Terdapat banyak jenis menu tempatan di negara Malaysia. Ia sangat digemari ramai termasuk pengunjung dari luar negara. Malah ada yang menjadikan makanan tempatan kita sebagai inspirasi dalam masakan mereka. Bangga kan?  Tetapi menu Barat di sini tidak kurang hebatnya. Setiap hidangan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ini adalah variasi menu tempatan dan barat yang boleh anda cuba sendiri. 

AYAM PERCIK

Variasi Menu Tempatan Dan Barat Yang Pasti Menambat Selera Anda!

 

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam | bersihkan dan ditoskan air sehingga kering.

BAHAN PERAP

  • 6 ulas bwang putih | kisar
  • 3 biji bawang besar | kisar
  • 6 batang serai | kisar
  • 2 inci halia | kisar
  • 2 inci kunyit hidup | kisar
  • 100gm gula pasir | kisar
  • 2 sudu makan garam
  • 2 sudu makan madu

BAHAN KUAH PERCIK

  • 1 litter santan kelapa
  • 100gm bawang merah | kisar
  • 50gm bawang putih | kisar
  • 30gm halia | kisar
  • 5 batang serai wangi | kisar
  • 3 helai daun kunyit
  • 20gm serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan ayam. Campurkan semua bahan kisar bersama garam, gula dan madu.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan perapan. Kemudian perap sekurang-kurangnya satu jam. Sebaik-baiknya semalaman.
  3. Kemudian, bakar selama 1 jam 30 minit atau sehingga ayam masak.
  4. Untuk menyediakan kuah percik. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
  5. masukkan daun dan serbuk kunyit. Biarkan mereneh seketika.
  6. Seterusnya, masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan kuah percik mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
  8. Kuah sedia dihidangkan bersama ayam bakar tadi.

INFO CHEF: Jika ingin sedikit pedas boleh tambahkan pes cili di dalam tumisan kuah percik.

Saiz hidangan: 8 orang.

Waktu memasak : 1jam – 1jam, 30  minit.

Cara Memasak : Bakar, tumis dan reneh.

Keistimewaan:  Rasa kuah percik yang lemak manis

Anggaran perbelanjaan: RM35

DAGING MASAK HITAM RAMBO

Variasi Menu Tempatan Dan Barat Yang Pasti Menambat Selera Anda!

BAHAN-BAHAN

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis
  • 125ml kicap pekat manis
  • 1 sudu makan parutan gula Melaka
  • 100ml minyak masak
  • 1sudu makan serbuk cili
  • 1 keping asam gelugor

BAHAN KISAR

  • 150gm bawang merah
  • 50gm bawang
  • 50gm halia
  • 4 batang serai

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar  hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging, asam keping, gula Melaka. Biarkan mendidih selama lima minit
  3. Kacau dan masukkan kicap pekat manis.
  4. Masak hingga kuah kering dan tambah sedikit lagi kicap.
  5. Rasa jika kurang masin atau manis tambah sedikit garam dan gula untuk melengkapkan rasa.
  6. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Anda juga boleh perapkan hirisan daging dengan kicap pekat manis.

Saiz hidangan: 8 orang.

Waktu memasak : 30  minit.

Cara Memasak : Tumis dan reneh.

Keistimewaan:  Rasa kuah percik yang lemak manis

Anggaran perbelanjaan: RM40

IKLAN

PAJERI NENAS ALA CARLTON

Variasi Menu Tempatan Dan Barat Yang Pasti Menambat Selera Anda!

BAHAN-BAHAN

  • 1biji nanas | kupas dan hiris bulat anggaran 1.5cm
  • 1 paket serbuk kari daging
  • 100gm kerisik
  • 500ml santan pekat
  • 3cm halia | hiris nipis
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam  dan gula secukup rasa
  • Rempah penumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)

BAHAN KISAR

  • 4ulas bawang merah
  • 3ulas bawang putih
  • 1sudu makan udang kering

CARA MEMASAK

  1. Masak air sehingga mendidih dan rebus nanas seketika (4-5 minit) supaya masam dari nenas dapat dikurangkan.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering untuk elakkan dari cepat hangus.
  6. Masukkan nanas, masak sehingga nenas lembut.
  7. Masukkan pati santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  8. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  9. Pajri sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Cara memasak yang sama jika anda ingin membuat pajri terun.

Saiz hidangan: 8 orang.

Waktu memasak : 30  minit.

Cara Memasak : Rebus, tumis dan reneh.

Keistimewaan:  Kaya dengan rasa rempah ratus dan enak. Lebih lama diperangat lagi sedap.

Anggaran perbelanjaan: RM15.

AYAM PANGGANG BERSAMA NASI MENTEGA

Variasi Menu Tempatan Dan Barat Yang Pasti Menambat Selera Anda!

BAHAN-BAHAN

BAHAN PERAPAN:

  • 1 ekor ayam | bersihkan dan tos
  • 30gm serbuk Cajun
  • 15gm paprika
  • 1 sudu teh minyak sapi
  • 3gm daun rosemary
  • 5gm serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

BAHAN  SUMBAT DALAM PERUT AYAM:

IKLAN
  • 2biji bawang besar
  • 10ulas bawang putih
  • 2batang seleri | hiris

BAHAN NASI:

  • 1 kg beras bashmati | rendam
  • 60gm mentega
  • 100gm minyak masak
  • 50gm bawang putih
  • 3 helai daun pandan
  • Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan-bahan perapan ayam. Gaul sekali dengan ayam biar sebati.
  2. Masukkan dalam perut ayam dengan bahan sumbat.
  3. Kemudian bakar dalam ketuhar lebih kurang 45 minit atau hingga ayam masak.
  4. Sementara itu sediakan nasi.
  5. Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumis hirisan bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
  6. Kemudian masukkan beras dan masukkan air secukupnya.
  7. Tuangkan dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa (lebih kurang 15-20 minit)
  8. Setelah nasi masak hidangkan dalam pinggan bersama hirisan ayam panggang.

INFO CHEF: Menu ini sangat sesuai untuk anak-anak yang tidak sukakan pedas. Sangat sesuai untuk hidangan bersahur.

Saiz hidangan: 6-8 orang.

Waktu memasak : 1 jam minit.

Cara Memasak : Panggang, tumis dan reneh.

Keistimewaan:   Enak dihidangkan panas-panas dan tidak pedas

Anggaran perbelanjaan: RM20

ONDE-ONDE PELANGI

Variasi Menu Tempatan Dan Barat Yang Pasti Menambat Selera Anda!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung pulut
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
  • Kelapa parut  | gaul dengan sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung pulut, gandum dan sedikit garam. Gaul rata.
  2. Campurkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
  3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warna dengan warna kuning, hijau dan merah jambu.
  4. Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
  5. Masukkan gula Melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
  6. Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
  7. Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut. Gaulkan dengan kelapa.
  8. Lakukan cara yang sama hingga habis.
  9. Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.

 INFO CHEF: Untuk kelapa parut yang tidak mudah basi, kukus kelapa yang telah dicampur dengan garam 5-10 minit.

Saiz hidangan: 4-5 orang.

Waktu memasak : 30 minit.

Cara Memasak :Uli, rebus dan gaul rata.

IKLAN

Keistimewaan:    Manis dan kenyal.

Anggaran perbelanjaan: RM10

RAMBOW FISH ROLL

Variasi Menu Tempatan Dan Barat Yang Pasti Menambat Selera Anda!

BAHAN-BAHAN

  • 500gm isi ikan putih
  • 200gm isi ketam stik
  • 2biji telur
  • 100gm tepung gandum
  • Salad campur | sebagai hiasan
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

CARA MEMASAK

  1. Masukan isi ikan beserta telur dalam mangguk dan tambah garam dan lada hitam.
  2. Gaulkan sehingga rata dan tambahkan tepung untuk mendapatkan adunan yang sebati
  3. Ratakan bahan adunan di atas tikar penggulung sushi dan letakan isi ketam stik di tengah-tengah dan gulung.
  4. Balut adunan di dalam acuan selinder dan kukus sehingga masak. Kemudian sejukkan
  5. Potong dan  dan hidangkan secara berasingan bersama sos kegemaran anda

INFO CHEF: Setelah  kukus, selinder ini boleh digoreng sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Saiz hidangan: 4 orang.

Waktu memasak : 30 minit.

Cara Memasak : Adun dan kukus.

Keistimewaan:    Enak dihidangkan dengan sos kegemaran anda.

Anggaran perbelanjaan: RM25.

MERINGUE COOKIES

Variasi Menu Tempatan Dan Barat Yang Pasti Menambat Selera Anda!

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur putih
  • 200gm cawan gula
  • 1/2 sudu teh Cream of Tatar
  • 1/2sudu teh esen vanilla
  • 200gm coklat yang telah dicairkan.

CARA MEMASAK

  1. Satukan putih telur, gula aising dan Cream of Tatar.
  2. Renehkan secara doublr boiler hingga gula hancur.
  3. Alihkan dari api dan putar dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi soft peak dan bertanduk.
  4. Masukkan adunan di dalam piping bag dan paipkan di atas parchment paper supaya tidak melekat.
  5. Kemudian masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 170C. Kemudian perlahankan suhu. Ikut kesesuaian ketuhar.
  6. Setelah masak, sejukkan.
  7. Sebelum dihidangan, paipkan coklat di atasnya. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama hirisan buah yang anda suka.

INFO CHEF: Jika belum sedia dihidangkan, simpan  cookies di dalam bekas kedap udara.

Saiz hidangan: 4-5 orang.

Waktu memasak : 45 minit.

Cara Memasak : Adun, putar dan bakar.

Keistimewaan: Ranggup dan manis.

Anggaran perbelanjaan: RM20

Kredit resipi: Team Chef, Carlton Holiday Hotel & Suite

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI