Berpengalaman sebagai doktor perubatan di beberapa hospital kerajaan selama 19 tahun dan kini Datin DR. Suffia Hany Mohd Amin lebih selesa bergelar doktor estetik anti aging. Menurut beliau klinik estetik ditubuhkan memandangkan tren dan permintaan di mana wanita mahu menambah keyakinan diri . “Pentingnya wanita bila cantik, dia lebih yakin dan tumpukan perhatian terutama rumah tangga dan pekerjaan. Suri rumah juga nak cantik, mahu suami lihat dirinya,” cerita beliau.
Berkongsi rutin harian, wanita hebat, ini mempunyai cara tersendiri untuk melegakan tekanan dan kepenatan dirasai. Memasak bukan hanya kewajipan malah sebagai terapi diri buat beliau. Akuinya memasak beri kepuasan.
Alangkah baiknya sekiranya anda boleh memasak sendiri meskipun penat! Apa yang penting, khasiat makanan tetap terpelihara kerana kita sendiri yang menetapkan bahan masakan. Memasak sendiri bukan saja dapat menjaga tahap kebersihan, malah kita boleh mengatur dan memilih menu sihat untuk seisi keluarga.
“Jika tiada apa -apa urusan, saya balik dan memasak. “ Memasak yang simple tidak terlau banyak menu, mungin dua lauk. Ibu mertua juga tinggal bersama saya. Jadi bila balik mama dah masak satu lauk. Bila balik saya masak satu atau dua lauk tambahan. Suami memang suka makan di rumah kecuali kalau ada mesyuarat balik saya tidak memasak,” jelasnya.
Akui beliau, memasak di hujung minggu sudah menjadi kemestian. “ Saya suka masakan yang pedas, suami orang Kuala Pilah. Dia suka masakan yang bercili dan pedas. Manakala saya orang Selangor suka masakan bersambal seperti sambal udang, ikan bilis dan sardin itu memang kegemaran saya. Anak -anak juga sudah biasa dengan masakan sebegini, yang pedas.
Arwah emak yang juga guru masakan banyak dorong beliau untuk memasak. Katanya perempuan walau tinggi mana belajar, kena tahu memasak. Dari darjah satu sudah didedahkan dengan hal di dapur. Bila masuk tingkatan satu emak masukkan saya sekolah untuk pelajari ilmu sains rumah tangga. Semakin mendalam ilmu masakan dipelajari,” ceritanya.
Lebih menyukai masakan lauk pauk melayu berbanding masakan barat. Dalam memasak perlu ada rasa kasih sayang. Bagi beliau persediaan untuk memasak sama seperti mana hendak keluar bekerja, lengkap tidak bersikap cincai. Di samping amalan selawat dan zikir menambah kesedapan pada masakan yang disediakan.
Ads
Sudah dibiasakan dengan arwah emak tidak menyimpan pes masakan seperti mana ibu bekerjaya yang lain. Semasa proses memasak, waktu itu juga dibuat semua, tumbuk bawang , kisar cili dan sebagainya. Masakan yang dikongsi beliau ialah masakan Nogori yang jadi kegemaran suami manakala menu sambal jadi kegemarannya. Sambal udang cara beliau di mana sambal dimasak sehingga pecah minyak,hingga cili terasa ringan baru betul masak. Untuk menu sambal udang ini beliau tidak meletak belacan tetapi sebaliknya sambal bilis diletakkan belacan.
TEMPOYAK SAMBAL DAUN KAYU N.9 Bahan-bahan:
1 ikat pucuk ubi
8 batang serai
5 helai daun kunyit
10 helai daun pucuk kaduk
15 helai pucuk labu
500gm tempoyak
200gm cili api kampung
4 papan petai
1 inci kunyit hidup
Garam & gula secukup rasa
Santan dari 1 1/2 biji kelapa
Cara memasak:
Tumbuk cili api bersama kunyit hidup dan garam dalam lesung hingga lumat, ketepikan.
Hiris serai halus-halus, kemudian tumbuk dalam lesung separuh hancur.Hiris semua sayuran halus-halus.Untuk pucuk ubi pula, bila dah hiris, basuh dan ramas dengan garam kasar, untuk hilangkan lendir dan air hijau daun ni.
Panaskan kuali ,masukkan cili padi kacau dan lepas tu masukkan petai. Kacau dan biar lebih kurang 1 minit.
Masukkan pula santan. Masak sehingga santan hampir masak dan mendidih, baru masukkan sayur – sayuran yang telah dihiris tadi .
Masukkan pula tempoyak dan cili merah yang telah dihiris. Kacau sebati dan masak hingga rasa santan dan tempoyak itu sebati. Dalam masa 5 minit, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API Bahan-bahan: 1 kg daging salai 4 batang serai 2 biji kelapa 1 ketul lengkuas Cili padi kampung 1 biji mangga 2 inci kunyit hidup Cara memasak:
Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk beserta daging salai dan reneh sebentar sambil digaul dengan sudip
Tuangkan santan ke dalam periuk bersama serai. Sentiasa kacau
Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka.
Apabila mendidih, kacau sehingga rata. Masak di atas api perlahan selama sejam sehingga daging empuk . Sedia untuk dihidang .
SAMBAL UDANG Bahan-bahan : 1 biji bawang besar | dikisar halus 3 ulas bawang putih | dikisar halus 10 tangkai cili kering | direbus & dikisar halus 20 ekor udang | ikut kesesuaian ¼ Gula Melaka Sedikit asam jawa Garam secukup rasa
Ads
Cara memasak:
Kisar halus bawang besar, bawang putih, cili kering yang sudah direbus dengan sedikit air
Kemudian masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi. Tumis sambal sehingga masak dan naik minyak. Jangan sampai hangus.
Masukkan air asam jawa (dalam secubit asam jawa). Gaul rata
Kemudian masukkan pula Gula Melaka dan garam secukup rasa
Bila dah masak, masukkan udang ke dalam tumisan tadi. Tunggu hingga udang masak
Kalau nak kuah lebih, tambah air sedikit ke dalam masakan. Garam ,Gula Melaka kena sesuaikan secukup rasa. Gaul dan tunggu hingga masakan sebati.
Boleh angkat dan hidang
FRESH FRUIT TART
Bahan-bahan : 170g mentega – suhu bilik 50gm gula aising 1 biji telur gred C 290gm tepung gandum 1 sudu kecil vanilla 200ml whipping cream – Non Diary putar hingga kental strawberi/kiwi/blueberi secukupnya
Cara memasak:
Ads
Sebatikan mentega dengan gula guna senduk kayu, masukkan telur dan vanilla, sebatikan.
Masukkan tepung sikit-sikit dan kacau biar sebati hingga jadi doh yang lembut.
Ambil sedikit adunan, tekan dalam acuan tart biar kemas, cucuk sikit dasar tat dengan garfu.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu 10 minit dengan suhu 170 C selama 13-15 minit atau hingga sedikit perang, sejukkan dulu.
Isi whip cream dan susun buah ikut cita rasa, sedia untuk dihidang.
Percaya atau tidak selain pakar dalam bisnes Datin Furyna pengasas produk kecantikan dan kesihatan Syarikat AuraWhite Global Sdn Bhd yang jelita dan kecil molek ini, juga pakar memasak, hinggakan suami dan ahli keluarganya serta sanak saudara dan rakan-rakan mengakui keenakan air tangan belia. Antara yang terbaik dan jadi sebutan adalah Ayam Masak Merah dan Sambal Paru. Kalau korang nak tau apa istimewanya Ayam Masak Merah Datin Furyna, boleh cuba resipi yang dikongsikannya ini.
.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana
100gm buah badam | kisar
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 biji cli merah | hiris serong
2 sudu makan puri tomato
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan cili kering kisar
2 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3cm halia
2cm lengkuas
3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga 3/4 masak.Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
Tambah puri tomato dan sos cili, kacau rata.
Tambah ayam tadi dan gaul rata, kemudian tambah air asam jawa dan santan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
Sedia dihidangkan.
.
SAMBAL PARU
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang Holland | hiris bulat
5 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
Air tangan VIP kali ini mendekati Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Selangor merangkap Ketua Biro Ekonomi Wanita PKR Malaysia. Dalam masa yang sama wanita ayu ini juga adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Namun dalam kesibukan menggalas tiga tanggungjawab ini, Datin Anizan Othman tetap menjadikan aktiviti memasak sebagai rutin hariannya di rumah. RASA sempat menikmati juadah air tangannya yang enak.
.
Tiga juadah sudah dihidangkan adalah Rendang Kerang Semadi, Udang Petai Tempoyak Bonda pencuci mulut Sagu Sayang Bermandi Santan. Wah, hebat sungguh ‘penjenamaan’ semula nama resipi olahan Datin Anizan, puitis juga orangnya.
Untitled design (19).
“Resipi yang saya masak hari ini kesemuanya kesukaan anak-anak yang juga penggemar makanan laut . Sebenarnya semua orang boleh memasak, orang tak pandai masak pun boleh buat. Nak masak ni kena rajin, antara nak dengan tak hendak sahaja. Saya pun taklah pakar sangat dalam bab memasak tetapi kita kena ambil tahu hal memasak ni,” kata ibu kepada empat cahaya mata yang sudah dewasa dan remaja.
Ceritanya lagi arwah ibunya memang pandai memasak. “Arwah taklah mengajar saya secara langsung dan tidak pernah mendesak anak memasak, tetapi ibu gemar menegur jika ada yang terkurang rasa setiap kali menikmati masakan saya. Alhamdulillah, ibu memang suka masakan saya, dia beri kepercayaan penuh dalam bab memasak ini kepada saya, “ujarnya lagi yang baru ‘kehilangan’ ibunya pada tahun lalu.
Di antara petua memasak yang menjadi amalannya ialah bila memasak rendang batang serai hanya diketuk tetapi jika untuk daging serai perlu dikisar. Kerang juga perlu dibasuh sebelum rebus, dan usah basuh selepas mengopek kerana ia menyebabkan kerang hilang manisnya. Bagi udang masak tempoyak pula Datin Anizan lebih suka menggoreng petai sebentar sebelum dimasukkan dalam masakan untuk menghilangkan rasa pahitnya.
Bagi isteri kepada ahli perniagaan Dato Rosdin Datuk Mohd Yusof, 54 tahun ini beliau sentiasa mementingkan selera suami dan anak-anak apabila memasak. Air tangan isteri dan ibu itu juga mungkin antara penguat kasih sayang yang menceriakan keluarga bahagia ini.
RENDANG KERANG SEMADI
BAHAN-BAHAN :
2kg kerang | direbus, kopek dan ambil isi
1 biji kelapa | dibuat santan pekat
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan kicap manis
1 helai daun kunyit | diracik halus
3 helai daun limau purut
2 batang serai | diketuk
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Bahan kisar :
3 sudu makan cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1. 3sm halia
1.3 sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar, bila pecah minyak masukkan kicap manis
Masukkan air asam jawa.
Masukkan kerisik, santan dan serai.
Bila santan hampir kering masukkan kerang dan garam secukup rasa
Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
UDANG PETAI TEMPOYAK BONDA
.
BAHAN-BAHAN :
1kg udang saiz sederhana
3 papan petai dibuang kulit | digoreng separuh masak
½ cawan tempoyak
½ cawan santan
½ cawan air
3 sudu makan minyak masak
1 helai daun kunyit | diracik
½ sudu gula
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
1.3sm kunyit hidup
1.3sm halia
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan tumbuk
Masukkan air, santan dan tempoyak
Bila pecah minyak dan sedikit kering masukkan gula dan petai
Kemudian masukkan udang, garam dan daun kunyit
SAGU SAYANG BERMANDI SANTAN
BAHAN-BAHAN :
300gm sagu mata ikan
Sedikit Pewarna merah
Santan pekat secukupnya
Secubit garam
3 ketul gula Melaka
CARA MEMASAK :
Sagu dibasuh bersih, kemudian direbus di atas api sederhana.
Masukkan pewarna merah
Didihkan gula melaka dengan setengah cawan air, kemudian masukkan daun pandan.
Tak sangka bila RASA berkunjung ke dapur VIP kali ini, tetamu istimewanya Datin Thalia Baiduri Abd Rashid yang kami kunjungi sedang live di FB Iman Health & Beauty Hq sambil memasak di ruang dapur. Beliau langsung tidak kekok memasak sambil melayan pertanyaan followernya secara live. Sepanjang live Datin begitu mesra dan ramah sambil berkongsi resipi dan tip memasak.
Hampir sejam Datin Thalia live berkongsi tiga menu menyakinkan penulis, bahawa ibu muda yang cantik dan langsing ini memang pandai memasak. Buktinya dalam tempoh itu beliau berjaya menyiapkan tiga menu di mana tiga yang baunya sudah cukup menggoda selera. Menu ini turut dikongsikan dengan pembaca RASA semua.
SAMBAL PETAI IKAN BILIS BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | belah dua & goreng seketika
4 papan petai | ambil isinya sahaja dan goreng separuh masak
5sudu makan pes cili kering
3 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
5-6 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis hirisan bawang besar hingga layu.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika kemudian masukkan pes cili kering
Terus kacau hingga pecah minyak, baru masukkan air asam jawa.
Setelah tumisan agak garing masukkan petai dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan terus kacau.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan sambal sedikit garing, tutup api.
Sambal Tumis Petai Ikan Bilis sedia dihidangkan tumis.
GULAI TEMPOYAK UDANG DENGAN PUCUK KELEDEK BAHAN-BAHAN:
300gm udang saiz besar | bersihkan & tos
Secekak pucuk keledek | ambil pucuk & daun muda
500ml santan pekat
2 sudu makan tempoyak
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air jika perlu
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2cm lengkuas
3cm kunyit hidup
15 biji cili padi
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
1. Masukkan separuh santan bersama bahan kisar dalam periuk, kacau rata.
2. Setelah mendidih masukkan udang, kacau seketika masukkan pucuk keledek.
3. Terus kacau hingga pucuk keledek layu.
4. Seteusnya tambahkan dengan lebihan santan tadi.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah pucuk keledek lembut dan cukup rasa, tutup api.
7. Gulai Tempoyak Udang Dengan Pucuk Keledek sedia dihidangkan.
AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 batang serai | kisar
3cm lengkuas |kisar
1 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu makan kunyit serbuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan ayam dalam mangkuk besar.
Campurkan ke dalamnya semua bahan kisar dan serbuk ketumbar, jintan manis dan putih serta serbuk kunyit.
Seterusnya tambahkan daun kari dan garam secukupnya.
Gaul rata dan perapkan ayam dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit. Lebih baik kalau semalaman.
Untuk menggoreng, panaskan minyak yang banyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!