Suka makan Nasi Daging? Ada resipi mudah yang guna Kurma Daging yang hangat dikongsi di aplikasi Tiktok. Resipinya sangat mudah. Hanya menggunakan Kurma Daging Adabi dalam tin, anda boleh menyediakan sajian istimewa ini dengan begitu mudah sekali. Menerusi perkongsian saudari Cik Sara, beliau tunjukkan cara-cara untuk menyediakan hidangan Nasi Daging menggunakan Kurma Adabi. Selamat mencuba!
RESIPI NASI DAGING GUNA KURMA DAGING ADABI
BAHAN-BAHAN: 1 tin Kurma Daging – beli online disini Beras (anggaran 2-3 orang makan) – basuh bersih Air secukupnya Lobak merah – potong kecil Bawang merah – potong Cili – jika suka 1-2 helai daun pandan Rempah 3 sekawan
Ads
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak atau mentega, tumis bawang merah, rempah 3 sekawan dan daun pandan hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan Kurma Daging. Kacau seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk nasi bersama bahan tumis tadi.
4. Tambahkan air mengikut sukatan biasa anda guna untuk masak nasi. 5. Tekan ‘on’ dan tunggu nasi masak. 6. Nasi Daging sedia untuk dinikmati. Boleh dihidang bersama air asam, acar, dalca, Ayam Masak Merah dan sebagainya mengikut selera masing-masing.
NOTA:
Jika tiada masa, boleh sahaja masukkan beras, Kurma Daging dan air (sukatan biasa anda guna untuk masak beras) terus ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Ada juga yang memasak nasi ini dengan sukatan 1 tin Kurma Daging = 2 1/2 @ 3 pot beras.
Mudahnya buat fishball homemade ni. Letak dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang boleh menaikkan selera. Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung. 100% isi ikan. Sesuai sangat buat untuk kegunaan keluarga tercinta. Jom cuba resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT FISHBALL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tongkol – dibuang tulang dan ambil isi sahaja
1 sudu teh lada hitam kasar
1 biji bawang merah saiz sederhana
1/2 sudu teh gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk lada hitam hingga halus.
2. Masukkan bawang merah. Tumbuk lumat.
3. Seterusnya tambahkan isi ikan yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Gaul isi ikan tadi sehingga adunan boleh digentel.
6. Cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
7. Panaskan air dan rebus bebola hingga mendidih.
8. Toskan bebola tadi dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sup atau apa-apa sajian kegemaran.
Anda merancang menyediakan menu istimewa untuk suami tercinta sempena hari lahirnya, apa kata anda cuba menu seafood yang RASA kongsikan ini. Semua menu ini telah admin cuba, rasa memang sedap dan masak pun senang. Apa lagi pilih satu atau dua menu untuk hidangan tersayang. Cubalah ye..
KUPANG TUMIS BERSANTAN DAUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
500gm kepah
1 biji bawang besar |cincang
3 ulas bawang putih |cincang
2cm halia |titik
1 biji cili merah | hiris
Sedikit jus limau nipis
½ cawan daun selasih dan daun ketumbar |cincang
BAHAN SOS SANTAN SELASIH:
1 cawan santan
1 cawan jintan manis
¼ cawan daun ketumbar |daun dan batang
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu makan kicap cair
CARA MEMASAK:
Cuci bersih kupang dan simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan.
Untuk menyediakan sos santan selasih. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar, jika ingin pedas boleh tambahkan cili padi.
Kisar hingga halus dan ketepikan.
Panaskan kuali dan masukkan dua sudu makan minyak, tumiskan bawang putih, merah, halia hingga wangi. Masukkan kupang dan sedkit jus limau nipis. Kacau rata.
Tutup seketika kuali lebih kurang 2-3 minit.
Apabila kupang mula terbuka, kecilkan api.
Masukkan sos santan selasih, dan kupang sedia dihidangkan.
UDANG KARI THAI
BAHAN-BAHANNYA :
700gm udang galah | dibersihkan
350gm hirisan nenas, pilih yang manis
1 genggam daun selasih
3 helai daun limau purut
2 sudu teh sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
500 ml santan cair
300 ml pati santan
2 sudu makan jus limau nipis BAHAN KISAR HALUS :
10 biji cili merah
2 batang serai, hiris halus
1cm lengkuas, hiris
3 tangkai daun ketumbar
2 camca teh hirisan kulit limau purut
10 -15 biji lada hitam biji
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh belacan
3cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
Masukkan nanas, daun limau purut, sos ikan, sedikit garam dan gula. Gaul rata dan tuang santan cair.
Bila mendidih, masukkan udang, masak 2 – 3 minit dan tuang pati santan.
Kacau rata. Biar mendidih perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan daun selasih dan jus limau nipis, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah garam lagi.
Biar mendidih 1 – 2 minit , tutup api. Hidangkan segera bersama nasi panas.
LALA TUMIS TAUCU BERSAMA SAWI CINA
BAHAN-BAHAN:
500gm lala
2 sudu makan taucu
1 sudu makan sos tiram
1 cawan daun Selada Air
2 tangkai cili merah | hiris
4 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | titik
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan pes cili, diikuti dengan taucu. Kacau rata.
Setelah pecah minyak, masukkan lala, gaul rata masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam (jika perlu sebab taucu sudah masin) dan gula secukupnya
Akhir sekali masukkan daun selada, kacau 1-2 minit. Tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG KUKUS SOS CILI MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersih dan toskan.
BAHAN INTI:
2 biji tauhu | hancurkan
1 biji telur
2 pokok daun bawang | hiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
BAHAN SOS:
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
3 sudu makan sos cili Thai
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan sos limau nipis
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Semua bahan inti dimasukkan dalam mangkuk dan gaul rata.
Kemudian ambil sedikit adunan dan sumbatkan dalam sotong. Lakukan hingga sotong habis.
Letakkan dalam loyang dan kukus lebih kurang 10 minit.
Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan sos, dan jus limau nipis, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
Setelah sos mendidih tutup api.
Susun sotong dalam pinggan hidangan dan tuangkan sos di atasnya.
Sotong sedia dihidangkan panas-panas.
TUMIS KEPAH CILI PADI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm kepah | cuci bersih dan tos
1 kuntum bungan kantan | hiris
6 biji cili padi merah | belah dua
6 biji tomato ceri
4 ulas bawang putih | cincang
1biji bawang besar | potong dadu
3 cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan hirisan cili hingga wangi.
Masukkan kepah, kacau rata.
Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Setelah kepah terbuka, masukkan hirisan bunga kantan dan ceri tomato.
Kacau rata lebih kurang 1-2 minit tutup aapi.
Kepah sedia dihidangkan.
KETAM TUMIS TELUR BECILI
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam |bersihkan dan belah dua
1 biji bawang besar|hiris nipis
3 sudu makan cili kisar
2sudu makan cili sos Thai
2 sudu makan sos tiram
3-4 biji telur
Air asam Jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3 cm halia
CARA MEMASAK :-
Gaul dengan garam kemudian digoreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing kemudian angkat dan ditos .
Keluarkan sedikit minyak goreng ketam dari dalam kuali dan simpan minyak goreng ketam itu
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali .
Masukkan bahan-bahan yang kisar dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar.
Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak.
Masukkan bawang besar , garam, gula dan dikacau sekali sekala semua bahan.
Tambahkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal .
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan telur kemudian dikacau bagi telur hancur. Kacau rata telur.
Kecilkan api, masukkan semua ketam yang digoreng dan kacau bagi rata sambal pada ketam
Jika ada lebihan nasi impit dan tak tahu nak masak apa, boleh hasilkan nasi impit goreng ni. Rasanya yang seakan nuget pasti memikat selera si kecil. Sesuai juga dicuba untuk anak-anak yang susah nak makan nasi.
NASI IMPIT GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
Nasi impit mini | dipotong empat
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
BAHAN TEPUNG CELUPAN:
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung goreng ayam segera
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Gaul nasi impit bersama serbuk pati ikan bilis hingga rata.
2.Satukan kesemua bahan celupan dan bancuh hingga sebati.
3.Ambil nasi impit dan celupkan ke dalam bancuhan tepung tadi.
4.Panaskan minyak dan goreng nasi impit hingga kekuningan.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...