Sedapnya dapat hirup panas-panas kuah Tomyam Putih Ala Thai ini. Masak satu lauk ini saja pun dah cukup. Berselera betul dapat makan dengan nasi putih. Makan dengan bihun pun sedap juga. Buat pedas sikit.
Menu ini resipi sihat, menggunakan kaedah rebusan. Cara membuatnya memang mudah dan cepat. Bahan pun mudah diperoleh. Tak perlu guna sebarang pes pun dah sedap.
Jom cuba buat menerusi resipi yang dikongsikan oleh Umi Watie ini.
Stew yang dimakan panas-panas memang merangsang selera. Lebih menyelerakan bila dihidang bersama roti.
Asyik makan lauk bersantan, nanti terlebih kolestrol pulak. Jom masak stew pulak ada kelainan bila dihidang pada tetamu yang berkunjung ke rumah. Chef Shahril Hj Mohd Sharip dan Chef Zul Azuwar sudi berkongsi 5 jenis stew enak dengan RASA.
1. STEW SAYURAN
BAHAN-BAHAN :
100gm lobak merah | dipotong kiub
100gm ubi kentang | dipotong kiub
100gm batang saderi | dipotong sederhana kecil
60gm cendawan shiitake
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dicincang
120gm halia | dimayang
4 sudu makan sos tiram
1 biji telur
Sedikit tepung jagung | dilarutkan dalam air
1 sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Sedikit perasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan ubi kentang dan lobak merah dan diikuti semua bahan sayuran bila kentang dan lobak merah sudah empuk sedikit. Campur sos tiram garam dan perasa
Pekatkan sup dengan tepung jagung, tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan.
Padamkan api dan titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup sayuran sesuai untuk mereka yang tidak menggemari daging
INFO CHEF : Lebih sesuai untuk sayur-sayuran berserat dan bertekstur keras.
2. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
500gm daging kiub (import) | rebus hingga lembut
100gm ubi kentang | dipotong kiub
100gm lobak merah | dipotong kiub
100gm batang saderi | dipotong kecil
60gm cendawan hitam
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dicincang
120gm halia | dimayang
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
Sedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air
1 sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa | jika suka
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Air rebusan daging dan air secukupnya
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang sehingga naik bau dan masukkan daging serta air rebusan daging dan air secukupnya.
Masukkan kentang dan lobak merah dan masak hingga empuk sedikit . Kemudian masukkann cendawan dan saderi.
Kemudian masukkan sos tiram,kicap pekat , garam, sedikit gula dan perasa
Pekatkan sup dengan tepung jagung yang dicampur sedikit air. Biarkan mereneh.
Titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Bila direneh lama, jus daging yang manis meresap dalam stew
INFO CHEF : Gunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang untuk mempercepatkan tempoh memasak.
3. STEW TAU FOO MERAH
BAHAN-BAHAN :
5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
2 batang saderi
1 peket sayur campuran
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dicincang
120gm halia | dimayang
4 sudu makan sos tiram
Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging
INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah bersahur jika anda tidak mahukan juadah yang berat atau berasaskan daging.
4. STEW AYAM SHIITAKE.
BAHAN-BAHAN :
500gm isi ayam | dipotong kiub
2 batang saderi
30gm cendawan shiitake | direndam
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dicincang
120gm halia | dimayang
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili giling
Sedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia hingga naik bau. Masukkan air secukupnya.
Masukkan isi ayam biar empuk sedikit dan masukkan cendawan dan batang saderi. Campurkan cili giling, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa.
Biarkan mendidih
Pekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan..
Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Gabungan ayam dan cendawan sedap dimakan panas dan amat enak.
INFO CHEF ; Boleh ditambahkan pelbagai sayuran lain untuk lebih berkhasiat dan lebih sedap.
5. STEW UDANG TAUCHOO.
BAHAN-BAHAN :
500gm isi udang
2 batang saderi | dipotong pendek
30gm cendawan shiitake | direndam dan dihiris
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dimayang
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili giling
3 sudu makan tauchoo
Sedikit tepung jagung | dicairkan dengan sedikit air
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya.
Masukkan isi udang, cendawan, saderi. Campurkan cili giling,tauchoo, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa . Biarkan mendidih
Pekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Masukkan telur dan kacau perlahan.
Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Penggunaan tauchoo ke dalam stew udang beri keistimewaan rasa
INFO CHEF : Kurangkan penggunaan garam kerana tauchoo sudah memberikan rasa masin.
RESIPI : CHEF SHAHRIL HJ MOHD SHARIP, Consultant Network & CHEF ZUL AZUWAR, A & Z 71 Catering & Event
Sos tomato antara sos yang sentiasa ada di rumah. Banyak masakan menggunakan sos ini dan apa yang menarik ia juga boleh dihasilkan sendiri secara homemade. Rasanya lebih asli kerana tiada penggunaan bahan kimia.
Bagi yang teringin merasai sos tomato homemade atau lebih gemar menggunakan bahan tanpa pengawet boleh cuba buat sendiri menggunakan panduan perkongsian Dr Maryam Aziz.
Sos tomato homemade
Sos tomato adalah antara bahan yang banyak sangat food additives. Jadi, ini pilihan mudah untuk buat sos tomato sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
2kg tomato segar
Minyak zaitun
Garam
Gula kabung
Basil
Cuka putih
Tepung jagung (kalau nak pekat)
Cara-caranya:
1. Beli tomato yang dah ranum, lembik sedikit pun ok.
2. Rebus dalam 5 minit sampai kulitnya mengelupas
3. Lalukan bawah air sejuk dan buang kulitnya.
5. Kisar tomato sehingga hancur. Kemudian masukkan gula kabung, separuh bulatan.
6. Letak dalam 2 sudu olive oil, sedikit basil.
7. Masukkan secubit garam dan tambah dalam 3-4 sudu besar cuka. Masak sambil kacau selama 30 minit sehingga jadi separuh dari isi padu asal. Kalau masih rasa cair boleh tambah sesudu tepung jagung. Rasa dan adjust supaya cukup masin manis.
8. Separuh yang sudah masak akan bekukan untuk dijadikan perencah masakan. Separuh lagi dalam bekas kecil untuk dihabiskan dalam tempoh 1-2 minggu (letak dalam fridge).