
Kek yang kini viral unicorn cheese cake. Mana taknya meriah dengan warna warni. Bukan hanya anak-anak suka, malahan orang dewasa juga. Kek ini simple namun diolah dengan meletakkan cheese dan juga bahan hiasan maka rupanya jadi wow dan terserlah. Buat yang ingin mencuba buat ini resipinya.
Unicorn Cheese Cake Viral
Bahan untuk kek vanila
- *3 biji telur
- *1 cawan gula pasir
- *1/2 cawan minyak masak
- *1/2 cawan susu segar atau susu cair-BELI ONLINE DI SINI
- *1 sudu teh esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
- *1 sudu makan ovalatte-BELI ONLINE DI SINI
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
Cara buat:
1.Pukul ke semua bahan yang bertanda * sehingga kembang.
2.Bila sudah kembang masukkan tepung gandum dan baking powder.
3.Kukus kek sehingga masak
Bahan untuk cheese
- 250 gram cream cheese
- 1 cawan whipping cream ( anchor )
- 1/2 cawan susu segar
- 1/2 cawan susu pekat manis-BELI ONLINE DI SINI
Cara buat:
1.Masukkan ke semua bahan di dalam blender dan kisar sehingga gebu.
2.Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan dengan warna pilihan.
Bahan hiasan
– parutan cheddar cheese
– deco sugar
ADA YANG NAK MENUKAR MIXER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
5 Manisan Arab Lazat Dikunyah Masa Moreh. Resipi Hebat Dari Syria

Inginkan kudapan untuk dikunyah, manisan dari Timur Tengah . Dah nak puasa ni sedap juga makan moreh dengan manisan Arab ni. Manis dan berempah secukup rasa, bahan rempahnya dari saffron, pes kurma, kekacang, yogut dan susu dalam manisan dan ‘dessert’ mereka.
Tak payah tunggu ke Timur Tengah, kat Malaysia kita pun ada kedainya. Jom pakat singgah Damas Sweets di Taman Serdang Perdana, Selangor atau cawangannya di Verandah Plaza Shah Alam, macam-macam manisan ada. Boleh juga kalau nak cuba buat sendiri, resipi dari Ezat dan Abdul Rahman Mohd Al Tahan usahawan dari Syria ini boleh dijadikan rujukan.

Jom semak 5 resepi manisan yang popular di Timur Tengah ini.
1.BASBOSA
BAHAN-BAHAN :
- 500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dari gandum durum )
- 250 ml air
- 250 gm gula
- 50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan
- 8 gm serbuk penaik
- 10 gm serbuk kulit kayu manis
- 1 sudu makan tahina (pes@ sos bijan)
- 350 gm sirap (campuran gula dan madu,)
- 300 gm kacang pistachio
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati.
2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja.
3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar.
4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja.
5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya)
6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan.
7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
8.Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm)
9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan.
10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi.
11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping
Masa memasak: 1 jam 40 min
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis
INFO CHEF : Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
2.MOHALABIA MILK PUDDING
BAHAN-BAHAN :
- 1000 ml susu segar
- 80 gm tepung jagung
- 60 ml air
- 2 ml blossom water (esen dari bunga)
- 5 ml air mawar
- 100 gm gula
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)
- 100 ml krim putar
- 100 gm kacang pistachio
- 5 gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api.
2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu.
3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit.
4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit.
5. Perlahankan api selama lima minit.
6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan.
7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai.
8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas
9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu)
Masa memasak : 1 jam 30 min
Jenis masakan : Puding
Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk
Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
3. BAKLAVA WITH WALNUTS
BAHAN-BAHAN:
- 700 gm doh filo@phyllo (14 lapisan nipis)
- 200 gm mentega
Bahan inti :
- 300 gm walnut / ditumbuk kasar
- 8 gm serbuk kayu manis
- 300 gm sirap
- 1/4 sudu teh air mawar
- 1/4 sudu teh air blossom (esen dari bunga)
CARA MEMASAK :
1. Ambil mangkuk dan masukkan walnut, kayu manis, air blossom dan air mawar. Gunakan sudip dan kaup balik biar ia bercampur sempurna.
2. Ambil bekas lain, cairkan mentega.
3. Sediakan dulang pembakar bersaiz 13 atau 9 inci. (33 sm atau 23 sm).
4 .Ambil doh filo dan sapukan dengan sedikit mentega. Letakkan di dalam dulang pembakar.
5. Ulangi langkah (sebanyak 7 lapis ) iaitu separuh dari doh filo.
6. Letakkan inti secara rata menyeluruh menutupi doh filo.
7. Ulangi langkah, dan habiskan baki lapisan doh filo di atas inti.
8 .Gunakan pisau tajam untuk memotong tepi doh, dan potong ikut bentuk yang disukai.
9. Sapukan mentega di atasnya.
10 .Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius.
11. Bakar baklava selama 35 hingga 45 minit sehingga perang keemasan.
12. Keluarkan baklava dari oven dan tuang kan sirap dengan segera. Biarkan ia sejuk, baharulah boleh dipotong untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 20 keping
Masa memasak : 1 jam 35 min
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Doh nipis menyebabkan ia rangup dan garing
INFO CHEF : Doh Phyllo atau filo yang sudah siap ada dijual di kedai Damas Sweets atau di pasaraya atau kedai runcit Arab. Rasanya tidak terlalu manis kerana campuran kacang menjadikan ia snek rangup yang digemari
4.KRIM KARAMEL DENGAN SAFFRON
BAHAN-BAHAN:
- 1000ml susu segar
- 4 biji telur
- 300 gm gula (dibahagi 100 gm dan 200 gm)
- 2.5 gm esen vanilla
- 2-3 helai saffron
Bahan hiasan :
Sedikit saffron
Kulit kayu manis
CARA MEMASAK :
1. Ketukkan safron dan tambahkan 1/4 cawan air panas untuk mendapatkan warna dan rasa saffron.
2. Didihkan susu elama 10 minit dan biarkan reda ke suhu 45 darjah celcius.
3. Pukul telur dan tambahkan 100 gm gula, sambil mengacau.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan esen vanilla.
5. Tapiskan campuran dengan penapis
Cara masak gula karamel :
6. Masukkan 200 gm gula ke dalam periuk (tak melekat), di atas api yang sederhana. Biarkan ia bertukar menjadi perang.
7. Masukkan karamel di dalam mangkuk, bahagikan sama rata.
8. Tuangkan campuran krim di atas gula karamel tadi
9. Letakkan mangkuk di dalam dulang yang berisi air (paras separuh dari mangkuk)
10. Masukkan dalam oven yang sudah dipanaskan dengan suhu 165 darjah celcius.
11. Periksa permukaan krim karamel selepas 40 minit (ia seharusnya memekat dan membentuk lapisan atau tekstur seperti jelly di atasnya.
12. Tambahkan air panas di dalam dulang, sehingga separuh dari paras mangkuk.
13. Bakar lagi 20- 30 minit untuk mendapatkan warna emas. Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Terbalikkan krim karamel sebelum dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk, 150 gm tiap satu
Masa memasak : 1 jam 30 min
Jenis masakan : Puding
Cara memasak : Bakar secara ‘baine marie’, dulang pembakar di dalam bekas berair.
Keistimewaan : Puding manis berkrim dan berempah
INFO CHEF : Penggunaan rempah arab popular , saffron memberikan rasa unik dan lazat dan membezakannya dari krim karamel yang biasa.
5.DATE BALLS
BAHAN-BAHAN :
- 50 gm pes kurma
- 100 gm mentega atau minyak sapi
- 200 gm kacang / ditumbuk kasar
- 8 gm serbuk kayu manis (jika suka)
- 20 gm serbuk buah pelaga
CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api dan masukkan pes kurma.
2. Masakkan campuran selama 10 minit dan sentiasa kacau menggunakan sudip.
3.Padam api dan biarkan ia menjadi kurang panas/suam
4 .Masukkan buah pelaga dan serbuk kayu manis dan gaulkan sebati.
5. Potong doh dalam kepingan kecil (20 gm setiap satu) dan bulatkan ia.
6. Letakkan kekacang atau kuaci yang dipanggang di atas dulang. Ikut salutan yang anda suka.
7. Masukkan dalam cawan kertas, dan ia siap untuk dimakan.
Saiz hidangan : 40 keping (20 gm setiap satu)
Masa memasak : 1 jam
Jenis masakan : Snek dan pencuci mulut
Cara memasak : Bakar secara ‘baine marie’, dulang pembakar di dalam bekas berair.
Keistimewaan : Bebola kurma ini lembut di dalam dan rangup di luar kerana salutan kekacang panggang
Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF :Anda boleh memilih untuk menyalut bebola kurma ini dengan kacang atau bijirin panggang yang disukai.Samada badam, pistachio, kuaci yang ditumbuk halus atau kasar.
6.BUTTER COOKIES WITH ANISE SEED
BAHAN-BAHAN :
- 500 gm tepung gandum
- 325 gm mentega tanpa garam
- 100 gm mentega putih ( dari sumber sayur)
- 150 gm gula aising
- 1/4 sudu teh vanilla
- 25 ml air
- 30 gm jintan manis
CARA MEMASAK :
1. Adunkan tepung dengan dua jenis mentega dan gula aising (suhu bilik). Masukkan juga esen vanilla.
2. Apabila teksturnya menjadi lembut, masukkan air dan adun dengan lembut sehingga ia menyerap kesemua air.
3. Tebarkan doh di atas meja, gunakan pencanai (letakkan sedikit tepung agar tidak melekat) dan canaikan doh menjadi 5mm tebal.
4. Gunakan acuan dan terap doh ikut bentuk yang disukai. Susun di dalam dulang pembakar dan taburkan jintan manis di atasnya dan tekan perlahan.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 145 darjah celcius selama 30 minit sehingga keperangan.
Saiz hidangan : 150 keping
Masa memasak : 1 jam 30 min
Jenis masakan : Biskut
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Kaya dengan rasa mentega dan jintan manis menambah kelazatan
INFO CHEF : Anda boleh menambah halia, serbuk koko atau pewarna untuk mendapatkan rasa dan rupa yang bervariasi.
Terima kasih : DAMAS SWEETS SDN BHD, B-G-7 & 8 TAMAN SERDANG PERDANA, SERI KEMBANGAN, SELANGOR, & VERANDAH PLAZA SHAH ALAM
Resipi Kek Keju Laici Terlajak Mudah. Sesuai Sangat Disajikan Di Hari Raya Nanti.

Kek keju gebu yang lembut dan enak. Dalam setiap suapan, anda akan rasai kehalusan tekstur kek serta rasa keju yang mewah. Segalanya mudah yang menggunakan produk RICH. Cubalah dan anda pasti kagum dengan hasilnya.
BAHAN BASE BISKUT:
- 130gm biskut marie | dihancurkan
- 100gm mentega cair
BAHAN KRIM KEJU:
- 250gm krim keju
- 50gm gula
- 300gm RICH WHIP TOPPING BASE | dicairkan
- 80gm susu segar sejuk
- 10gm serbuk gelatin | direndam di dalam 50gm air dan dimasak secara bain-marie sehingga larut
- 180gm buah laici | dipotong kecil dan ditoskan airnya
BAHAN HIASAN:
- 150gm RICH WHIP TOPPING BASE | dipukul
- 180gm buah laici
- 50gm gel glaze tanpa warna
CARA MEMASAK:
- Kisar biskut marie bersama mentega cair sehingga rata. Kemudian masukkan ke dalam acuan kek bersaiz 8 inci. Sejukkan seketika.
- Pukul krim keju bersama gula menggunakan kelajuan sederhana sehingga kembang. Kemudian masukkan susu. Kacau rata.
- Masukkan Rich Whip Topping Base dan pukul sehingga 60% kembang. Masukkan gelatin yang telah dicairkan. Gaul rata dan masukkan pula hirisan buah laici.
- Tuang adunan ke dalam loyang berisi base biskut tadi dan sejukkan selama 2 hingga 3 jam.
- Untuk menghias, tuang gel glaze diatas kek hingga rata, paipkan krim putar serta hiaskan dengan buah laici mengikut kreativiti anda.
2 Versi Red Velvet Yang Sedap & Senang Buat.

Korang suka Red Velvet tak, Kalau suka ini ada dua versi Red Velvet yang sedap dan senang cara membuatnya, Swiss Roll Red Velvet Cake dan Red Velvet Cup Cake. Selain enak dihidangkan sebagai penemaan kopi untuk minum petang boleh juga dijadikaan buah tangan bila berkunjung ke rumah saudara mara atau takan-rakan. Ok, selamat mencuba.
SWISS ROLL RED VELVET CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 500gm mix sponge cake
- 100gm susu UHT
- 100gm minyak masak
- 10gm serbuk penaik
- 10gm cuka
- 8 biji telur
- 3 sudu teh pewarna merah
BAHAN UNTUK TOPPING:
- 500gm krim segar
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat topping; putar krim segar sehingga kembang dua kali ganda. Ketepikan.
- Putar mix sponge cake bersama telur dan putar sehingga kembang selama lapan minit menggunakan ‘high speed’.
- Campurkan pewarna merah bersama susu UHT dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan ‘low speed’. Kemudian masukkan ke dalam adunan yang telah diputar tadi.
- Campurkan cuka bersama soda dan masukkan sekali ke dalam adunan tadi.
- Akhir sekali, masukkan minyak masak ke dalam adunan dengan menggunakan ‘low speed’.
- Setelah adunan telah siap diputar, masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 12 x 17.
- Bakar pada susu 180C selama 15 minit. Keluarkan.
- Sapukan krim tadi pada permukaan kek yang telah siap dibakar dan gulung.
- Sedia dihidangkan.
RED VELVET CUPCAKES
BAHAN-BAHAN:
- 230gm mentega
- 600gm gula
- 500gm tepung kek
- 480gm susu UHT
- 6 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 4 sudu teh serbuk koko
- 1 sudu teh garam
- 3 sudu teh pewarna
- 2 sudu teh cuka
- 2 sudu teh baking soda
BAHAN UNTUK TOPPING:
- 500gm krim keju
- 100gm gula ising
- 100gm krim putar
- 10 keping oreo | hancurkan
BAHAN HIASAN:
- Oreo secukupnya
- Kepingan coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
- Putar mentega dan gula sehingga kembang.
- Campurkan esen vanila bersama telur dan masukkan ke dalam adunan yang diputar tadi.
- Satukan dan ayak semua bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, serbuk koko dan garam.
- Setelah adunan sebati, masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati.
- Campurkan pewarna ke dalam susu UHT. Kemudian masukkan ke dalam adunan yang diputar sedikit demi sedikit.
- Campurkan baking soda bersama cuka dan masukkan ke dalam adunan.
- Setelah adunan siap, masukkan adunan ke dalam cawan kertas sebanyak ½ adunan. Bakar pada susu 150C selama 10-15 minit. Keluarkan dan sejukkan.
- Untuk membuat topping; Putar gula ising dan krim keju hingga kembang.
- Masukkan krim putar sedikit demi sedikit dan putar sehingga kembang dua kali ganda. Masukkan oreo yang telah pun dihancurkan.
- Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan di bahagian atas kek, menggunakan nozzle berbentuk bintang. Hiaskan dengan kepingan coklat dan oreo untuk lebih menarik.
- Sedia dinikmati.