Ayam Bakar Kicap yang juicy dan sedap. Resipi ini cukup mudah kerana ia tidak perlu diperap. Tahap kepedasannya juga boleh diubah suai mengikut selera masing-masing. Sangat sedap dinikmati bersama dengan Sambal Tomato. Bagi anda yang gemar mencuba resepi baru, bolehlah mencuba resipi perkongsian saudari Khadijah Jaafar ini. Pasti puas hati.
BAHAN KISAR: 4 biji bawang putih – beli online disini 2 biji cili merah 2 biji cili api 1/2 sudu makan ketumbar 3cm lengkuas 3cm kunyit 3cm halia
CARA MEMASAK: 1.Kisar semua bahan-bahan kisar. Pada masa yang sama, panaskan minyak bersama mentega. 2. Tumiskan bahan kisar, cili kisar dan daun bay sehingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan air asam jawa.
4. Masukkan kicap manis. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan juga gula perang dan garam. Kuantitinya mengikut citarasa masing-masing. Jika suka manis, boleh lebihkan.
Ads
6. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan hingga rempahnya menyaluti ayam dengan rata.
7. Tambahkan air. Biarkan sehingga kuahnya agak kering. Lebih kurang dalam 15 – 25 minit. Masa bergantung pada saiz ayam, jika guna ayam saiz kecil dalam 15 minit sahaja. Jika ayam bersaiz besar perlu dimasak lebih lama.
8. Keluarkan ayam kemudian bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 170 C. Pastikan ketuhar telah dipanaskan dahulu dalam 15 minit.
9. Letakkan ayam di rak paras kedua dan bakar guna api api atas bawah. 10. Ayam paling bagus dibakar atas jaring. Jika di atas dulang nanti bahagian bawahnya jadi basah. Di rak paling bawah letakkan tray yang di alas aluminium foil supaya air ayam menitik di atas tray. 11. Setelah ayam dibakar selama 10 minit, sapukan ayam dengan kuahnya supaya ayam nampak lebih cantik dan berkilat. Sambung bakar selama 10 minit lagi. 12. Ayam Bakar Kicap siap disediakan dan boleh dihidang bersama nasi panas dan Sambal Tomato.
Kalau di rumah anda ada banyak lagi stok roti tapi dah nak hampir tamat tempoh, boleh cuba resipi pencuci mulut yang dikongsikan ini.
Resipi dessert oleh Linda Safar ini sangat mudah, hanya menggunakan 4 je tapi rasanya sangat sedap!
Sedap dimakan begitu saja atau boleh tambah custard sauce atau gula icing sebagai topping.
Mudah dan menyelerakan. Sesuai juga buat dessert si kecil yang berumur 1 tahun dan ke atas.
DESSERT MUDAH 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
2 keping roti – beli online di sini 2 biji telur 150ml susu segar Buah blueberries
CARA MEMBUAT:
1. Potong roti kecil-kecil atau dalam bentuk kiub. Letakkan dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Masukkan telur dan susu ke dalam mangkuk yang lain.
3. Kacau telur dan susu hingga sebati. Boleh guna whisk.
4. Kemudian, adunan telur dan susu tadi, tuang ke dalam mangkuk yang ada roti telah dipotong.
5. Taburkan buah blueberries. Ikut suka nak tabur banyak mana.
6. Kemudian, bakar di dalam ketuhar dengan suhu 250C selama 25 minit. Boleh sesuaikan ikut suhu ketuhar atau air fryer masing-masing.
7. Jika nak tahu masak atau tidak, boleh periksa guna pencungkil gigi atau lidi. Kalau ada yang lekat, maknanya belum masak. Boleh tambah masa masak lagi.
Butter Chickenatau Ayam Mentega sememangnya jadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Rasanya yang lemak masin, memang enak dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja. Bagi anda yang anak-anak kurang gemar makan isi ayam, boleh cuba masak begini. Pasti licin. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmadni. Mudah dan pastinya digemari ramai.
CARA MASAK BUTTER CHICKEN YUMMY. JOM CUBA!
BAHAN-BAHAN: 14-16 ketul ayam yang sudah di potong kecil 1 cawan susu segar 7 sudu makan mentega – beli online disini 20 helai daun kari – beli online disini 4 biji bawang merah – cincang halus 6 ulas bawang putih – cincang halus 6 sudu besar tepung gandum – beli online disini 3 sudu besar tepung jagung – beli online disini 1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini 1 sudu teh garam 3/4 sudu besar gula 1 biji telur 1 sudu teh tepung jagung (untuk kuah)
CARA MEMASAK:
1.Satukan ayam bersama telur dan serbuk lada putih. Kacau @ gaul sebati dengan ayam.
2. Perap ayam selama 10 -15 minit.
3. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Kemudian masukkan garam dan kacau sebati.
5. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan gaul dengan tepung. Pastikan semua bersalut rata.
6. Goreng ayam dengan minyak yang banyak dan panas.
7. Bila ayam sudah nampak kekuningan @ masak, bolehlah diangkat.
8. Pastikan ayam ditos minyaknya terlebih dahulu. Aya mini sangat rangup teksturnya. Ketepikan.
9. Dalam kuali berlainan, panaskan mentega dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
10. Masukkan pula daun kari dan cili api. Kacau sehingga sebati.
11. Bila sudah semerbak bau daun kari, masukkan pula susu segar.
12. Masukkan pula tepung jagung. Fungsinya supaya kuah jadi pekat.
13. Seterusnya masukkan gula. Garam tidak perlu letak kerana mentega sudah bergaram dan ayam juga sudah mempunyai rasa masin. Namun jika kurang rasa, tambah ikut selera.
14. Bila kuah mendidih dan pekat sedikit, terus masukkan ayam yang telah goreng tadi.
15. Kacau sehingga sebati dan pekat. Kalau nak berkuah, jangan masak lama sangat.
16. Butter Chicken siap dimasak dan enak dinikmati bersama nasi.
Selalu ada nampak orang buat dan jual kek mini coklat dan cheese leleh dalam bekas kecil. Bagus juga untuk bantu tambah pendapatan keluarga.
Jika anda berniat untuk berniaga secara kecil-kecil dan tak tahu nak jual apa, boleh cuba resipi kek mini coklat dan cheese leleh daripada Habsah Ngah ini.
Resipinya sangat senang dan bahan yang digunakan pun mudah didapati. Boleh cuba selain daripada untuk niaga, tetapi buat makan untuk anak-anak.
1. Satukan semua bahan bertanda * . Masak menggunakan api paling perlahan sampai semuanya sebati. Bila dah cantik berkilat boleh tutup api. 2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ayak semuanya. 3. Satukan telur dalam satu mangkuk. Kacau macam nak buat telur dadar. 4. Tuang tepung yang diayak tadi berselang-seli dengan telur dalam adunan kek tadi. Kacau sampai rata. Adunan yang dimasak tadi tak perlu tunggu sejuk tau. 5. Dah siap campur semua bahan, kacau-kacau bagi sebati. Tapis adunan tadi supaya kek lagi ringan dan tak ada ketul-ketul tepung. 6. Sekarang dah boleh untuk kukus. Kalau guna bekas macam saya, letak dalam 2 sudu besar adunan. Jangan letak banyak, nanti tak muat nak letak topping pula. 7. Kukus selama 10 minit saja dengan menggunakan api besar. Bila dah masak, tunggu sejuk dulu baru letak topping.
BAHAN TOPPING COKLAT:
1 cawan serbuk koko 1 cawan minyak (masak/jagung/sayur) 1 cawan susu pekat manis ½ cawan susu cair
1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik double boiler atau atas dapur je. Guna api paling perlahan kalau terus atas dapur. Masak hingga larut dan tidak berketul.
2. Angkat dan biarkan suam sedikit. Tapis dulu sebelum dituang ke atas kek tadi supaya tiada ketulan serbuk koko. 3. Tabur coklat rice untuk hiasan. Bolehlah masuk peti. Makan sejuk-sejuk sedap.
KEK MINI CHEESE LELEH
BAHAN A:
4 biji telur (saya guna saiz B je, biasanya untuk kek guna A) 1 cawan gula halus/kastor 1 sudu besar ovalette 1 sudu kecil emulco pandan coconut* 1 sudu kecil pewarna hijau* *untuk perisa dan pewarna, kalau nak banyak perisa, boleh letak bila adunan dah siap. Bahagi kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna dan perisa.
BAHAN B: (ayak sekali)
1 ¾ cawan tepung (saya guna 1 cawan self-raising flour + ¾ cawan tepung gandum) 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil cream of tartar (optional, tak letak pun takpa)
BAHAN C:
4 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan putar sehingga kental (bukan gebu), dan jika diangkat adunan akan jatuh perlahan-lahan.
2. Masukkan bahan ayak B dan putar hingga sebati. Matikan mixer. 3. Masukkan minyak masak dan kacau laju. Ini untuk membuang angin dan mengelakkan adunan mendap di tengah-tengah.
4. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas plastik untuk kukusan. Tutup permukaan bekas kek dengan plastik. Boleh je gunakan plastik biasa yang dapat waktu membeli belah tu ya, asalkan bersih. 5. Didihkan air kukusan terlebih dahulu. Kemudian kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz bekas. 6. Jika kecil masa lebih singkat dan sebaliknya. Kecilkan api terlebih dahulu, baru buka penutup dan periksa kek sama ada sudah masak atau belum dengan menggunakan lidi, tester atau pisau. 7. Jika lidi bersih tandanya sudah masak, jika melekat pada lidi tanda belum masak, perlu teruskan mengukus lagi. 8. Keluarkan kek yang sudah masak dan terus terbalikkan di atas papan kek, kemudian balikkan semula bagi mengelakkan kek mendap atau kecut. Kalau acuan plastik/kecil tunggal tunggu sejuk boleh letak topping. 9. Bila dah sejuk, baru boleh potong dan tuang dengan krim cheese.
BAHAN CREAM CHEESE LELEH:
250g cream cheese ½ cawan susu pekat manis ½ cawan whipping cream/susu cair/susu full cream Cheddar cheese | sagat @ terpulang nak letak hiasan apa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix semua bahan sehingga kembang dan pekat. 2. Tuang pada kek sebagai filling dan topping. Untuk topping, boleh dicairkan lagi dengan menambah susu cair ke dalam adunan. 3. Tabur dengan cheddar cheese yang disagat.
NOTA TAMBAHAN:
1. Pastikan guna telur dari peti ais ya. Sejukkan dulu sekejap. 2. Nak sukat bahan, saya guna cawan minum teh tu je. 3. Mix telur, gula kastor dan ovellate high speed selama 15 minit atau sampai adunan gebu ringan, berwarna putih berkilat. 4. Perlahankan putaran, baru letak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar yang dah diayak terlebih dahulu. Tak perlu mix lama-lama. Cukup nampak dah tiada ketul tepung je. 5. Pastu masukkan pula minyak masak. Tak perlu mix lama-lama juga. Bila dah siap, bagi rehat sekejap. 6. Panaskan periuk pengukus. Bila air dah menggelegak, boleh mula mengukus. Pastikan api kuat ye. Kalau bekas kecil-kecil, saya kukus selama 7-8 minit je. Masa tu ikut berapa banyak susunan bekas dalam periuk. Kalau padat, masa kukus tu bagi lebih sikit.
Ketahui cara memilih kerang segar yang manis, berisi dan berkualiti. Ikuti 7 tip penting untuk memastikan kerang yang dibeli masih hidup, selamat dimakan dan lebih sedap dimasak.