Ads

Tauhu Crispy Goreng Pedas, Lauk Tambahan Yang Gerenti Sedap

Tauhu crispy goreng pedas kena cuba kalau dah bosan makan tauhu tauhu goreng yang biasa.

Kombinasi rasa pedas, masam manis dan aroma bawang putih bersama daun ketumbar memang akan membuka selera.

Paling best, cara penyediaannya ringkas saja. Masak pun tak ambil masa lama. Sesuai sangat jadi lauk tambahan tengah hari atau malam.

Resipi Tauhu Crispy Goreng Pedas

cara tauhu crispy goreng pedas

Bahan-bahan

Tauhu -dipotong 2 dan dihiris nipis.
Bawang putih cincang
Cili flakes
Cili padi -dipotong
Serbuk jintan Manis
Sos Tiram
Kicap cair
Kicap pekat
Cuka
Gula
Daun bawang -dihiris
Duan ketumbar -dihiris

 tauhu crispy goreng pedas

Ads

Cara memasak

1. Panaskan minyak, goreng tauhu dihiris tadi hingga agak garing. Angkat dan tos.

2. Menggunakan minyak yang sama tapi kurangkan kuantitinya, tumis bawang putih yang dicincang bersama cili padi hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan cili flakes, serbuk jintan, sos tiram, gula dan sedikit cuka. Kacau rata.

Ads

bahan buat tauhu crispy goreng pedas

3. Seterusnya tutup api kemudian masukkan tauhu yang siap digoreng. Gaul hingga rata.

5. Akhir sekali masukkan daun bawang dan ketumbar. Kacau lagi. Siap dihidang.

Ads

 resepi tauhu crispy goreng pedas

Anda mungkin berminat dengan

Info Ekstra

  • Nak lebih rangup, salut tauhu dengan sedikit tepung jagung sebelum goreng.
  • Kalau suka lebih pedas, boleh tambah serbuk cili atau lebihkan cili padi.

Kredit resipi & foto: Harum Wangi

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Cara Buat Dadih Homemade Pelbagai Perisa Tanpa Guna Serbuk Segera

Dadih homemade sedap dan mudah dibuat dengan pelbagai perisa. Ikuti resipi, sukatan serta tip untuk hasil dadih licin dan sesuai dijadikan doorgift.