Terung adalah sayur jenis buah yang selalu jadi sebagai lauk pelengkap dalam hidangan. Namun korang tahu tak yang sayur terung boleh jadi lauk utama. Ada lauk sambal terung ni, sudah cukup enak kalau nak dimakan dengan nasi atau lempeng.
Resipi ini RASA kongsikan daripada seorang ibu anak tujuh yang selalu memasakkan lauk sambal terung ini untuk keluarganya. Menjadi lauk kegemaran seisi keluarga, resipinya ringkas namun menambat selera.
SAMBAL TERUNG
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.
Bosan makan nasi dengan lauk, jom kita variasikan hidangannya, Ni min kongsikan 5 resipi Nasi olahan Azian Hassan, penulis buku masakan.
Daging Selasih, Kari Daging, Pulao Sayu-sayuran dan labu memang enak sekali. Min dah rasa memang gerenti sedap. Cubalah nanti ya…
1. NASI KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :
1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)
3 cawan beras biasa
4 cawan air rebusan daging
2 labu bawang merah besar | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
1.5 sm halia | dihiris halus
2 sm kulit kayu manis
1-2 kuntum bunga lawang
3 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan tomato puri
2 biji tomato | dipotong dadu
1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA : 1.Panaskan minyak dan mentega 2. Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi 3.Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing 4.Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih 5.Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar. 6. Apabila masak gaulkan sekata.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 35 minit Cara memasak : Tumis dan didih Jenis masakan : Sajian Nasi Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus Anggaran kos : RM 20
INFO: Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
2. NASI PULAO SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras basmathi | dibersihkan dan direndam selama sejam
1 ¾ cawan air
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
2 biji bawang merah | dimayang
2.5 sm halia | dihiris memanjang
2 biji tomato | dipotong dadu
1 batang lobak merah | dipotong dadu
2 biji ubi kentang | dipotong kecil
200gm kobis bunga | dipotong kecil
1 cawan kacang pis hijau
4 biji cili hijau | dipotong pendek
2 cekak daun ketumbar | dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan kemudian masukkan minyak sapi. 2. Tumis bawang merah , halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis, tomato dan cili hijau sehingga terbit bau wangi. 3. Masukkan beras, ubi kentang, lobak merah, kobis bunga , daun pandan dan air. 4. Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak. 5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan kacau nasi sehingga sebati. Taburkan dengan daun ketumbar.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 35 minit Cara memasak : Tumis dan didih Jenis masakan : Sajian Nasi Keistimewaan : Hidangan nasi sayur-sayuran tinggi serat Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Selain Pakistan nasi pulao juga terkenal di India, Afghanistan., Bangladesh, Turki dan beberapa negara Timur Tengah dengan panggilan nama berbeza seperti ilaf, Palao, Pilau dan lain-lain.
1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. 2. Masukkan udang kering dan masak sehingga udang garing. 3. Masukkan labu dan kacau sebati. Biarkan labu hingga empuk. 4. Gunakan api besar kemudian masukkan nasi, kicap cair, dan sos tiram. 5. Masak sehingga nasi betul-betul garing dan akhir sekali pecahkan telur ke dalam nasi. 6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. 7. Kacau sebati kemudian masukkan cili merah. 8. Angkat dan hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan kacau goreng Jenis masakan : Sajian Nasi, China Fusion Keistimewaan : Hidangan nasi berperisa labu yang lazat Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Labu kuning kaya dengan beta karotene dan bersifat anti oksidan, ia memberi manfaat kesihatan yang baik kepada tubuh seperti menajamkan penglihatan dan mencegah kanser.
4. NASI DAGING SELASIH
BAHAN-BAHAN :
250gm daging cincang
4 biji cili merah | dihiris halus
4 biji cili padi| ditumbuk
5 ulas bawang putih | ditumbuk
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak masak
2 genggam daun selasih
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi. 3. Masak sehingga cili garing. 4. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak, 5. Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati. 6. Perasakan dengan garam. 7. Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya. 8. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan kacau goreng Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF: Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
Nak masak resipi Kam Heong ni sebenarnya sangat mudah! Nampak je macam rumit tapi sekali dah siap masak sekelip mata je settle. Rasa masakan Kam Heong ni memang unik. Rasa manis pedas yang seimbang dari kuah tumisannya pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. Paling ngam makan dengan nasi panas lauk ni boleh bertambah nasi.
Boleh juga tukar ke ayam jika tidak gemarkan udang sebagai lauk utama. Jom cuba!
UDANG KAM HEONG
BAHAN-BAHAN:
8 biji cili padi
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Sedikit kicap manis
1 sudu serbuk kari
Serbuk kunyit
Udang
Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
Potong bawang merah dan bawang putih dalam bentuk dadu.
Perap udang dengan serbuk kunyit, garam dan gula.
Dalam kuali, goreng udang separuh masak dan ketepikan.
Tumis kesemua bahan tumis sehingga garing, jangan sehingga hangit.
Masukkan serbuk kari, sos cili, kicap dan sos tiram. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan udang. Kacau sebati sekejap sahaja sebab udang dah separuh masuk. Garam tak perlu sebab masa perap udang tadi dah letakkan. Tutup api dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan dan aroma.