
Anda pernah cuba Telur Dadar Cencaluk? Kalau tidak pernah, menu ni harusnya anda try nanti. Ramai yang sukakan lauk berasaskan telur. Selain sedap, ianya juga mudah disediakan. ‘Lari’ sedikit dari telur dadar yang biasa, resipi perkongsian saudari Reen Nasreen ini menggunakan cencaluk. Bila dimakan, perah dengan sedikit limau. Sangat sedap! Anda boleh cuba.
CARA MASAK TELUR DADAR CENCALUK
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur – beli online disini
1 sudu makan cencaluk – tapis dan perah airnya – beli online disini
1-2 biji bawang merah – hiris – beli online disini
2 biji cili padi – hiris – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan gaul rata.
2. Panaskan minyak dan goreng. Angkat bila masak.
3. Enak dinikmati bersama nasi panas dan perahan limau nipis.
Kredit resipi & foto: Reen Nasreen
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ikan Pari Bakar Bungkus Daun Pisang Sedap Macam Restoran
Resipi Spicy Seafood Aglio Olio Mudah. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi
Tak Uli Beria Tapi Gebu. Resipi Donat Kampung Ni Memang Patut Cuba
Buat Sendiri Telur Sarang Super Crispy Dijamin Menjadi. Begini Caranya
Pizza Hawaian Chicken Homemade Paling Sedap. Buat Sendiri Guna Bahan Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=0XB6t7I7-ZM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bubur Pulut Hitam Rasa Manis Berlemak, Paling Sedap. Kenyang Dibuatnya Tau.

Eh tetiba lapar pulak. Menonton tv sambil menghirup dan mengunyah bubur best nih. Apakata kita masak bubur pulut hitam. Tapi pulut tu rebus betul betul ya, biar sedap mengunyahnya.
.
Bubur ni kalau disejuk bekukan boleh menjadi ais krim pulak, ermmm yummy.
BUBUR PULUT HITAM :
.
BAHAN-BAHAN :
- 1 1/2 cawan pulut hitam
- 6 cawan air untuk merebus pulut
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair
- 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
- 3/4 cawan gula putih
- 1/2 ketul gula melaka
- garam secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung
Cara Penyediaan Resepi Bubur Pulut Hitam Sedap :
1. Rebus pulut hitam dengan 6 cawan air dan daun pandan sehingga lembut guna api sederhana sahaja atau boleh guna pressure cooker.Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga bahan larut dan kacau.Barulah masukkan 1 cawan santan pekat dan sebatikan.Sesuaikan rasa.
3. Baki santan pekat tadi 1 cawan masak asing di atas api kecil.Sentiasa kacau supaya tidak berketul ya.Tambahkan bancuhan tepung jagung yang dicampurkan air dan kacau sebati sebelum ditambah masuk ke dalam periuk.Masukkan sedikit garam sedikit.Tutup api.
TIP SEDAP :
.
1. Resepi bubur pulut hitam ini memang sedap dimakan dengan santan pekat asing.Lagi terasa nikmatnya.Baki bubur pula dijadikan aiskrim.Memang licin habis.
.
2. Jadi nanti bila hendak makan bubur pulut hitam, tuangkan pulut dan tambahkan santan pekat tadi sedikit.Memang Sedapp betul.Selamat mencuba.
FB : Resepi Mutiara HATI
Ayam Masak Ungkep, Resipi Jawa Yang Sangat Sedap

Salah satu resipi masyarakat Jawa yang popular adalah ungkep. Kalau time raya atau ada majlis keramaian, hidangan ungkep selalu dihidangkan. Macam masak lemak tapi kuahnya pekat. Kalau tak pandai masak, memang akan jadi macam masak lemak je. Ni RASA kongsikan resipi supaya hidangan ni kekal sepanjang zaman.
AYAM MASAK UNGKEP
BAHAN-BAHAN
Minyak masak menumis
1 batang serai (diketuk)
1 kg ayam (potong 10-12)
2 cawan air
2 keping asam keping
BAHAN KISAR
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut dan masak.
3. Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan asam keping. Masak sehingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih,tak perlu masak sampai kering.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba!
7 Resipi Lauk Sambal Mudah & Sedap Yang Boleh Masak Guna Ikan Bilis.

- Jemu menghadap rendang dan lemang? Sudah pasti aneka lauk pauk mudah menjadi pilihan. Salah satu yang paling mudah nak masak ialah menu menggunakan ikan bilis. Macam-macam menu boleh dihasilkan. Nikmati dengan nasi panas je pun dah cukup berselera. Jom cuba!
1. SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm ikan bilis | kopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3.Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4.Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5.Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6.Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7.Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
2. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | kopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2.Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4.Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5.Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7.Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8.Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
3. SAMBAL GORENG JERING BERSAMA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm jering tua | hiris melintang
- 200gm ikan bilis | kopek
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 3-4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3 biji cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.
2.Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili.
4.Kacau hingga pecah minyak.
5.Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi.
6.Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
7.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8.Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api.
9.Sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jering selain goreng boleh juga rebus dahulu, jika tidak mahu ia terlalu keras.
4. SAMBAL IKAN BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | dikopek
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 15-20 tangkai cili kering | dikisar
- 1 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4.Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
5.Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
6.Masukkan pula hirisan bawang besar.
7.Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
8.Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF: Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup.
5. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
- 150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
- 6 ulas bawang merah | dikisar kasar
- 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
- 10 tangkai cili kering | dikisasr halus
- 10 biji cili padi | dikisar halus
- 1 sudu besar air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
2.Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
4.Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
5.Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
6.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
6. SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis | dikopek
- 10 tangkai cili padi
- 1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
- 1 biji limau nipis
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Cuci ikan bilis dan toskan.
2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF: Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
7. SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis | dikopek
- 2 biji telur
- 20 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
2.Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
3.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
4.Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
5.Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
6.Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.