Kuih bakar memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun, agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri? Tak susah pun. Jom cuba!
KUIH BAKAR TRADISI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
3 biji telur
2 cawan santan ( empunya resipi guna santan Kara)
1 cawan air ( kisar bersama 6 helai daun pandan) – tapis
Secubit garam
Pewarna hijau jika suka
Bijan sangai secukupnya – hiasan
CARA MEMASAK:
Ads
1. Satukan semua bahan( kecuali bijan sangai) ke dalam mangkuk. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.
2. Sapu sedikit minyak pada loyang. ( empunya resipi panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat).
3. Tuang adunan kuih bakar dan tabur bijan sangai.
Ads
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 180C selama 40 minit.
Ads
5. Untuk menikmatinya, biarkan kuih sejuk sedikit terlebih dahulu dan baru dipotong.
Kuih puding jagung yang enak di hidangkan ketika sejuk dan dinikmati untuk minum petang. Sangat sedap dan mudah untuk disediakan,. Anak dara dah boleh mula belajar buat kuih pertama untuk keluarga tercinta ibu jadi pemerhati ya.. Selamat mencuba!
1. Masukkan gandum, gula pasir, soda bikarbonat dan yis dalam satu mangkuk. Gaul-gaul sehingga semuanya sekata.
2. Masukkan air. Tuang sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.
3. Tambah secubit garam halus. Kacau lagi. Jangan lupa masukkan sekali telur. Kacau lagi sampai sebati. 4. Kalau suka, boleh titiskan pewarna kuning sikit. Tak suka tak apa. Kacau laju-laju selama 5 minit, kemudian biarkan dalam ½ jam.
5. Panaskn kuali non-stick. Tak perlu sapu minyak, tuang adunan ikut tebal mana yang disukai.
6. Leretkan adunan di bahagian tepi kuali biar dapat kesan rangup nanti. Tunggu sampai dia berlubang-lubang. Api kena pandai kawal tau, jangan besar sangat, jangan kecil sangat. 7. Kemudian, letak marjerin, gula, kacang tanah tumbuk dan jagung krim. Kalau suka jagung tu boleh digaul dulu dengan susu pekat manis tapi saya tak suka sebab gula tu pun dah cukup manis. Tapi kita boleh pilih antara dua pun, nak manis gula atau nak manis susu pekat.
8. Akhir sekali, apabila sudah masak, lipat dua. Kalau terlebih letak marjerin, beginilah kejadiannya (seperti dalam gambar).
Ada ke peminat Masala Vadai dekat sini? Tapi ada juga yang panggil Masa Lodeh.
Tidak kiralah apa nama yang anda berikan, kuih ini antara yang menjadi favourite dan teringin untuk buat sendiri.
Bila buat sendiri walaupun rupa mungkin tak sama dengan di kedai, tapi lagi puas hati kan kalau masak sendiri. Kita boleh nak lebihkan bahan tertentu dan juga adjust biar kena dengan tekak sendiri.
Jom ikut resipi dan step-by-step daripada Ekin Razman ini. Nampak masala vadai yang dibuat sangat sedap dan gemuk-gemuk.
MASALA VADAI
BAHAN-BAHAN:
500gram kacang dhal | rendam semalaman dan dikisar 2 biji bawang besar | potong dadu – beli online di sini 10 helai cili kering | dihiris halus – beli online di sini 10 biji cili padi | dihiris halus 10 tangkai daun kari | dihiris halus – beli online di sini 2 sudu besar jintan manis | tumbuk sikit bagi bau wangi – beli online di sini 1 sudu garam
*Tips untuk kacang dhal:
1. Rendam semalam dengan air dan tapis hingga kering. 2. Asingkan sikit yang belum dikisar untuk dapat effect kacang dhal yang kasar sebiji-sebiji macam dalam gambar.
3. Kisar kacang dhal guna pengisar kering. Kalau terlalu berair, susah untuk dibentukkan.
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan semua bahan di atas ke dalam satu bekas. Masukkan juga kacang dhal yang belum dikisar. Gaul sehingga semuanya sebati.
2.Setelah semuanya sekata, ambil adunan dan bentukkan mengikut saiz yang dikehendaki.
3.Panaskan minyak. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.