Daun sup memang selalu kita guna dalam masakan, jadi kalau tanam di rumah memang elok sangat. Jika tiada anak benih dari pokok induk kita cuba tanam dari biji benih.
Bagi memastikan pokok daun sup ini elok subur dan tak mati, ada penjagaan yang perlu kita ikuti. Kalau dijaga baik, pokok boleh hidup hingga 2 tahun.
Tanam pokok sup dari biji benih & penjagaannya supaya kekal subur
1. Sediakan tapak semaian, jika boleh gunakan tray semaian yang banyak dijual.
2. Sediakan benih, rendam selama satu malam (10 jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengaktifkan benih supaya mudah bercambah.
Tujuan rendam supaya kesemua benih mudah bercambah. Jika tidak mahu rendam tidak mengapa boleh terus tabur.
3. Toskan benih dengan tisu atau alat tos yang berlubang halus.
Ads
4. Basahkan tanah, semai biji benih daun sup (biji benih daun sup kecil jadi perlu bersabar semasa semai kerana benih halus).
Tutup dengan lapisan nipis tanah, siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, kemudian tray semaian atau bekas semai tadi letak di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.
5. Sekali lagi diingat tanam pokok daun sup kena bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.
Ads
6. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh dialihkan ke pasu atau bekas, letakkan tempat redup yg tidak terkena cahaya matahari yang terik.
Ads
7. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.
8. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup , siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.
9. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.
10. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.
Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang nak kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.
Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah, taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan kundang. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.
Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah dari berubah warna dan lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel. Oleh itu, selepas potong apel rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam.
Secara tidak langsung garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan. Selain itu, segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belimbing buluh bukan sekadar bahan masakan tradisional, ia sebenarnya antara buah tempatan yang kaya dengan khasiat luar biasa! Ramai mungkin tidak tahu bahawa di sebalik rasa masamnya yang menyegarkan, tersimpan pelbagai kebaikan belimbing buluh untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Belimbing buluh mengandungi vitamin C, kalium, serat, flavonoid dan antioksidan penting untuk sistem imun, pencernaan serta kesihatan tubuh. Ia membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas dan mengekalkan tenaga harian. Pendek kata, buah kecil ini memang padat dengan nutrien!
Kandungan kalium dalam belimbing buluh membantu mengimbangi paras natrium dalam badan dan melebarkan salur darah, sekaligus menurunkan tekanan darah tinggi. Ia sesuai untuk anda yang ingin mengawal tekanan darah secara semula jadi.
Serat larut dalam belimbing buluh melambatkan penyerapan glukosa dan membantu menstabilkan paras gula darah. Amalan ini sangat baik untuk mereka yang sedang menguruskan diabetes atau mahu mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Jika anda sedang berdiet, cuba masukkan belimbing buluh dalam menu harian. Buah ini memberi rasa kenyang lebih lama tanpa menambah kalori tinggi. Rahsia mudah ini membantu anda mengawal nafsu makan dan menurunkan berat badan dengan cara sihat.
Belimbing buluh mempunyai sifat antibakteria dan antivirus yang membantu menjaga kesihatan mulut, gusi serta mengurangkan risiko jangkitan bakteria dalam badan. Ia boleh dijadikan amalan semula jadi untuk meningkatkan imuniti tubuh.
Tinggi dengan vitamin C, belimbing buluh merangsang penghasilan sel imun dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap selesema serta jangkitan harian. Pengambilan secara sederhana memberi perlindungan semula jadi kepada sistem imun anda.
Serat dalam belimbing buluh membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan sembelit. Minum jus belimbing buluh suam selepas makan juga membantu melegakan perut yang terasa berat.
Antioksidan seperti flavonoid dalam belimbing buluh berperanan menghalang pengoksidaan kolesterol jahat (LDL) yang menjadi punca utama masalah jantung. Amalan kecil ini memberi kesan besar kepada kesihatan jantung anda.
Belimbing buluh menyokong proses detoksifikasi hati dengan meningkatkan aktiviti enzim penting yang membantu hati menyingkirkan toksin. Ia membantu badan ‘flush’ toksin dengan lebih berkesan dan kekal segar sepanjang hari.
Sifat anti-radang dan antimikrob dalam belimbing buluh menjadikannya bahan semula jadi untuk melegakan batuk, sakit tekak serta merawat masalah kulit seperti jerawat dan panau. Sapuan luar atau jus segar boleh digunakan sebagai rawatan semula jadi.
Walaupun banyak kebaikan belimbing buluh, ia mengandungi asid oksalat yang tinggi. Pengambilan berlebihan boleh membebankan buah pinggang dan meningkatkan risiko batu karang, terutama bagi mereka yang ada masalah ginjal.
Ambil dalam kuantiti sederhana, tidak lebih daripada 5 biji sehari. Ia sudah memadai untuk menikmati semua manfaat belimbing buluh tanpa mudarat.
Kesimpulannya, belimbing buluh bukan sekadar penambah rasa dalam masakan, tetapi juga superfood tempatan yang sarat dengan manfaat kesihatan. Kuncinya ialah kesederhanaan — jadi lain kali anda nampak belimbing buluh di pasar, jangan pandang sebelah mata kerana buah kecil ini menyimpan khasiat luar biasa untuk tubuh anda!
Selalu kita hanya beli tauhu cukup-cukup untuk sekali masak sahaja. Kita tak nak beli banyak sebab bimbang tauhu rosak sekali gus merugikan kita. Nah, RASA kongsikan tip cara simpan tauhu supaya tauhu lebih tahan lama.
1. Ketika membeli tauhu pastikan bahagian luar tauhu tidak berlendir.
2. Cium bau tauhu. Jika bau kurang menyenangkan, jangan beli.
1. Setelah beli dan sampai di rumah, terus bersihkan tauhu di bawah air mengalir, kemudian toskan.
2. Simpan tauhu dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais.
3. Tip tauhu tahan lebih lama. Isikan air dalam bekas simpanan tauhu. Pastikan semua bahagian tauhu terendam sepenuhnya.
4. Tukar air setiap hari.
5. Jangan potong tauhu. Potong hanya apabila hendak digunakan sahaja.
Mudahkan? Dengan cara ini korang boleh simpan tauhu lebih lama. Sekurang-kurangnya tiga hari boleh tahan dalam peti ais.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!