Minggu lalu hangat mengenai Apam 3 bahan, kali ni ada resipi viral baru yang anda boleh cuba iaitu Kek Oreo Susu yang hanya menggunakan 2 bahan. Ha…tengok gambar macam sedap je. Hanya guna periuk kukusan dan tak perlu bakar pun. Jom cuba! Nanti jangan lupa komen & post gambar kek yang anda cuba buat tu ya.
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 paket oreo
100ml susu dutch lady coklat
Semi sweet coklat cip (tambahan)
CARA MEMASAK:
Hancur oreo dgn cream sekali (saya blend jer).
Kemudian, tuang susu. Kacau sampai rata.
Masukkan ke dalam loyang.
Kukus selama 20 minit dengan api kecil.
Untuk topping atas tu, cairkan coklat cip menggunakan teknik ‘double-boiler’. Kemudian sapu atas kek.
Ads
Nota: Resipi kek ini adalah bersaiz kecil. Jika mahu kek bersaiz besar, gandakan bahan 2 @3 kali. Kek dalam gambar menggunakan bahan yang digandakan 2 kali.
Kek ribut atau nama popularnya, Kek Tornado memang sangat sedap. Lengkap dengan rasa coklat dan cheese bersama bila makan.
Bila beli, tak cukup makan satu bekas saja. Jadi apa kata buat sendiri lagi puas hati? Menerusi perkongsian daripada Ariana Sofia Ahmad ini, mungkin nampak macam susah nak buat tapi berbaloi bila dah masuk dalma mulut.
1.Masukkan telur dan ovalette. Pukul hingga kembang.
2. Bila dah kembang, masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
3. Dah sebati, masukkan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
4. Kemudian, masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau sebati.
5. Masukkan pula minyak masak dan kacau lagi. Akhir sekali, masukkan air panas. Kacau rata.
6. Bahagikan adunan kepada empat bekas saiz RC-750 (seperti di dalam gambar).
7. Sebelum kukus, pastikan tutup bekas supaya air kukusan tidak menitik. Kukus selama 25 hingga 30 minit atau hingga masak.
8. Dah masak, terbalikkan kek selama 5-10 minit supaya kek tak mendap.
9. Untuk bahagian topping cheese pula, masukkan cream cheese, whipping cream dan susu pekat manis. Putar sehingga sebati dan licin. Jangan putar terlalu lama nanti jadi cair.
10. Letak dalam piping bag supaya senang nak letak atas kek.
11. Kek coklat tadi belah di tengah-tengah. Lepas tu, pipingkan cheese dalam bekas macam dalam gambar.
12. Kemudian, letak pula kek coklat di bahagian atas. Pipingkan pula cheese di bahagian atas tadi. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit bagi cheese lagi pejal.
13. Untuk chocolate ganache pula, masukkan coklat dark compound, susu full cream dan mentega dalam mangkuk.
14. Sementara itu, panaskan whipping cream hingga sedikit mendidih. Tuang ke dalam mangkuk tadi. Kacau hingga sebati dan coklat menjadi cair. Kalau pekat, boleh tambah susu full cream atau susu segar.
15. Tuang chocolate ganache pada bahagian atas kek tadi dan pastikan coklat pada ketika ini sejuk atau suam. Taburkan chocolate chip atau chocolate flakes.
3. Masukkan sedikit demi sedikit gandum, baking powder, tepung jagung dan serbuk koko yang sudah diayak secara berselang-seli. 4. Gaul sambil diuli sehingga menjadi doh dan tak melekat di tangan. 5. Selepas itu, canaikan doh tapi jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat. 6. Boleh tekap dengan gelas bagi jadi bentuk bulan. Atur dalam loyang.
7. Panaskan ketuhar. Kemudian, bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
8. Bila dah masak, sejukkan dahulu di atas tray. Kemudian, baru salut dengan coklat.
9. Untuk sediakan celupan coklat, 2 cawan coklat masakan beryls dicairkan dengan kaedah double boiler ataupun masuk dalam microwave pun boleh.
10. Kacau hingga berkilat. Tuang badam cincang yang telah dipanggang ke dalam coklat cair. Kacau dan celup biskut. 11. Simpan sekejap dalam chiller. Bila salutan coklat dah mengeras, keluarkan dan susun dalam bekas kedap udara.
Biskut Double Choc Chips ni memang sedap dan rangup. Menerusi perkongsian saudari Mariana Zainal, resipi ni memang sangat senang kerana bahan-bahannya guna sukatan cawan. Cumanya pastikan anda tidak ‘curang’ dengan resipi yang diberikan. Jadi bolehlah cuba buat sempena sambutan hari raya Aidilfitrinanti.
CARA BUAT BISKUT DOUBLE CHOC CHIPS
BAHAN A:
BAHAN B:
BAHAN C:
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan kacau sebati menggunakan senduk.
2. Masukkan bahan-bahan B. Kacau sebati.
3. Seterusnya masukkan bahan-bahan C. Kacau sekali lagi hingga semua bahan bercampur sempurna.
4. Sudukan adunan biskut ke atas dulang pembakar. Boleh juga cubit menggunakan tangan dan tekan menggunakan garpu.
5. Masukkan biskut ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-170C. Bakar selama 15-18 minit menggunakan api atas bawah. ( masa memasak mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar)
6. Bila siap, keluarkan biskut dan sejukkan. Info penting: Bila siap dimasak, biskut ini memang lembut. Biarkan sejuk kerana ia akan menjadi keras dan rangup.
Memasukkan bawang putih ke dalam periuk nasi ketika memasak sama ada diketuk, dihiris, atau dimasukkan sebiji-sebiji bukan sekadar petua kosong. Amalan ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan, aroma, dan ketahanan nasi.