Dah ada yang mula buat biskut raya? Biskut ni memang jadi kegemaran ramai. Memang tak cukup satu ni. Confirm berulang kali makan.
Bangkit Cheese
Bahan-bahan:
3 cawan tepung ubi
3 cawan tepung jagung (sangai sampai ringan)
Dah sejuk campur 1 sudu kecil baking powder-ayak
1 ketul butter (250gm)
1 cawan gula halus
250gm cream cheese
Cara memasak:
1.Pukul sampai kembang.Guna senduk kayu pun boleh.
2.Masukkan 2 biji kuning telur. 1 sudu kecil esen vanilla dan 1/4 cawan susu pekat.Kacau sebati.
3.Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan parutan cheedar cheese 250gm.
4.Uli doh sehingga sebati.
5.Rehatkan doh 10 minit.
6.Kemudian bolehlah terap ikut bentuk yang anda suka.
***Saya guna sukatan cawan metrik.
7.Bakar 25 minit suhu 175 darjah. Ikut oven masing-masing jika tak masak.
Kredit: Hadid Al Has
Resipi Bergedil Daging Spesel, Garing Di Luar, Isi Lembut Di Dalam
Serunding Halia Dengan Garlic Crispy, Sedap Betul Makan Dengan Nasi Panas
Serunding Halia Dengan Garlic Crispy, Sedap Betul Makan Dengan Nasi Panas
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Kek Mini Hokkaido Super Lembut, Memang Sedap!
Kalau inginkan kek yang sedap dan lembut tapi dalam saiz kecil/mini, boleh cuba resipi kek mini Hokkaido ini. Memang sedap!
Setiap suapan yang masuk dalam mulut, pasti nikmat dengan inti filling kastard yang ada di dalamnya.
Resipi yang dikongsikan Sarihah Ismail ini, pasti menambat hati kerana teksturnya yang lembut dan cukup rasa manis serta wangi.
KEK MINI HOKKAIDO
BAHAN-BAHAN:
4 biji putih telur
4 biji kuning telur
4 sudu besar gula halus
3 sudu besar gula – beli online di sini
½ cawan susu cair – beli online di sini
5 sudu besar minyak masak – beli online di sini
½ cawan tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung/kastard* – beli online di sini
½ sudu kecil baking powder*
(ayak bahan bertanda *)
TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera
TONTON Macaron Teh Tarik
CARA-CARA:
1. Pecahkan 4 biji putih telur (kuning telur letak dalam bekas lain).
2. 4 sudu besar gula halus (mixer kan sampai meringue dan letak tepi dulu yang meringue). Pastikan meringue tu jangan ada bercampur dengan sedikit air atau kuning telur. Nanti tak menjadi pula adunan.
3. Kacau-kacau 4 biji kuning telur dengan 3 sudu besar gula menggunakan whisk (godek-godek macam tu je).
4. Masukkan susu cair (boleh guna dutch lady) dan minyak masak. Sambung kacau guna whisk sampai sebati.
5. Masukkan tepung gandum, tepung jagung/kastard dan baking powder ke dalam adunan susu tadi. Kacau-kacau guna whisk.
6. Masukkan adunan putih telur. Kacau-kacau sampai sebati.
7. Panaskan ketuhar terlebih dahulu dalam.masa 10 minit, suhu 170C.
8. Masukkan adunan ke dalam bekas/acuan. Bakar di dalam ketuhar, gunakan api atas bawah pada suhu 160C selama 20 minit.
9. Kek akan betul-betul masak jika lidi yang dicucuk bersih dan tiada lekatan.
BAHAN FILLING:
1 sudu marjerin
200ml susu cair
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar kastard
1 biji telur
4 sudu besar gula
CARA-CARA:
1. Panaskan dulu marjerin bersama susu cair untuk cairkan marjerin.
2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, telur dan gula. Masak je semua. Pastikan sentiasa kacau guna api kecil.
NOTA:
*Jangan masak terlalu lama, nanti jadi keras. Cukup sekadar sedikit pekat / likat.
*Buat lubang di bahagain tengah kek menggunakan chopstick. Kemudian, pipe filling kastard tadi.
*Guna telur gred A untuk dapat banyak adunan.
*Tabur gula ising untuk hiasan
Kredit: Sarihah Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Kek Mendap Di Tengah? Ketahui 14 lagi Punca Kenapa Kek Tak Menjadi!
Kek yang di buat selalu tak menjadi? Tak semua orang ada bakat semulajadi buat kek mesti menjadi dengan cantiknya. Kadang-kadang Chef berpengalaman pun boleh buat silap.. inikan kita golongan baru nak up buat kek. Kalau buat kek mesti stress sebab asyik tak jadi. Nak tahu tak punca kek tak menjadi? Ketahui punca-punca kek tak menjadi seperti bantat, keras, elok2 naik lepas tu turun, tengah kek tak masak, keras dan sebagainya.
1. Kek Terlalu Lembap dan Leper
- Terlampau banyak cecair.
- Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
- Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
2. Kek Merekah di Atas
- Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
- Kekurangan cecair.
- Acuan loyang terlalu kecil.
3. Kek yang Mendap di Tengahnya
- Ukuran acuan tin tidak betul.
- Sukatan bahan tidak tepat.
- Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
- Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
4. Kek Tidak Naik Sekata
- Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
- Bancuhan tepung tidak sebati
- Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
- Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
- Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
5. Kek Menjadi Bantat
- Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
- Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
- Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
- Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
- Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
- Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
- Suhu ketuhar terlalu rendah.
6. Kek Mendap pada Bahagian Tengah
- Ketuhar yang digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
- Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
- Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
- Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
- Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
- Sukatan bahan tidak tepat.
- Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
- Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
- Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul-betul gebu dipukul.
- Mentega dan gula tidak betul-betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
7. Kek Terlalu Lembab dan Leper
- Terlampau banyak cecair.
- Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
- Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
- Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
8. Kek Terlalu Berat
- Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
- Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
- Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
- Serbuk penaik tidak sesuai dengan sukatan tepung
- Gula yang digunakan melebihi sukatan
- Terlalu banyak cecair
- Suhu ketuhar terlalu rendah
9. Kek Merekah
- Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
- Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
- Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
- Kekurangan cecair.
- Acuan / loyang terlalu kecil.
- Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
10. Kek Buah Mendap
- Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
- Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
11. Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
- Terlebih serbuk penaik
- Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
- Adunan tidak dipukul sebati
12. Kek Menjadi Keras
- Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
- Terlalu banyak tepung gandum.
- Tidak cukup cecair
- Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
- Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
- Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
- Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
- Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yang boleh dipercayai.
13. Kek Menjadi Kering
- Selalunya, dengan menambah 2 – 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
14. Kek Menjadi seperti Roti
- Sukatan serbuk penaik tidak tepat
- Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
- Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
- Tepung tidak sesuai
- Adunan tidak dipukul dengan sebati
15. Kek Menjadi seperti Bingka
- Bancuhan tidak dipukul sebati
- Terlampau banyak cecair
- Tepung terlalu sedikit
- Suhu ketuhar tidak cukup panas
Resipi Oreo Cheesecake Yang Mantap!
Betapa indahnya kalau petang-petang dapat makan sepotong kek bersama secawan kopi. Apatah lagi kalau kek keju kan? Kali ni RASA nak kongsikan resipi Oreo Cheesecake yang senang nak dibuat dan rasanya oulak sangat sedap. Resipi ini dikongsikan oleh Hidayati Hana di facebook RASA Share Resepi.
OREO CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN
1 pek biskut oreo (keluarkan krimnya)
250 gram cream cheese (suhu bilik)
1/4 cawan gula kastor
1 biji telur ayam
1/4 cawan yogurt plain
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
CARA MEMBUAT
1. Putar cream cheese dengan gula kastor sehingga sebati dan lembut.
2. Masukkan telur dan yogurt
3. Masukkan krim oreo yang diketepikan tadi.
4. Masukkn esen vanila dan garam. Gaul sebati semuanya.
5. Patah-patahkan Oreo atau tumbuk separuh hancur.
6. Masukkan Oreo dalam adunan tadi.
7. Sediakan loyang yang dilapik dengan baking paper.
8. Tuangkan adunan dan letakkan Oreo di atasnya
9. Panaskan oven pada suhu 160 darjah selsius dan bakar selama 40 minit api atas bawah. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing)
10. Selepas siap, sejukkan dahulu baru keluarkan dari loyang.
Nota: Adunan ini untuk guna loyang ukuran 7 inci.
Kredit Resipi: Hidayati Hana