Pernah dengar nama tepung Hun Kwe, fungsinya hampir sama dengan tepung jagung, namun fungsinya untuk memberikan tekstur kenyal menjadikan talam atau kuih muih yang korang kukus menjadi lebih cantik dan kemas bila dipotong atau dikeluarkan dari acuannya. Selain memberikan tekstur yang lembut kenyal, campuran tepung Hun Kwe juga menjadikan kuih lebih sedap dan mudah disediakan. Kalau korang nak cuba, berikut RASA kongsikan dua resipi yang menggunakan tepung Hun Kwe.

2 Menu Kuih Dari Tepung Hun Kwe, Rasa Sedap & Tekstur Lembut Gedik
.

KUIH HUN KWE NANGKA
BAHAN-BAHAN:

  • 60gm tepung Han Kwe
  • 600ml santan | serdahana cair
  • 120gm gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 10 biji nangka | potong dadu-dadu kecil

BAHAN LAPISAN HIJAU:

IKLAN
  • 30gm tepung Hun Kwe
  • 300ml air
  • 60gm gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 3 titik pes pandan

CARA MEMASAK:

  1. Untuk lapisan putih, bancuh tepung Hun Kwe dengan bahan lain kecuali nangka.
  2. Masak atas api kecil sambil terus kacau hingga mendidih dan meletop-letop.
  3. Masukkan nangka, kacau lagi.
  4. Tutup api, tuangkan ke dalam acuan yang sudah dicuci dengan air supaya ia tak melekat.Tuangkan hingga 3/4 acuan.
  5. Seterusnya sediakan lapisan hijau, bancuh tepung Hun Kwe dengan baha lain.
  6. Renehkan atas pi kecil sambil dikacau hingga meletup-letup kecil.
  7. Tuangkan dalam acuan yang sudah beriei adunan putih tadi.
  8. Biarkan sejuk, lebih sedap jika disimpan dalam peti sejuk.
  9. Kelaurkan dari acuan bila sedia dihidangkan.
    by
    @fridajoincoffee

2 Menu Kuih Dari Tepung Hun Kwe, Rasa Sedap & Tekstur Lembut Gedik
.

IKLAN

HUN KWE PANDAN PISANG
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Pisang Abu secukupnya, | kukus dan potong.

ADUNAN HUN KWE:

  • 45gm tepung Hun Kwe
  • 1/2 sudu teh agar-agar serbuk tanpa warna
  • .350ml santan
  • 100gm gula pasir
  • Secubit garam
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

ADUNAN HUN KWE PANDAN:

  • 45gm tepung Hun Kwe
  • ½ sudu teh agar-agar serbuk
  • 150ml santan yang dikisar dengan daun pandan.
  • 100gm gula pasir
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Letakkan hirisan pisang di dalam acuan, letakkan ke tepi.
2. Kemudian sediakan adunan Hun Kwe putih dengan cara campurkan semua bahan, kacau rata.
3. Renehkan atas dapur dengan api kecil.
4. Sentiasa kacau hingga aduanan mendidih dan meletup-letup kecil. Tutup api.
5. Seterusnya buat adunan Hun Kwe pandan, cara penyediaan sama dengan adunan putih tadi.
6. Setelah masak tutup api.
7. Tuangkan aduan putih dan pandan ikut kreativiti ke dalam acuan.
8. Sejukkan, kemudian keluarkan dari acuan bila sedia dihidangkan.
. By :
@birgittawang_ .

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI