Menu udang galah? Mesti mahal! Itu antara ayat yang akan terkeluar dari mulut kalau bercakap pasal makanan seafood ni, tapi kalau harganya berpatutan memang berbaloi kan. Menarik di kedai Mat Mee Udang ni adalah menu utamanya Mee Udang Maroos yang terlajak mewah dengan udang yang besar dan meriah banyaknya. Kalau kamu jenis yang elergik tengok udang bolehlah menjengah kedai ni..
Antara Menu Lain:
* Mee Buboh Udang
* Udang Dlm mee
* Udang 5 ekor dalam Mee
Lokasi : Chekok, Chetok. #PasirMas jln sungai keladi. Blkg sjkc poy hwa.
Masa Buka : 12 PM ~ 12 AM
Sedapnya PudingLaici Berkuah ni. Dikala cuaca macam sekarang, sesuai sangatlah buat puding ni. Letak dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk. Memang nikmat. Orang dewasa dan budak-budak pun suka. Kalau dijadikan sebagai manisan untuk sebarang majlis keraian juga. Resipi yang sangat praktikal. Isi laici diguna amalh kuah sirapnya juga tidak dibuang. Pendek kata memang bestlah. Jom lihat resipi perkongsian saudari Astaen Jay ni. Pasti puas hati. Kalau nak dijadikan jualan untuk menambah pendapatan juga sesuai.
CARA MEMASAK: 1.Masak air dengan gula sehingga mendidih. 2. Kemudian masukkan serbuk agar-agar bersama 1/4 cawan air laici. Jika air laici ada banyak, boleh guna 1/2 cawan. Tinggal sedikit lebihan air laici untuk dituang atas puding nanti. 3. Seterusnya masukkan susu cair. Kacau sebati dan tutup api 4. Ambil acuan bersesuaian dan basahkan. Tuang adunan agar-agar tadi ke dalam acuan. 5. Bila agar-agar sudah sederhana sejuk (agak-agak keras) baru tuang sikit air laici atas puding tadi.
6. Taburkan laici diatasnya mengikut cita rasa masing-masing. 7. Sejukkan puding dan siap untuk dinikmati.
Sedapnya Somtam Betik perkongsian saudari Rosmaliza Omar ni. Bagi penggemar sajian Thailand, menu ni antara yang patut anda cua hasilkan sendiri di rumah. Bahan-bahannya sangat udah dan senang diperolehi. Paling penting, ada betik mengkal. Barulah menjadi. Lepas ni tak perlu dah beli Somtam di kedai. Masak je sendiri di rumah. Selamat mencuba!
CARA MASAK SOMTAM BETIK THAILAND
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk bawang putih sekadar pecah dalam lesung dan masukkan cili padi. Tumbuk sedikit untuk memecahkan cili. Kemudian masukkan gula siam. 2. Masukkan kacang panjang, tumbuk kasar sambil digaul dengan bahan yang tadi mengunakan senduk. 3. Kemudian masukkan parutan betik muda dan hirisan tomato. Gaul sambil tumbuk sedikit lagi. 4. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan udang kering. Tumbuk beberapa kali dan masukkan sos ikan dan jus limau nipis. 5. Gaul rata. Rasa masam, manis dan pedas biar secukup rasa. Hidangkan bersama ulaman kangkung.
Dapatkan Cuoco Premium Stainless Steel Knife Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Cuci kobis hingga bersih. Hiris ikut saiz disukai dan tabur garam kasar di setiap helaian kobis.
2. Perap 1 jam. Apabila siap perap, bilas kobis dengan air sambil tekan-tekan buang air masin dari kobis.
3. Toskan dan tekan lagi supaya kering air pada kobis (kalau air banyak nanti kimchi jadi terlalu berkuah).
4. Dalam bekas besar, masukkan semua bahan pes dan bahan kisar, lalu kacau sebati. 5. Cuba rasa sedikit, pes kimchi mesti rasa pedas-pedas manis, masin dan masam. 6. Masukkan kobis dalam bekas berisi pes tadi bersama semua bahan sayur di atas dan ratakan pes pada keseluruhan sayur. Siap.
Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN terus diperkasa sebagai platform yang menyatukan jenama dan komuniti dalam suasana santai serta penuh manfaat. Dalam dunia...