Ubi kayu boleh diolah menjadi banyak hidangan, dari rebus, buat pengat atau bubur mahupun dijadikan bingka. Paling ringkas buat ubi kayu goreng pedas, menu ini kalau dimakan panas-panas memang sedap sangat. Tapi nak lagi sedap ubi kayu goreng ini jangan goreng begitu saja.
Tambah sikit bahan ini supaya jadi lebih sedap dan ada rasa pedas-pedas sikit. Inilah yang buat makin enak tak boleh berhenti makan. Ini cara orang kampung buat ubi kayu goreng.
Cara buat ubi kayu goreng yang sedap
Bahan-Bahan:
1kg ubi kayu
Bawang putih
Serbuk kunyit
garam
Serbuk Cili
Bawang Merah
Putih Telur
Tepung Gandum
Ads
Cara Membuat:
1 kg ubi kayu dipotong dan direbus separuh empuk. Waktu rebus masukkan sekali bawang putih tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekali.
2. Bila sudah separuh empuk, tos airnya tapi tinggalkan sedikit supaya ubi lembap-lembap panas.
3. Gaulkan ubi kayu tadi dengan serbuk cili, bawang merah yang ditumbuk dan putih telur yang dipukul dengan garpu. Gaul sebati.
Ads
4. Kemudian tambah sedikit tepung gandum. Gaul rata.
5. Selepas gaul ubi dengan tepung terus goreng waktu ubi masih hangat.
Ads
6. Hasilnya ubi kayu goreng akan jadi lebih garing dan sedap. Makan begitu saja pun dah sedap tak perlu cicah gula atau sambal.
Sedapnya Putu Halba. Guna acuan lompang je! Bila tiba musim tengkujuh, kuih ni antara kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Maklumlah, bukan selalu dapat menikmati kuih ini.
Rupanya seakan Putu Piring namun mempunyai rasa yang berlainan. Memang sedap! Ia dihasilkan menggunakan ubi kayu segar yang diparut dan diadun bersama halba. Makan panas-panas, memang nikmati.
Nak cuba buat kuih Putu Halba sedap secara homemade? Jom lihat resipi perkongsian saudari Noor Amirah.
RESIPI PUTU HALBA HOMEMADE & SEDAP KUKUS GUNA ACUAN LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Pastikan keringkan air sebelum disagat. 2. Mesin atau sagat halus ubi kayu hingga habis. Paling mudah, guna mesin parut kelapa.
3. Ubi kayu yang siap diparut. Perah parutan ubi kayu tadi hingga betul-betul kering. Lebih mudah kalau perah guna kain.
4. Masukkan ubi kayu yang diperah tadi ke dalam bekas dan masukkan halba. Gaul rata. Pastikan teksturnya berderai. 5. Untuk memasak, ambil acuan lompang dan masukkan sedikit parutan ubi kayu.
6. Kemudian masukkan gula melaka dan akhir sekali, masukkan sekali lagi parutan ubi kayu.
7. Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. ( ubi kayu kelihatan kuning dan jernih, ia menunjukkan puti halba telah masak.)
8. Angkat dan hidangkan bersama kepala muda parut.
INFO: 2 kg ubi kayu akan dapat 60 biji putu halba bersaiz kuih lompang
Ramai yang suka makan Kuih Pulut Sekaya atau juga dikenali dengan nama Kuih Tok Aji Serban tetapi tak berani nak cuba masak sendiri di rumah kerana risau kuih ini sukar untuk dihasilkan. Jangan bimbang, sebenarnya mudah sahaja. Anda boleh rujuk resipi langkah demi langkah perkongsian saudari Asmida Nor. Lengkap dengan gambar. Barulah mudah untuk dirujuk. Jom cuba! Hasilnya memang enak dan beliau guna resipi ini untuk jualan juga. Selamat mencuba!
Karipap antara kuih yang disukai ramai. Tidak kira dihidang untuk sarapan mahupun minum petang. Inti di dalamnya boleh dipelbagaikan sama ada letak ayam dan kentang, sayuran ataupun sardin.Kalau beli pun belum tentu rasanya kena dengan cita rasa. Lebih baik buat sendiri. Apa yang penting dohnya sedap dan rangup.Boleh ikut cara puan Jamilah Nordin. Saiznya yang besar juga buat korang puas makan.
Kulit Karipap Bahan-bahan: 500g tepung gandum 1/2 cawan minyak 2 sudu besar marjerin/butter 1-2 sudu teh garam 175ml air ais(kurangkan @ lebihkan ikut keperluan) 1 sudu besar air kapur jernih 1 sudu besar shortening masukkan dalam minyak semasa menggoreng
Cara membuat: 1.Panaskan minyak,marjerin dan garam. 2.Tuangkan dalam tepung yang dah diayak, gaul rata.Dah agak sejuk gaul sebati dengan tangan,masukkan air kapur. 3.Tuang pula air ais sikit-sikit sampai jadi doh yang elok molek. 4.Boleh guna terus atau nak perap 1/2 jam dulu pun boleh.
Bahan inti sardin 1 tin kecil sardin 1 biji bawang besar -potong dadu 3 ulas bawang merah(tumbuk) 2 ulas bawang putih(tumbuk) 1 sudu besar cili kisar 4 sudu besar rempah kari daging/ikan 5-6 biji ubi kentang(dadu) daun bawang secukupnya daun kari gula,garam/perisa secukup rasa sikit air asam jawa minyak untuk tumis
Cara memasak: 1.Tumis bawang yang dah ditumbuk, masukkan daun kari, dah naik bau masukkan bawang besar,cili kisar dan rempah kari. 2.Dah cukup garing masukkan ubi kentang. 3.Tambah air secukupnya dan biar sampai ubi hampir empuk, baru masukkan sardin yang dah dilenyek. 4.Sesuaikan garam,gula dan perisa secukupnya ikut keperluan. 5.Masak sampai kering dan masukkan hirisan daun bawang. 6. Siap untuk dihidang. *minyak untuk goreng karipap jangan lupa masukkan 1sudu besar shortening.
Ketahui cara memilih kerang segar yang manis, berisi dan berkualiti. Ikuti 7 tip penting untuk memastikan kerang yang dibeli masih hidup, selamat dimakan dan lebih sedap dimasak.