml air
- 30gm gelatin
- 70ml air sejuk (dari peti sejuk)
- 20gm perisa oren
CARA MEMASAK :
1. Masak air dan gula sehingga suhu 121 darjah celcius.
2. Masukkan gelatin dan air sejuk ke dalam mixer dan kacau hingga tidak berketul.
3. Setelah air dan gula tadi telah siap, tuangkan perlahan-lahan ke dalam mixer (berisi larutan gelatin dan air), pukul dengan kelajuan yang laju.
4. Masukkan perisa oren (flavour) ke dalam mixer.
5. Sediakan satu bekas dan lapik dengan kertas minyak
6. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam bekas yang ingin digunakan dan ratakan marshmellow. Kemudian tutup marshmellow dengan kertas minyak di permukaannya.
7. Simpan dalam suhu bilik selama semalam.
Cara hiasan:
1. Potong marshmellow bentuk empat segi.
2. Celup dengan coklat gelap kompound yang telah dicairkan.
Saiz hidangan : 1 dulang ukuran 30sm lebar x 40cm, tinggi 3 sm
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Masak atas api
Jenis masakan : Marshmellow
Keistimewaan : Enak dengan rasa oren dan coklat
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Ketika masak gula dan air pastikan suhu tidak lebih dari yang ditetapkan, gula akan menjadi karamel dan marshmellow akan cair jika terlebih suhu.
4. CAKE BATIK INDULGENCE
BAHAN-BAHAN:
Bahan lapisan bawah (kek batik):
- 100gm mentega
- 500gm Milo
- 250gm susu pekat
- 600gm biskut Marie
Bahan lapisan tengah ( white chocolate mousses):
- 50gm krim masakan
- 100gm mentega
- 50gm coklat putih
- 10gm gelatin
- 40ml air sejuk
- 500ml krim putar
Bahan coklat ganache :
- 100gm coklat gelap
- 20gm mentega
- 100gm krim masakan
CARA MEMASAK :
Cara masak lapisan bawah (kek batik) :
1. Cairkan mentega dalam periuk dan masukkan susu pekat, kacau hingga sebati.
2. Masukkan milo ke dalam acuan dan kacau hingga adunan menjadi cair dan tidak berketul.
3. Angkat periuk daripada api dan masukkan biskut Marie yang dihancurkan.
4. Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan ke dalam bekas yang nak digunakan, tekan hingga menjadi padat dan masuk ke dalam chiller
Cara masak lapisan tengah (white chocolate mousse) :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat putih dalam satu periuk kemudian tuangkan krim yang telah mendidih.
3. Campurkan gelatin dan air sejuk dan kacau sehingga tidak berketul dan kemudian masukkan ke dalam adunan coklat tadi.
4. Masukkan dalam chiller selama 10-15 minit .
5. Pukul krim putar hingga kembang dan campurkan dalam adunan coklat dengan cara ‘fold in’.
6. Tuangkan adunan white chocolate mousses yang telah siap ke atas permukaan kek batik yang telah disejukkan tadi dan kemudian masukkan ke dalam chiller semula.
Cara masak lapisan atas (coklat ganache) :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat gelap ke dalam mangkuk.
3. Setelah mendidih tuangkan krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati.
4. Tuang atas kek dan jadikan ia permukaan kek.
Saiz hidangan : 1 dulang ukuran 30sm lebar x 40cm, tinggi 3 sm
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Masak atas api dan chill
Jenis masakan : Kek dan mousse
Keistimewaan : Tiga lapisan kek, mousses dan coklat yang lembut dan lazat
Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF : Simpan di dalam chiller selama satu malam agar ketiga lapisan tidak mudah tertanggal atau lekang.
5. DOUBLE CHOCOLATE MINI TART
BAHAN-BAHAN :
- Bahan doh tart :
- 162gm mentega
- 92gm gula
- 245gm tepung
- 10gm serbuk koko
Bahan coklat ganache :
- 100gm coklat gelap (bentuk bulat), 61% koko
- 20gm mentega
- 100gm krim masakan
CARA MEMASAK ;
Cara masak doh :
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak perlahan-lahan dalam mixer.
3. Gaul sehingga adunan menjadi doh.
4. Setelah selesai doh perlu direhatkan, keluarkan doh dari mixer dan simpan di dalam chiller selama 30 minit.
5. Letakkan doh yang telah disejukkan ke dalam acuan tart yang hendak digunakan.
6. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 180-185 darjah Celcius. Selama 20-25 minit.
7. Setelah tart shell (kulit tart) selesai dibakar , biarkan ia sejuk.
8. Paipkan coklat ganache yang telah disimpan satu malam ke dalam tart tersebut.
9. Hias coklat tart mengikut citarasa anda.
Cara masak coklat ganache :
1. Masak krim masakan hingga mendidih.
2. Campurkan mentega dan coklat gelap ke dalam satu mangkuk.
3. Setelah mendidih masukkan krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati.
4. Letakkan ke dalam chiller selama semalam.
Saiz hidangan : 18 biji
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Chill (didinginkan)
Jenis masakan : Tart
Keistimewaan : Kaya dengan rasa coklat , sesuai citarasa penggemar coklat
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Untuk mendapat bentuk tart yang cantik, letakkan pemberat di permukaan tart shell sebelum membakar.
RESIPI : KETUA PASTRI CHEF WAN KAISA IBRAHIM, MUHAMMAD SYAMSUL FITRI ABD JALIL, NUR FARHANA MOHD SAID & MOHDHAZRIL ROAIZAD
TERIMA KASIH : THE PEARL HOTEL KUALA LUMPUR, Batu 5, Jalan Klang Lama, KL. www.pearl.com.my
FOTO : AZFARINA SULAIMAN
Paprik Seafood Ala Thai, Lauk Lengkap Berkhasiat Untuk Keluarga. Meriah Dengan Lauk & Sayuran
Paprik seafood ala Thai, lauk macam ni memang sesuai untuk dihidangkan buat keluarga. Lengkap dengan pelbagai jenis lauk dan juga sayur-sayuran.
Cukup satu lauk ini sahaja atau boleh tambah dengan telur dadar. Nak pedas sikit boleh tambah cili padi.
Bagi yang tak makan seafood boleh juga tukar kepada ayam dan juga daging. Makan panas-panas satu keluarga cukup meriah. Tak perlu banyak-banyak lauk!
Paprik Seafood Ala Thai
BAHAN-BAHAN
BAHAN A
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Hiris bahan bertanda *
BAHAN B
2 sudu cili kisar
2 sudu pes tomyam
3 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
3 sudu kicap manis
Serbuk perasa
Udang dan Sotong
(Nak tambah atau tukarkan kepada daging atau ayam pun boleh)
BAHAN C
Kobis bunga
Lobak merah
Kacang buncis
Daun limau purut
Cili Merah/Hijau
(Jika ingin tambah sayuran lain pun boleh. Ikut citarasa)
CARA MEMASAK:
- Mula-MULA panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan A terlebih dahulu. Kemudian masukkan bahan B diikuti udang sotong yang sudah dicuci bersih. Tambahkan sedikit air.
- Reneh sehingga masak.
- Masukkan bahan C. Perasakan dengan gula dan garam. Kalau suka, bolehlah masukkan serbuk perasa. Empunya resipi biasa gunakan Pasti Sedap. Jadi boleh ikut selera masing-masing.
- Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Ezan Jelita
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Paprik Ayam Terbaik, Rasa Macam Makan Di Kedai Tomyam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official