Pernah atau tidak, ketika anda menggoreng ayam ia tidak masak? Atau ketika anda makan di kedai, ayam goreng yang anda pilih masih ‘berdarah’ dan kurang masak? Ada masanya memang akan terjadi kejadian ayam goreng kurang masak. Ayam mentah tidak elok untuk dimakan kerana ia akan menyebabkan keracunan makanan. Hari ini, RASA ingin berkongsi panduan menggoreng ayam yang boleh anda jadikan panduan.
CARA GORENG AYAM YANG SEMPURNA
1. PERHATIKAN SAIZ AYAM
Jika tidak terlalu besar, boleh terus digoreng. Seandainya saiz ayam agak besar, anda boleh merebusnya terlebih dahulu sebelum digoreng.
Ads
2. MASAK DENGAN API SEDERHANA
Ketika panaskan minyak, anda boleh gunakan api besar. Kemudian segera kecilkan api ketika memasukkan ayam. Selepas 2-3 minit, kuatkan api ke sederhana dan teruskan goreng ayam sehingga masak.
3. GUNAKAN MINYAK YANG BANYAK
Minyak yang banyak dapat ‘merendam’ ayam dan membuat isinya masak rata. Jika mahukan hidangan lebih sihat, gantikan minyak masak biasa dengan minyak biji bunga matahari, kanola atau minyak jagung.
4. CUCUK DENGAN GARFU
Sebelum goreng ayam, cucukkan dengan garfu supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.
5. BIARKAN SEKETIKA
Jika ayam disimpan dalam peti sejuk beku, pastikan anda membiarkan ia lembut dengan betul sebelum digoreng. Ayam beku hanya akan masak di bahagian luar saja ketika digoreng sedangkan isi dalam masih mentah.
Diharapkan kelima-lima tip ringkas ini dapat membantu anda untuk menghasilkan ayam goreng yang masak sepenuhnya. Selamat mencuba.
Ads
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Papan pemotong terutamanya yang plastik memang mudah kotor dan menjadi kehitaman lebih-lebih lagi jika ia banyak digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Kadang-kala jika dicuci dengan sabun pun kesannya masih tidak tanggal.
Berikut adalah cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong plastik anda. Memang nampak macam baru! Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA MUDAH BERSIHKAN PAPAN PEMOTONG LAMA SUPAYA NAMPAK BARU
Limau nipis
Baking soda
Cuka
CARA-CARA:
Ambil limau dan belah dua.
Kemudian ambil Baking Soda dan tabur pada permukaan papan pemotong.
Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh guna berus besi untuk menyental.
Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.
Tonton video cara-cara nak bersihkan papan pemotong:
Sedapnya masakan berasaskan sotong kembang. Lebih-lebih lagi sotong masak sambal tumis cukup rasa pedas, manis dan masamnya.
Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan tidak berbau.
Ikut langkah ini, pastikan sambal tumis sotong anda semakin enak nanti:
1. Pilih sotong yang segar dan cuci bersih.
2. Siapkan bahan-bahan ini untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong.
4 batang serai
2 ini halia
1 labu bawang besar,
1 inci lengkuas,
5 ulas bawang putih.
Kesemua bahan tadi di potong-potong.
Letak sedikit garam
3. Didihkan air sehingga naik bau dan masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak.
Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang dibahagian atas si sotong
5. Kemudia tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
7. Seterusnya potong mengikut saiz yang anda suka. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Nota: Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong
ini tidak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.
Sumber: Mariberkongsi
RESIPI SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan-bahan:
2 ekor sotong kembang ~ bersihkan dan dipotong ikut suka. Jerangkan air dan celur sotong. Jika tidak, kita memerlukan masa yang lama untuk mengeringkan sambal kerana sotong ini banyak mengeluarkan air.
1 senduk besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang kecil *
1 inci belacan *
asam jawa, garam & gula
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan anggaran 1 senduk minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit
garing dan campuran dengan bahan kisar yang bertanda (*)
2. Masukkan asam jawa, garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan sotong yang telah ditoskan bersama bawang besar yang dihiris
bulat. Kacau rata dan biarkan ia merenih sekejap sebelum diangkat.
Biasanya dapur di rumah jarang bersih berkilat begini, pasti akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.
Melihat perkongsian Dapur Pak San yang berkilat macam baru ini mesti ramai yang tertanya-tanya apa tip yang digunakan. Ini cara yang beliau kongsi.
Guna cara ini supaya dapur bersih, berkilat macam baru
Ramai bertanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Ini caranya;
1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.
2. Kemudian sabun cecair cuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena semua tempat.
3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur (boleh lihat gambar di atas)
4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.
5. Nak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.
Nampak macam ayam sambal tapi bukan. Ayam sira pedas ini berbeza rasa dan masakannya. Menurut Fuza Abas yang berkongsi resipi ini rasanya pedas, manis dan lagi sedap jika dimakan dengan daun kari yang ditabur di atasnya.