Suka buat kek untuk makan sendiri atau ada bercita-cita nak buat jualan kalau kek menjadi dengan sempurna? Kalau admin lagi memilih untuk makan sendiri je bersama keluarga. Resipi yang dikongsikan oleh Chef Nurul Iezzah bersama Majalah Rasa ni sangat sesuai untuk dibuat makan bersama keluarga dan juga jualan. Resipi kek yang menggunakan bahan premium semestinya rasanya juga lain dari yang lain dan lagi sedap! Chef Nurul Iezzah telah berkongsi 7 resipi kek terkini yang bukan sahaja kelihatan menarik tapi rasanya juga sangat sedap. Jom cuba!

Fuhh kalau ada Karcher K2 Winner High Pressure Cleaner dekat rumah ni confirm lah mudah kerja pembersihan di rumah! Guna code RASGSP5 untuk dapatkan harga istimewa sebelum checkout DISINI!

BIODATA CHEF

6 Resipi Kek Terkini Yang Sedap Untuk Dijual Gerenti Laku Keras

Chef Nurul Iezzah

Mempunyai pengalaman selama 11 tahun dalam bidang kek & pastri sejak 2011

Berumur 30 tahun

Kek pernah runtuh depan pelanggan dan pernah juga rugi seribu lebih sebab pelanggan tak jadi kahwin. 

Lokasi perniagaan di Rembau, Negeri Sembilan.

Semangat yang mendalam dalam meneruskan perniagaan kerana minat dan sentiasa ingin buat yang terbaik untuk pelanggan dan seronok bila dapat feedback yang positif dari hasil kerja sendiri.

 

Instagram: @nuruliezzah

 

 

 

 

 

LEMON PISTACHIO LOAF CAKE

6 Resipi Kek Terkini Yang Sedap Untuk Dijual Gerenti Laku Keras

BAHAN CAKE

BAHAN A

125gm pure butter

200gm gula

1 sudu teh esen vanila

2 biji telur (size A)

BAHAN B

235gm tepung superfine

½ sudu makan baking powder

½ sudu teh baking soda

BAHAN C

3/4 cawan susu full cream

BAHAN D

(Bakar dalam oven dan hancurkan sedikit)

100gm kacang pistachio (asingkan sedikit untuk hiasan atas kek)

CARA PENYEDIAAN:

1. Sediakan bahan B,C dan D

2. Dalam mangkuk mixer, masukkan butter,gula dan putar dalam kelajuan medium speed hingga kembang dan pucat

3. Setelah itu masukkan telur sebiji demi sebiji. pastikan gaul adunan sehingga rata

4. Masukkan bahan B dan bahan C selang seli sehingga habis

5. Kaup adunan dan letakkan kacang pistachio yang sudah dibakar

6. Letakkan baking paper dalam tray size 8×4

IKLAN

7. Bakar kek dalam anggaran 45 minit atau sehingga masak dengan suhu 180c

BAHAN LEMON GLAZE

1 cawan gula aising

4 sudu makan lemon juice (tengok pada kepekatan lemon glaze)

CARA PENYEDIAAN:

1. Tuang lemon glaze diatas kek yang sudah sejuk dibakar dan taburkan kacang pistachio yang sudah siap dibakar

2. Boleh juga dihiaskan dengan sedikit bunga ros kering untuk menaikkan seri kek

CRÈME BRULEE

6 Resipi Kek Terkini Yang Sedap Untuk Dijual Gerenti Laku Keras

BAHAN-BAHAN:

8biji kuning telur

80gm gula kastor

1 sudu makan gelatine

500ml whipping cream(anchor)

1 sudu teh vanilla essence

CARA PENYEDIAAN:

1. Pukulkan kuning telur bersama gula sehingga pucat dan gula larut.

2. Masukkan whipping cream bersama geletine ke dalam periuk dan panaskan sehingga mengeluarkan wap sahaja. tidak perlu sehingga mendidih.

3. Masukkan whipping cream yg dipanaskan tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur tadi.

4. Masukkan esen vanilla dan kacau sehingga sebati.

5. Tapis aduan bagi mengelakkan aduan nanti berketul-ketul

6. Tuangkan adunan kedalam bekas aluminium foil

7. Bakar pada suhu 100c selama 60 minit dengan kaedah water bath

8. Sejukkan adunan supaya crème brulee set dan tidak mencair ketika makan

9. Sebelum makan taburkan gula diatas crème brulee dan bakar dengan touch sehingga sedikit burnt

Tips: Pastikan pakai telur yang baru dan dalam keadaan suhu bilik

BISCOFF CHEESE BOX

IKLAN

6 Resipi Kek Terkini Yang Sedap Untuk Dijual Gerenti Laku Keras

BAHAN-BAHAN:

250gm biskut digestive

100 gmbutter cair

250gm cream cheese

250gm whipping cream(anchor)

250gm fresh cream(vivo)

125gm gula aising

Bicoff spread secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

1. Hancurkan digestive hingga hancur dan gaulkan bersama butter cair.

2. Bahagikan adunan kepada 6 bekas

3. Padatkan adunan dan sejukkan adunan supaya keras sebelum adunan atas dituang.

4. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang

5. Dalam bekas lain pukul whipping cream sehingga kembang

6. Dalam bekas lain pukul fresh cream sehingga kembang

7. Masukkan adunan fresh cream dan whipping cream kedalam adunan cream cheese tadi

8. Gaulkan sehingga sebati. Keluarkan bekas dari dalam peti sejuk.

9. Bahagikan adunan pada 6 bahagian

10. Ratakan adunan menggunakan sudu kecil sehingga kemas

BASQUE BURNT CHEESECAKE

6 Resipi Kek Terkini Yang Sedap Untuk Dijual Gerenti Laku Keras

BAHAN-BAHAN:

1kg creamcheese (philadelphia)

300gm gula castor

7 biji Telur A

IKLAN

500gm whipping cream (jenama Paul)

30g tepung gandum (Bakers Choice)

1 sudu makan pandan paste

Sedikit vanilla essence

CARA PENYEDIAAN:

1. Pukul cream cheese sekejap

2. Masuk gula castor. Pukul sebati

3. Masukkan telur satu persatu

4. Masukkan sedikit Vanila essence

5. Whipping cream, masuk sikit-sikit

6. Tepung gandum. Pukul rata slow speed

7. Bakar 200c selama 1 Jam atau bergantung pada oven masing-masing sampai atas jadi garing.

TIRAMISU BOX

6 Resipi Kek Terkini Yang Sedap Untuk Dijual Gerenti Laku Keras

BAHAN-BAHAN:

250gm cream cheese

60gm gula icing

450gm fresh cream

1 sachet instant coffee

1 cawan air panas

Lady finger secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

1. Pukul fresh cream sehingga kembang dan ketepikan

2. Pukul cream cheese dan gula icing sehingga kembang dan gebu

3. Masukkan adunan cheese tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan fresh cream tadi

4. Masukkan instant coffee ke dalam air panas tadi. pastikan air sudah suam baru boleh celupkan lady finger

5. Setelah adunan coffee tadi suam celupkan lady finger dan letakkan kedalam bekas. Ulang langkah tadi sehingga permukaan penuh.

6. Paip adunan cream cheese tadi ke atas lady finger yang dicelup coffee tadi.

7. Ulang langkah tadi sehingga penuh dan habis

8. Akhir sekali, letakkan serbuk koko menggunakan penapis. Sejukkan.

SELAMAT MENCUBA

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Kek Pandan Tradisional Guna Air Fryer Pun Boleh Tak Renyah Sangat Mudah

Resipi Spageti Bolognese Meatball Untuk Anak-Anak Di Rumah Yang Pantas

Resipi lempeng Pisang Menu Petang Mudah Dan Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa:

https://dai.ly/x8c2yy9

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI