
Zukini celup tepung sesuai sebagai snek. Zukini (Zucchini) ni nampak sama seakan timun Jepun, tapi tak sama ya. Selalunya Zukini lebih bulat dan besar.

Zukini celup tepung sesuai sebagai snek. Zukini (Zucchini) ni nampak sama seakan timun Jepun, tapi tak sama ya. Tekstur di dalam zukini tidak berair macam timun. Kalau tengok masakan orang barat, memang mereka suka gunakan sayur ini. Tak kira dibayar, digoreng atau buat lasagna gantikan lasagna sheet.
Ia snek lebih sihat berbanding snek lain. Sesuai dijadikan kudapan ketika menonton bersama keluarga tersayang. Tak susah pun nak buatnya. Hanya Guna tiga bahan je. Senang kan? Ikut saja resipi daripada puan Izlyana Ell ini ye.
Zukini Celup Tepung
Bahan-Bahan:
Zukini (hiris bulat)
Sedikit tepung Bestari – boleh beli online di sini
Tepung beras – boleh beli online di sini
Air
Minyak Masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Dalam satu mangkuk, satukan tepung Bestari dengan tepung beras. Gaul sekata. Masukkan hirisan zukini.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng zukini hingga masak. Angkat dan toskan. Siap! Senang je kan?
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Popia Pisang 3 Bahan, Pencuci Mulut Sangat Sedap Dan Mudah Buat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Resipi Kudapan Ringan Paling Popular & Wajib Ada Bila Tiba Hari Raya.

Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya kerepek dan manisan tradisi. Kerepek bawang, kuih siput dan putu kacang adalah antara yang masih menjadi pujaan penggemarnya tidak kira tua atau muda. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resipinya.
1. KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH BAWANG:
- 500gm tepung gandum
- 100gm bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
- 3 sudu makan pes cili kering
- 125ml air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DOH MARJERIN:
- 500gm tepung gandum
- 180gm marjerin
- 1/2 sudu teh garam halus
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang.
- Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata.
- Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
- Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi. 6. Bahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis.
- Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas.
- Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
- Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.
2. KUIH GUNTING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 5 ulas bawang merah | dihiris dan digoreng garing
- 2 ulas bawang putih | dihiris dan digoreng garing
- 1 sudu makan jintan manis | dikisar halus
- 2 sudu makan serbuk kari
- 50gm udang kering | direndam dan ditumbuk halus
- 250ml air
- 125ml minyak masak | dipanaskan
- 3 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng garing hingga hancur. Ketepikan seketika.
- Satukan tepung gandum, udang kering, jintan manis dan serbuk kari ke dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Seterusnya, tuang minyak masak panas dengan berhati-hati. Gaul rata.
- Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati serta tidak melekat pada bekas. Biarkan doh seketika.
- Canai doh hingga nipis dan potong mengikut saiz yang bersesuaian. Goreng dalam minyak yang panas bersama daun kari sehingga menjadi warna keemasan.
- Angkat dan toskan minyak. Simpan di dalam bekas kedap udara.
3. KUIH SIPUT
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 250ml minyak masak
- 180ml air
- 1/2 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- 2 tangkai daun kari
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan minyak masak. Gaul hingga rata.
- Kemudian masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam dan gula. Tuang sedikit demi sedikit.
- Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian kecil dan uli memanjang.
- Potong doh yang diuli tadi secara kecil dan bentukkan doh menggunakan acuan siput.
- Panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga garing. Masukkan daun kari ketika kuih siput hampir masak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Doh dipotong kecil bagi mendapatkan saiz kuih siput yang sama besar.
4. POPIA SIMPUL
BAHAN POPIA:
- Kulit popia bersaiz kecil secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SERUNDING IKAN:
- 1kg ikan sardin | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
- 500ml santan
- 20 tangkai cili kering | dikisar
- 20 ulas bawang merah | dikisar
- 10 ulas bawang putih | dikisar
- 7 batang serai | dikisar
- 5cm halia | dikisar
- Garam dan gula secukup rasa
- 120ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
- Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit.
- Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering.
- Bagi menyediakan popia simpul, potong kulit popia menjadi tiga bahagian.
- Letakkan serunding di tengah-tengah kulit popia. Gulung dan simpul dengan berhati-hati.
- Panaskan minyak dengan banyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Info chef: Biarkan popia sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan popia menjadi lemau.
5. PUTU KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 600gm kacang hijau | dibersihkan
- 400gm gula | dikisar halus
- 200ml air
CARA MEMASAK:
- Sangai kacang hijau menggunakan api perlahan sehingga naik bau.
- Tumbuk kacang hijau dan tampi bagi mengasingkan kulitnya.
- Tumbuk kacang hijau sekali lagi sehingga halus dan ayak.
- Campur tepung kacang hijau bersama gula. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat dikepal.
- Tutup adunan dengan kain lembab selama 1/2 jam.
- Ambil doh dan tekan ke dalam acuan putu. Terbalikkan acuan dan ketuk sedikit bagi mengeluarkannnya.
- Susun di atas dulang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 100C selama 10 minit. Sejukkan putu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Selain dikeringkan dengan cara dibakar di dalam ketuhar, putu ini juga boleh dijemur seketika.
6. REMPEYEK KACANG DHAL
BAHAN-BAHAN:
- 200gm kacang dhal | direndam semalaman
- 250gm tepung beras
- 500ml santan
- 1 biji telur
- 100gm ikan bilis | dikisar
- 1 sudu makan biji ketumbar | dikisar
- 1 sudu makan jintan manis | dikisar
- 1 sudu makan jintan putih | dikisar
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar ke dalam tepung beras. Gaul rata.
- Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit diikuti telur. masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
- Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Kemudian celupkan acuan rempeyek selama 5 minit.
- Setelah acuan panas, angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tepung. Tabur kacang dhal dengan secukupnya.
- Masukkan kembali acuan ke dalam minyak dan goreng hingga berwarna keemasan.
Info chef: Selain kacang dhal, boleh juga menggunakan kacang tanah ataupun kacang hijau.
Cara Buat Aiskrim Vanilla Homemade Paling Mudah & Sedap. Tekstur Aiskrim Halus Macam Beli

Waktu cuaca panas ini paling nikmat bila dapat makan aiskrim. Kalau selalu aiskrim ini kita beli, boleh cuba pula menghasilkannya sendiri. Paling mudah untuk dibuat adalah aiskrim vanilla.
Bagi yang nak cuba boleh guna cara dan tip yang dikongsi oleh Nur Halim ini. Resipi aiskrim vanilla ini bukan saja sedap tapi teksturnya juga halus dan lembut macam aiskrim yang kita beli. Paling penting caranya mudah, guna blender saja.
Cara buat aiskrim vanilla homemade
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan)
1 sudu besar ovalate
2 penutup esen vanilla (lebih sedap guna creamy vanilla)
1 sudu kecil tepung jagung
Cara membuat:
1. Masuk semua bahan dalam blender atau pengisar dan kisar
2. Kisar hingga likat (lebih kurang 5 minit). Nak tahu adunan sudah likat ambil sudu kaup sedikit dan curah. Jika adunan ‘bertali’ tandanya sudah likat.
3. Curah adunan dalam bekas dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras, boleh dimakan.
Tip
- Sekiranya adunan aiskrim selepas kisar masih cair, tambah satu sudu ovalate. Kemudian tuang semula dalam adunan dalam blender. Kisar lagi hingga likat.
- Jika ingin menghasilkan aiskrim coklat boleh guna susu coklat dan tambah emulco coklat.
Selamat mencuba
Sumber: Nur Halim
Guna Ketulan Ais, Rahsia Pisang Goreng Jadi Lebih Rangup

Dalam membuat pisang goreng yang sedap dan mendapat permintaan, banyak resipi yang dikongsikan.
Namun nampaknya perkongsian daripada Umi Watie ini yang menggunakan ketulan ais sebagai rahsia pisang goreng jadi rangup, memang berbeza.
Menurut Umi, dia memperoleh resipi ini daripada abahnya yang pernah menjadi penjaja pisang goreng.
RESIPI CARA BUAT PISANG GORENG RANGUP
BAHAN KERING:
2 cawan tepung gandum – beli online DI SINI
1 cawan tepung ubi kayu – beli online DI SINI
Serbuk kunyit – beli online DI SINI
Garam – beli online DI SINI
2 sudu besar marjerin yang dicairkan – beli online DI SINI
TONTON Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang
TONTON Let’s Cooking: Roti Poket Doremon
BAHAN LAIN:
4 ketul ais
1 ¾ cawan air
Pisang (tak kisah pisang yang ingin digunakan)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1.Gaulkan semua bahan kering di dalam satu bekas.
2. Masukkan marjerin yang sudah dicarikan.
3. Kemudian, masukkan ais batu. Marjerin, ais batu dan tepung ubi untuk merangupkan bancuhan tepung goreng pisang kita. Ini bahan rahsianya.
4. Masukkan air. Kacau-kacaukan supaya sebati semua bahan. Bancuh hingga ais tadi cair sekali ya.
5. Apabila bahan salutan sudah tersedia, ketepikan. Kita namakan ini bancuhan A. Nanti kita buat bancuhan B.
6. Potong pisang kegemaran. Saya guna pisang tanduk. Bancuhan tadi tu sedang elok untuk sebiji pisang tanduk tau.
7. Kita sediakan bancuhan B. Ambil ½ cawan bancuhan A kita tadi tu. Campurkan dengan ¼ suku cawan air. Bancuhan memang cair. Saya buat sikit-sikit bancuhan cair ni. Kira bila bancuhan cair dah habis baru bancuh baru. Pisang salut dengan bancuhan yang lebih pekat.
8. Dalam minyak yang panas, saya masukkan 2 sudu besar bancuhan B yang telah saya cairkan tadi. Dia akan naik berkelopak macam dalam gambar tu.
9. Kemudian, baru saya masukkan pisang dengan bancuhan A. Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
10. Tadaaaa. Beginilah jadinya pisang goreng kita. Ulang langkah macam mula-mula tadi ya.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Laku Keras Sampai Repeat Order, Wanita Ini Kongsi Resipi Peria Crispy
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: