Sedapnya PetaiJeruk. Tidak dinafikan ulam kampung ni memang menjadi kegemaran ramai dan menambah selera makan. Kalau beli, harganya boleh tahan mahal. Jadi sempena musim petai ni apa kata anda cuba hasilkan sendiri Jeruk Petai untuk stok di rumah. Mudah je kalau ikut resipi perkongsian saudari ZiLa KJ ni. Pasti puas hati.
RESIPI PETAI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Petai
Air masak
Garam kasar secukupnya
5-6 biji cili padi merah
CARA MEMASAK: 1. Basuh petai hingga bersih.
2. Didihkan air dalam periuk. Kemudian rebus petai tadi.
3. Bila warna kulit petai bertukar warna seperti dalam gambar, angkat dan toskan airnya.
4. Setelah petai sedikit suam, keluarkan isi dari kulit. Isi petai dimasukkan dalam bekas berisi air biasa.
IKLAN
5. Bila siap dikupas, basuh petai tadi bagi membuang lendir dan sisa kulit yang masih melekat. Tos guna penapis. 6. Biarkan petai dalam penapis semalaman. Ia bertujuan memastikan air rebusan betul-betul kering. Nanti bila dijeruk, petai masih rasa rangup. 7. Masukkan petai ke dalam balang bersih. Kemudian isi air masak hingga melebihi paras petai. 8. Letak garam kasar secukupnya di bahagian permukaan atas. Tak perlu gaul atau goncang kerana garam akan larut perlahan-lahan. Masukkan juga cili padi untuk rasa pedas (jika suka). Tutup bekas dan biarkan selama 3 hari. 9. Cukup tempoh 3 hari, ambil sebiji petai dan rasa. Jika tidak masin, tambah sedikit lagi garam. 10. Selepas seminggu, petai jeruk sedia untuk dinikmati.
Sebut je masakan Cina satu dunia mengakui keenakannya, termasuk masyarakat Malaysia. Masakan Cina ini bukan hanya sedap, ia juga terkenal sebagai makanan yang disajikan dengan cara lebih sihat. Kalau selama ini kita terpaksa makan di restoran untuk menikmatinya, apa kata kali ini anda cuba masak sendiri di rumah.
ISI IKAN KOD GORENG CILI KERING & BIJI GAJUS
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ikan kod | hiris besar
3-4 tangkai cili kering | hiris
1 biji bawang besar | hiris
1/2 cawan biji gajus | goreng sangai
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan cuka
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula
2 sudu makan tepung jagung
Minyak masak secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
Sedia dinikmati.
CENDAWAN SHIMEJI GORENG RANGUP BERSAMA KUNING TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
50gm cendawa shimeiji | bersihkan dan asingkan setiap batang
4 biji kuning telur masin| hancurkan
2 sudu makan serbuk keju parmesan
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula
4 sudu makan marjerin
1 cawan tepung gandum
Air secukupnya
2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.
Hidangkan ketika panas.
DAGING SZECHUAN
BAHAN-BAHAN:
600gm daging lembu | hiris, bersih dan tos
50gm cili benggala hijau | potong dadu
50gm cili benggala merah | potong dadu
50gm cili benggala kuning | potong dadu
50gm lobak merah | hiris nipis dan bentuk bunga
6 tangkai cili kering | potong
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk patai ayam
4 sudu makan air
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
Selalunya menu ringkas seperti kangkung goreng belacan inilah yang mengundang selera. Adakala, tak perlu lauk tambahan lain pun. Gandingkan dengan ikan goreng pun dah sedap.
Nak tahu cara memasak sayur Kangkung Goreng Belacan yang sedap? Jom ikuti resipi perkongsian daripada Roha Adrinna ini. Sedap!
Hidang yang lengkap dengan nutrisi daripada tauhu, tempe, dan kancang panjang.
SAMBAL TAUHU TEMPE DAN KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN
8 tangkai kacang panjang ] basuh dan potong serong
2 keping tauhu ] potong dadu besar
1 keping tempe ] potong
2 ulas bawang merah ] hiris nipis
1 ulas bawang putih ] hiris nipis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Bawang goreng secukupnya
BAHAN-BAHAN PES:
100gm cili kering ] buang biji dan rendam
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2.5cm belacan ] pilihan
1/2 cawan kecil air asam jawa
Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK PES:
Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ minyak masak.
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng tempe hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit.
Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau.
Masukkan kacang panjang, tauhu dan tempe. Kacau hingga rata, dan masukkan perasa dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
Kemudian angkat dan tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 25 minit Jenis hidangan: Melayu Keistimewaan: Tauhu dan tempe serasi digandingkan Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak: Goreng