1. Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api. 2. Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye.
3. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun. 4. Perap adunan minimum 5/6 jam. Saya perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.
5. Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (saya buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi).
6. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.
7. Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau perlahanpun takpa. Sekali goreng dapat 2-3 biji.
8. Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu. 9. Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resipi tak letak pun. Ada jugak yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. Ikutlah kehendak masing-masing ye. Boleh cuba rujuk resepi Che Nom. Dia ada buat dua versi. Bersantan dan tidak bersantan. Saya tak reti bab sukatan air tu kalau korang tanya.
NOTA:
*Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis. Tapi ada orang suka kuih ni manis. *Bab suhu minyak tu memang cerewet sikit. Saya sendiri berapa kali buka dan tutup api. Nak cari kepanasan yang paling sesuai. Tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, gerenti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam.
Dah beli sayur tapi tersimpan lama dalam peti sejuk kerana tak sempat untuk masak. Sudahnya sayur banyak yang layu dan kecut.
Tapi sayur yang begini jangan pula dibuang. Menerusi perkongsian di TikTok @muaketom ada cara mengembalikan kesegaran sayur layu ini. Caranya dengan menggunakan cecair pencuci pinggan. Tapi pastikan beli jenis Sunghlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Vera.
Pencuci ini memang khas untk membersihkan buah dan sayuran malah mengembalikan kesegarannya macam baru lagi dipetik.
Caranya
1. Masukkan sayur dalam bekas dan masukkan sedikit pencuci Sunlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Vera .
2. Kemudian masukkan air secukupnya dan biarkan seketika dalam 5 minit.
3. Selepas itu, bolehlah dibilas sayur-sayur tersebut dengan air bersih. Asingkan daun yang buruk, rosak dan tangkainya.
4. Kemudian bilas sekali lagi. Boleh nampak hasilnya. Sayur kembali segar bugar macam baru lepas dipetik.
Bila jauh dari kampung halaman ni, mulalah rindu dengan makanan-makanan yang ada di sana. Tambah pula kebenaran rentas negeri masih belum dibuka, maka terpaksalah membuat sendiri.
Antara makanan yang dirindu ialah nasi kerabu bunga telang. Lengkap dengan segala hidangan sampingan, perkongsian resipi daripada Tuan Adriana Arissa diharapkan dapat membantu menghilangkan kerinduan.
1.Kisar cili, bawang bawang dan halia. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 2.Masukkan serai, asam. Bila mendidih, masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
*Nota: Kuah biar pekat dan masin serta manis sedikit.
BAHAN SAMBAL IKAN KELAPA
1 biji kelapa parut | goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar 7 ekor ikan selayang | rebus, ambil isi & tumbuk 5 ulas bawang merah Nise @ gula (kalau guna nise, cincang halus) – beli online di sini Garam secukup rasa 4 batang serai – beli online di sini 1 sudu kecil lada hitam | tumbuk – beli online di sini
CARA-CARA:
1.Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 2.Masukkan isi ikan dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. Masak sekejap untuk tahan lebih lama.
BAHAN SOLOK LADA:
100g kelapa parut 3 ekor ikan selayang | rebus, ambil isi dan tumbuk kasar Cili hijau | belah buang biji – beli online di sini 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 sudu kecik lada hitam | ditumbuk Garam dan gula
CARA-CARA:
1.Kisar bawang. Kemudian masukkan ke dalam kelapa bersama isi ikan. Gaul sebati. Kemudian sumbat ke dalam cili hijau. 2.Susun ke dalam pan dan masukkan santan. Masak sehingga santan hampir kering.
BAHAN SAMBAL CILI:
Cili merah Cili hijau Cili besar (kalau tak nak pedas) Garam Gula Cuka – beli online di sini
CARA-CARA: Kisar kesemuanya. Apabila siap kisar, keluarkan dan hidang di dalam mangkuk.
BAHAN ULAM-ULAMAN:
Kubis Tauge Kacang panjang Bunga kantan Daun serai kayu Pucuk selon
*Hiris halus-halus dan sedia untuk dihidangkan.
BAHAN UNTUK NASI:
4 pot beras Air secukupnya Segengam bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru | rendam semalaman & kisar Serai | diketuk Daun limau purut
CARA-CARA: Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.