Lapar tapi sibuk, pastu malas nak keluar. Jawabnya oder online je, selesai masalah dan jimat masa. Bijakkan, tak pening cari parking dan tak perlu nak berpanas di luar. Lepas 15-30 minit makanan pilihan dah sampai depan pintu pejabat ataupun rumah, senang sungguh, patutlah ia menjadi trend sekarang ni.
Sembilan menu pilihan ditawarkan oleh Oldtown White Coffee.
Merebut peluang dan kemudahan inilah Oldtown White Coffee berkerjasama dengan foodpanda bagi memasarkan sembilan menunya popularmya secara online. Antaranya, termasuklah Chicken Hor Fun, Curry Noodle, Classic Dry Meehoon With Dry Curry Chicken, Classic Dry Meehoon with Fried Chicken Fillet, Nasi Lemak With Dry Curry Chicken, Nasi Lemak With Prawn Sambal, Nasi Lemak With Fried Chicken Fillet, Oriental BBQ Chicken Wholemeal Sandwich dan Fried Chicken Nasi Lemak Roll.
Ads
Termetrai perjanjian antara Oldtown White Coffee Dengan foodpanda..
Kerjasama ini melibatkan 150 restoran Oldtown White Coffee seluruh Malaysia dengan jumlah “rider” foodpanda kian ramai dijangka akan memudah dan melancarkan lagi penghantaran pesanan makanan hingga ke pintu rumah atau pejabat.
Ads
Antara menu yang yang ditawarkan..
Hadir dimajlis pelancaran tersebut, Pengarah Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd, Mr. Clarence Leon D’Silva memberitahu, Oldtown White Coffee mengambil peluang meluaskan bisnes melalui online menunya terus sampai ke pelanggan dengan kualiti makanan yang sempurna seperti makann di restoran dengan kerjasamana penghantaran dari foodpanda.
Ads
Set nasi lemak antara menu pilihan ramai pelanggan..
Turut hadir di majlis tersebut ialah, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, dalam ucapannya beliau menjelaskan bahawa rakyat Malaysia kini mempunyai pelbagai pilihan untuk menikmati makanan dan minuman dari pelbagai restoran termasuk Oldtown White Coffee melalui Oldtown 2Go Delivery Meals.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Baru berpindah di kediaman baru tidak menghalang wanita jelita yang juga pengasas produk Megah Perawan, Reena Zack, meraikan rakan-rakan yang ingin berkunjung. Baginya kehadiran teman-teman walaupun sudah biasa mereka tetap tetamu dan perlu diraikan. Reena bijak mencuri mencuri sedikit masa sibuknya untuk ke pasar membeli lauk pauk dan masuk dapur menyediakan sendiri masakan. Katanya, tak seronok kalau hidang juadah pada tetamu dengan makanan yang dibeli dari restoran. Biarpun hidangan ringkas beliau lebih senang menyediakan sendiri. Lagipun ramai di kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga bila ingin berkunjung di rumahnya, mereka akan meminta Reena masak.
“Mungkin sejak anak dara lagi saya jenis suka memasak kerana dari kecil lagi ibu ajar saya masak. Kebetulan pula selepas berkahwin, ibu mentua juga suka memasak, jadi kami serasi bersama di dapur. Ibu mentua banyak mengajar saya memasak masakkan kegemaran suami. Kebetulan suami orang Kedah, kebanyakan masakan mereka suka masakan pedas. Ibu mertua saya penah berkata, nak pikat hati suami mesti dengan cara menyediakan masakan kegemaranya dengan air tangan sendiri, . Barulah hubungan keluarga akan erat dan berpanjangan,” ujar Reena yang menjadikan hobi memasak sebagai terapi untuknya menghilangkan stres.
Beliau juga mengakui berasa puas bila lihat ahli keluarga dan rakan-rakan menikmati air tangannya dengan seronok. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut mengeratkan silatulrahim kekeluargaan mahupun dengan rakan-rakan. Selepas terbabit secara langsung dalam bisnes, Reena dan suami sering menjemput rakan-rakan bisnes mereka mengadakan perbincangan di rumah.
“Untuk hari ini, saya sediakan menu kegemaran suami dan anak-anak iaitu Nasi Briyani yang dihidangkan bersama Daging Masak Hitam, Ayam Rose, Udang Petai dan Jelatah. Menu ini juga menjadi kegemaran kawan-kawan yang sering datang pada hari ini,” jelas Reena yang sangat mengutamakan soal diet keluarga kecilnya.
Cerita Reena beliau mahupun suami memang suka mengadakan makan-makan di kediaman mereka terutamanya di hujung minggu, dengan cara tersebut mereka dapat berkongsi sebahagian rezeki dengan orang lain. Ditambah pula jika dia berkesempatan menyediakan sendiri makanan untuk tetamunya.
Beritahu Reena, makanan akan kelihatan lebih sedap dan menyelerakan bila dihidangkan dengan sedikit kreativiti untuk menghiasnya di dalam pinggang atau mangkuk sebelum disusun atur di meja utama hidangan.
“Saya sangat mementingkan dekorasi untuk meja makan, hiasan bunga segar sering menjadi titik fokus tetamu ke meja makan untuk melihat juadah yang disediakan. Begitu juga dengan set pinggang mangkuk mesti sama corak dan warnanya. Ia penting walaupun hanya hidangan bersuama keluarga,”ungkap Renna ramah berkongsi pengalaman.
Isteri kepada Khairi Aziry bin Wahid dan ibu kepada dua puterinya, Puteri Daniella Qistina Khairilaziry dan Adellia Auddra Khairilaziry mengakui bahawa menjadi kewajipan baginya sebagai isteri menyediakan masakan untuk keluarga dan memastikan makanan terserbut sihat dan berkhasiat.
Kami suami isteri memang tidak suka makan di luar,” cerita Reena yang balik dari pejabat akan masuk dapur lagi bagi menyediakan makan malam pula.
Cerita Reena lagi sejauh mana kejayaan seseorang wanita itu, tempat paling dekat bersama keluarga sudah tentulah di dapur. Suami dan anak-anaknya akan seronok bila dia menyediakan menu kesukaan mereka. Kerana itulah dia percaya air tangan isteri membawa kebahagian keluarga.
Dalam menyediakan menu harian keluarga, Reena sangat mengutamakan makan sihat dan berkhasiat, terutama untuk dua puterinya. Setiap hari dia akan memastikan anak-anaknya mendapat nutrisi yang cukup melalui pemakanan yang disediakan Tidak hairanlah kalau dia sanggup setiap menyediakan menu salmon dan sayur yang menjadi kegemaran si kecilnya.
Ditanya mengenai perkembangan perniagaannya, Reena mengakui dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, beliau dan suami tetap positif dan memastikan strategi pemasaran akan terus rancak dilakukan. Ditambah pula dengan adanya kemudahan media sosial sekarang, Reena turut mengiatkan jualan melalui rangkaian jualan secara talian seperti melalui laman web, instagram dan Facebook.
“ Jatuh bangun dalam bisnes perkara biasa bagi saya, tetapi saya yakin dengan kualiti produk yang baik akan menyakinkan pelanggan baru dan mengikat pelanggan tetap saya. Masa yang sama produk saya adalah produk mampu milik kerana ia tidak terlalu mahal,” akhiri Reena yang kini mempunyai lebih dari 200 stokis dan hampir 1000 pengedar yang mengedarkan rangkaian produknya di Malaysia, Brunei dan Singapura.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF:Jika tidak mahu lama masak, rebus dahulu daging dengan kicap hingga empuk kemudian hiriskannya.
AYAM ROSE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF:Jika tidak mahu susu boleh tukarkan dengan santan
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Untuk rasa lebih manis dan sedap goreng dahulu udang dan juga petai.
Orangnya memang cantik bergaya.Sentiasa berpenampilan menarik. Datin Eykah atau nama penuhnya Datin Nur Zulaikha Ellieyana Noah ini cukup ramah melayani tetamu dan rakan yang datang berkunjung.
Sebagai anak jati Terengganu lauk Kerutuk Itik kerap menjadi menu utama di meja hidangan.Ini lauk yang diwarisi dari ibu beliau
Bercerita mengenai lauk pauk Terengganu,ceritanya,”Nenek dan ibu memang pakar buat lauk kerutuk itik. Ia jadi menu padanan wajib di kenduri kendara yang dihidang bersama nasi dagang. Kari Ikan Tongkol juga ‘favorite’ saya dan keluarga. Untunglah saya dapat belajar dari mereka sebab lauk seperti Kerutuk Daging yang asli dan lazat memang sukar dicari. Sedari zaman persekolahan saya telah didedahkan dengan ilmu masakan. Sebagai cucu sulung dari anak sulung, pastilah saya amat rapat dengan nenek yang banyak berkongsi petua dan tip masakan“.
Suri hati kepada ahli perniagaan Datuk Mohammad J.K Noah ini mengakui, suami beliau lebih hebat memasak. Namun ini bukan alasan untuknya tidak memasak di rumah.
Bila kawan-kawan darn saudara mara datang berkunjung masa inilah beliau akan menyingsing lengan memasak untuk tetamu. Apa hebatnya resipi Kerutuk Itik dan Kari Ikan Tongkol sentuhan beliau, jom kita cuba.
KERUTUK ITIK BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
BAHAN REMPAH PENUMIS:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi. 2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa. 3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika. 4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk. 5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik. 6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak. 7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api. 8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.
KARI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, diikuti dengan bahan kisar. 2 .Kacau rata hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. 3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan gula kabung. 4. Setelah gula hancur, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya. 5. Seterusnya masukkan asam gelugor, ikan dan garam. 6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pecah minyak. 7. Jika suka, boleh tambah cili bulat. 8. Setelah cukup rasa, tutup api. 9. Kari ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kari lebih sedap jika disediakan awal sekurang-kurang tujuh jam sebelum sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin; permata hati dan kesayangan seluruh rakyat Malaysia. Malah beliau juga menjadi pujaan peminat di seluruh dunia. Pergilah kemana sahaja, bila sebut sahaja dari Malaysia, pasti ada orang asing yang menyebut nama selebriti manis ini.
Seperti yang semua tahu, semalam Datuk Seri Siti baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 39 tahun. Seronok tengok beliau dikejutkan team dari stesen radio tempatan. Meriah! Cipta sejarah ya. Setahu min, tak ada lagi selebriti yang dikejutkan sebegitu rupa. Rezeki ibu mengandung dan ternyata Siti memang disayangi ramai. Peminat dari Brazil pun wish birthday tau.
Sambil asyik layan ucapan hari jadi yang Siti terima di IG, mata terpandang beberapa posting masakan yang beliau kongsikan. Wahhh! Tok Ti rajin masak rupanya! Walaupun dalam sarat mengandung. Menu-menunya pun sangat sedap. Terliur dibuatnya. Patin Masak Tempoyak, Ayam Panggang, Kacang Pool, Asam Pedas, Karipap dan macam-macam lagi lah.
Selamat Hari Jadi@ctdk dari team RASA dan diharapkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa dipermudahkan segala urusan sehingga proses kelahiran nanti. Amin..
Khasiat santan bukan sekadar menyedapkan masakan. Ketahui 5 manfaat santan untuk kesihatan termasuk membekalkan tenaga, vitamin, mineral, antioksidan dan membantu penyerapan nutrien apabila diambil secara sederhana.