Sempena Deepavali yang bakal menjelma, kita kongsikan resipi Ketti Urundai atau kuih bebola keras.
Resipi yang dikongsi Moganavallay Nagarajan ini, boleh dikatakan snek atau kuih yang sedap dan dihidang ketika perayaan Deepavali. Jom kita buat!
KETTI URUNDAI/KUIH BEBOLA KERAS
BAHAN-BAHAN:
2kg kacang hijau – beli online di sini 1kg kacang tanah – beli online di sini 1 cawan dhal kacang kuda yang sudah digoreng (yang mentah pun boleh) 1 cawan beras – beli online di sini *Sangai kesemua bahan berasingan dan biar ia sejuk
1. Kisar kasar kacang hijau pertama kali dan buang kulit. Selepas tu kisar sekali lagi sehingga 90% halus. 2. Buang kulit kacang tanah dan kisar kasar. 3. Kemudian, kisat beras sehingga 90% halus. 4. Gaul sama semua bahan (tinggalkan sedikit tepung beras untuk guna kemudian) dalam satu bekas bersama kacang dhal kuda. Ketepikan dahulu. 5. Masak sira gula merah.
1. Masukkan sira gula merah yang masih panas dalam adunan. Gaul cepat-cepat dan buat bebola sederhana besar. 2. Jaga-jaga tau, kita cuma boleh buat bebola semasa sira gula merah masih panas. Selepas dah buat bebola, golek-golekkan bebolanya dalam tepung beras yang diasingkan tadi. 3. Kena pandai agak masa untuk buat bebola ni (untuk senangkan proses ini, biar ada pembantu) 4. Ulang proses ini hingga habis. Siap.
IKLAN
*Untuk 2kg kacang hijau, saya dapat lebih kurang 100 biji kuih keras/ketti urundai.
Kadangkala kita tak tahu nak buat apa untuk minum petang. Lepas Asar, sedap kalau duduk-duduk dengan famili sambil makan-makan. Melalui akaun facebook, Izwahani Zainal berkongsi resipi membuat jemput-jemput udang. Resipinya simple saja tapi rasanya cukup sedap dan sambalnya pula menambah cita rasa. Izwahani tidak menggunakan serbuk penaik sebaliknya dia menggantikannya dengan telur ayam.
JEMPUT-JEMPUT UDANG
BAHAN-BAHAN
Tepung gandum
Telur ayam
Bawang besar | potong dadu
Kucai | hiris halus
Lada merah | hiris halus
Udang saiz sederhana secukupnya | disiang bersih
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung dengan telur ayam, bawang besar, kucai, lada merah, udang dan garam.
2. Bancuh dengan air sehingga teksturnya tidak pekat dan tidak cair. Sesuai untuk digoreng.
3. Panaskan minyak masak dan goreng sesudu demi sesudu sehingga habis bancuhan.
SOS LADA MERAH
BAHAN-BAHAN
Lada merah
Bawang putih
Garam
Gula
Cuka/limau kasturi
Air masak
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga lembut.
Masakan lauk pauk Minang atau Padang pastinya tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Hidangannya boleh dikatakan menggunakan ciliyang banyak dan mempunyai rasa yang pedas. Maka tidak hairanlah ia menjadi kegemaran ramai. Namun kalau makan di restoran, harganya agak mahal. Jadi anda boleh cuba untuk masak sendiri di rumah. Sesuai sangat sediakan di hari cuti sebegini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. DENDENG DAGING BERLADO
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato| potong dadu
1 batang serai |ketuk
2cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
Info chef: Daging direbus terlebih dahulu supaya ia lebih rangup apabila digoreng.
2. BERLADO TEMPE TAUHU
BAHAN-BAHAN:
3 ketuk tauhu | dipotong dan digoreng
2 paket tempe | dipotong dan digoreng
300gm cili hijau
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 biji buah tomato hijau | ditumbuk
Garam secukup rasa
Bahan perasa secukupnya
100gm minyak masak
CARA MEMASAK:
Rebus cili hijau, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Tos dan tumbuk kasar-kasar.
Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga pecah minyak.
Selepas itu masukkan tomato, garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau sebati
Masukkan temped an tauhu. Gaul hingga rata.
Sedia dinikmati.
3. BERLADO KENTANG BILIS
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | digoreng garing
3 biji ubi kentang | dipotong baji dan digoreng
100gm cili merah | dikisar
50gm cili padi merah | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
1 helai limau purut | dikisar
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan garam. Kacau rata.
Kemudian masukkan tempe dan tauhu yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan.
4. GULAI JERING
BAHAN-BAHAN:
1kg jering | dibasuh dan direbus hingga empuk
BAHAN A:
1-2 biji bawang merah besar | kisar halus
3-4 ulas bawang putih |kisar halus
2cm halia | kisar halus
Cili giling/cili kisar secukupnya | ikut citarasa masing-masing
2 biji buah keras | dihancurkan
BAHAN B:
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
1cm lengkuas | dititik
1 batang serai | dititik
Asam keping
Santan pekat & cair secukupnya
gula, garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Tumis Bahan (A) hingga naik bau..
Kemudian masukkan Bahan (B) dan seterusnya air rebusan jering tadi. Biar mendidih sebentar.
Masukkan santan cair & pekat . Akhir sekali masukkan jering dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jering perlu direbus dan ditumbuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam kuah.
Idea masakan ringkas dan mudah yang anda boleh cuba masak untuk keluarga di hujung minggu. Mudah rupanya nak hasilkan hidangan Daging Masak Merah macam yang selalu kita pesan dekat kedai tu. Resipi perkongsian dari saudari Zetty Azikin ni memang terbaik. Cubalah! Pasti anda sukakan rasanya.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – direbus, direndam pewarna merah & dihiris. ( jika tak suka pewarna, boleh abaikan)
3 sudu makan cili kisar
3 sudu mkakan sos cili
3 sudu makan sos tiram
6 ulas abwang putih – diketuk
8 biji cili padi merah
5 helai daun limau purut
1 biji bawang holland
1 batang lobak merah
1 biji lada benggala merah
Bunga kubis – kuantiti ikut citarasa
Kacang panjang – kuantiti ikut citarasa
Baby jagung – kuantiti ikut citarasa
1 biji tomato
1 cawan air
Sedikit serbuk pewarna merah – jika suka
Gula, garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi.
3. Kacau selama 2-3 minit barulah dimasukkan sos cili dan tiram.
4. Seterusnya masukkan sayur-sayuran ( kecuali bawang & tomato) dan daun limau purut. Kacau rata.
5. Masukkan air.
6. Kemudian masukkan daging. Kacau lagi hingga rata. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit pewarna merah.
7. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Kacau selama 2-3 minit untuk sebatikan dan biar bawang sedikit lembut.