
Sedapnya minum petang ditemani kuih muih yang disukai. Nikmat tak terkata. Kalau suka makan kuih tepung talam boleh cuba cara ini . Biasa buat tepung talam guna tepung gandum tetapi boleh saja guna tepung beras. Rasa memang tidak menghampakan.
Tepung Talam
Bahan²(lapisan bawah)
3 cwn tepung beras(cap gajah tiga)
2 sbtpg ubi
1 sk kapur mkn
1 cwn gula merah
1/2 cwn gula putih
6 cwn air.
Cara memasak:
1.Gula merah dan gula putih dimasak dgn 3 air.dah mendidih sejukkan..
2.Kemudian campurkan air gula kedlm tepung tadi bersama 3 cwn air…kemudian tapiskan..dan kacaukan seketika di atas api.
3.Loyang hendaklah disapu dgn minyak..bila kukus dah mendidih masukkan loyang dan tuang adunan kedlm nya..
4.kukus selama 20-30minit.bila dah masak calarkan ngan garpu bila nk tuang adunan lapisan atas..
Bahan² lapisan atas.
2cmn tpg beras
2sb tpg jagung
5 cwn santan
Sedikit garam.
Cara memasak:
1.Satukan semuanya..dan kacau diatas seketika..
2.Kemudian blh la dituangkan atas lapisan bawah td…
3.Kukus selama 20-30 minit lg..
Selamat mencuba.
Loyang ikut suka….
Credit : Norlela Abdul Lahak’
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tak Perlu Banyak Bahan, Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap & Mudah!

Nak makan lauk sihat, simple tapi sedap? Resipi Ayam Rebus ni antara ang teraik untk anda cuba. Ia antara menu paling mudah tapi tetap enak. Sesuai dimakan dengan nasi putih panas-panas atau dijadikan lauk tambahan. Jom cuba resipi ringkas perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK AYAM REBUS YANG SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN PERAP:
- 1 ekor ayam / beberapa ketul ayam (ikut selera)
- 1 ulas bawang putih – ditumbuk
- Sedikit halia – ditumbuk
- Sedikit garam
BAHAN SAMPINGAN:
- Chili flakes (ikut tahap kepedasan) – beli online disini
- Sedikit rosemary (jika ada) – beli online disini
- Serbuk perasa / chicken stock
- Daun ketumbar (optional, untuk aroma segar)
- Sedikit sos tiram – beli online disini
- Air secukupnya
CARA MEMASAK AYAM REBUS:
1.Ambil ayam, bersihkan kemudian gaulkan dengan semua bahan perap. Biarkan selama 30 minit.

2. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk.
3. Tuangkan air hingga paras ayam.
4. Masukkan semua bahan sampingan. Kacau rata.

5. Rebus ayam sehingga kuah menyusut, kering sedikit dan menjadi pekat.

6. Angkat dan Ayam Rebus siap untuk dihidangkan.

INFO: Nak lebih wangi, semasa rebus boleh tambah hirisan daun bawang atau serai. Hidangkan dengan nasi panas dan sambal kicap, memang padu!
Kredit resipi & foto: Tuan Adriana Arissa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

Di musim perayaan ini, bila adik beradik yang dekat datang berkumpul pastinya kita akan masak dalam jumlah yang banyak. Namun ada juga yang ragu-ragu tentang cara dan teknik memasak nasi ni. Maklumlah, biasanya masak nasi dalam 1-2 pot sahaja sehari. Panduan masak nasi dalam jumlah yang banyak, gebu dan lambat basi yang dikongsi oleh Noorastella Muhamma ni boleh dicuba. Pasti puas hati.
TUTORIAL MASAK NASI PUTIH YG MUDAH, GEBU BERDERAI SEBIJI-BIJI,
TAHAN LAMA, SEDAP DAN WANGI.

1. Isikan air dalam periuk hingga penuh. Masak atas dapur gas hingga mendidih. Ia bertujuan untuk nasi yang tahan lama dan tidak cepat basi.

2. Bila air mendidih, buang air panas tersebut di dalam sinki. Boleh juga letak daun pandan semasa merebus supaya berbau wangi.

3. Lap kering periuk nasi tersebut dan isikan dengan kuantiti beras yang ingin dimasak. Dalam gambar ini, jumlah untuk masak 3 kilo beras sekaligus. Pastikan periuk anda mampu menampung jumlah beras yang ingin anda masak.

4. Basuh bersih-bersih beras yang hendak di masak. Pastikan beras dicuci berkali-kali sampai air basuhan betul-betul jernih dan semua kekotoran/kutu hilang.

5. Setelah siap basuh bersih beras, teknik mengukur sukatan air yang paling tepat adalah dengan menggunakan jari tengah. Masaklah berapa banyak beras pun, 1 kg, 3 kg, 5 kg, 10 kg sekaligus. Tekniknya TETAP SAMA. Ukur menggunakan jari tengah. Tidak perlu ukur beras di bawah dasar periuk, cuma ukur ketinggian air sahaja. Sebelum ukur air, pastikan ratakan dahulu permukaan beras.

6. Kaji beras yg anda gunakan.
- Beras biasa (tidak keras tidak lembik), sukatan air betul-betul di tengah garisan jari tengah.
- Beras yang perlu guna banyak air, sukatan air guna garisan atas jari tengah.
- Beras yang jenis lembut, kurangkan penggunaan air. Gunakan garisan bawah jari tengah.
Kawan-kawan boleh rujuk gambar jari tengah yang saya ikat gunakan getah untuk memudahkan kawan faham sukatan air beras.

7. Saya gunakan beras biasa. Sukatan air betul-betuldi tengah garisan jari tengah.

8. Masukkan sedikit garam. Bagi jumlah beras 3 kilo, masukkan 2 sudu teh garam. Kemudian ratakan. Garam ini bertujuan agar nasi yang masak menjadi tahan lama, sedap dan kenyal.

9. Kemudian masukkan beberapa helai daun pandan untuk aroma nasi yang wangi dan menyelerakan.

10. Bila nasi sudah masak (suis periuk nasi telah naik), kais-kaiskan nasi supaya nasi masak secara rata. Wap yang terkumpul akan keluar dan nasi tidak akan lembab. Inilah petua menghasilkan nasi yang cantik dan tidak cepat basi.

Selamat mencuba!
Kredit petua & foto: Noorastella Muhamma.
Resipi Boko Ubi Kayu Gula Merah Guna Sukatan Cawan

Suka makan Kuih Tepung Boko Ubi Kayu Gula Merah? Seperti yang kita tahu, nak buat kuih ini memerlukan kita memarut ubi kayu hingga halus. Lenguh tangan. Namun sangat berbaloi segala kepenatan tu bila makan kuih yang sedap. Nak cuba? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipi serta cara-caranya. Sangat sesuai dijadikan hidangan keluarga. Malah jika diletak dalam bekas-bekas kecil seperti di bawah ini, ia boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk sebarang majlis keraian malah boleh juga dijadikan produk jualan. BOleh juga menggunakan loyang. Ikut kesesuaian. Berbaloi kan? Jom tengok resipi.
CARA MUDAH BUAT KUIH BOKO UBI KAYU GULA MERAH LEGEND

BAHAN BOKO UBI (LAPISAN BAWAH):
- 3 cawan ubi
- Pati ubi yang mendap
- 3 cawan air
- 1 cawan gula merah – beli online disini
- 1/2 cawan gula pasir atau ikut manis yang disukai – beli online disini
- 2-3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1.Parut ubi kayu, perah kemudian baru disukat sebanyak 3 cawan. Ambil sekali pati yang mendap dari perahan tadi. Airnya dibuang.
2.Satukan gula merah, gula pasir, air dan pandan. Masak sehingga larut,
3.Kemudian tapi. Sejukkan larutan gula terlebih dahulu.
4.Setelah sejuk, tuang ke atas parutan ubi. Masukkan juga pati ubi kemudian gaul semua bahan hingga rata.
5.Masukkan adunan ke dalam bekas-bekas kecil, kemudian kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan terlebih dahulu.

BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1/2 cawan tepung beras – beli online disini
- 4 cawan santan – beli online disini
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan sebatikan.
2.Masak guna api sederhana hingga adunan pekat dan meletup-letup.
3.Adunan haruslah sentiasa dikacau untuk mengelakkannya berketul.
4.Tuang adunan ke atas boko ubi tadi. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


