Kek Keju Pandan gebu yang dinikmati bersama krim dan parutan cheese. Memang sedap! Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh Pandan ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni. Pasti puas hati.
KEK KUKUS PANDAN
BAHAN A:
Ads
3 biji telur
1 sudu makan ovalette
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes pandan
Pewarna hijau epal secukupnya
BAHAN B:
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh cream tartar
1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan A. Pukul hingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream tartar.
Sebatikan adunan menggunakan spatula atau senduk sehingga sekata.
Seterusnya masukkan minyak masak. Kacau lagi hingga adunan menjadi licin berkilat.
Tuang adunan kek ke dalam bekas dan kukus menggunakan api besar selama 15 minit atau sehingga kek masak.
Brownies selalunya dimakan sebagai kek yang penuh dengan rasa coklat. Olah sedikit jadikan biskut yang mempunyai tesktur chewy.
BROWNIES COOKIES KEDUT SERIBU
BAHAN-BAHAN:
3 sudu mentega
400g chocolate dark compound
3 biji telur (1 biji ambik kuning sahaja)
2/3 cawan gula perang ( kurangkan manis jadikan 1/3)
Sedikit esen vanila
35gm tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
CARA MEMASAK:
Ambik 300g dark compound cairkan dengan butter. Lagi 100g cincang letak tepi.
Pukul telor, gula, esen vanila dengan mixer hingga adunan putih.
Masuk tepong, serbuk koko dan baking powder yang diayak. Kacau sebati.
Kemudian masukkan butter dan chocolate yang g dicairkan tadi. Step ini gunakan spatula, kaup sebati dan masukkan chocolate cincang tadi.
Adunan memang cair jadi jangan bimbang.
Rehatkan adunan dalam peti 15 minit.
Sementara itu panaskan oven 180.
Guna scoop ice cream kalau ada. Kalau tidak ada boleh guna sudu sahaja. Sudukan dalam tray. Ikut nak tebal atau nipis cookies tu. Kalau mahu tanggup buat nipis.
Jarakkan jauh-jauh sebab cookies ni akan mengembang.
Taburkan sedikit chocolate cincang tadi kalau ada lebih. Lagi sedap tabur kacang badam pun boleh.
Bakar 15 minit. Habis bakar tunggu sejuk dahulu sebab dia lembik ketika panas.
Antara banyak resepi yang saya jumpa Di Google saya tertarik dengan resepi ini. Alhamdulillah hasilnya 23sangat sedap dan cara membuatnya sangat mudah.
💚 satukan tepung dan baking powder, ayak dan ketepikan 💚pukul butter, gula dan cream cheese sampai kembang dan putih. 💚masukkan telur satu persatu dan esen vanilla 💚masukkan bahan ayak, kaup balik ringan sahaja sampai sebati 💚sediakan loyang 9×9,griskan atau lapik dengan kertas minyak, masukkan adunan, hentak hentak manja. 💚Panas kan oven selama 10minit dulu kemudian bakar kek menggunakan suhu 160° selama 50minit (bergantung pada suhu oven masing masing)
Nak try buat kek carrot? Sedap kan kek carrot ni. Korang boleh try resipi yang dikongsikan oleh Hidayati Hana di dalam facebook group Rasa Share Resipi. Resipinya nampak mudah je. Boleh try hujung minggu nanti ye.
KEK CARROT SIMPLE
BAHAN-BAHAN
2 biji telur ayam
1 cawan gula perang
1 sudu kecil ovalete (tak letak pun tak apa)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji lobak merah (diparut jadikan 1 cawan)
1/2 cawan minyak masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
Sedikit kismis atau walnut
BAHAN TOPING
250 gram cream cheese
6 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
Sebelum dibakar.
Selepas dibakar.
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam, gula perang dan ovalete sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila dan lobak merah. Kacau sikit.
3. Masukkan minyak masak.
4. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
5. Kacau sebati dan masukkan kismis atau walnut.
6. Lapikkan loyang dengan baking paper di bawahnya dan tuangkan adunan.
7. Panaskan oven pada suhu 175 darjah dan bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak bergantung pada oven masing-masing.
8. Selepas masak, sejukkan kek. Kemudian toping dan taburkan lebihan lobak merah serta walnut.
9. Untuk buat toping, satukan cream cheese, susu pekat manis dan gula sehingga kembang.
10. Masukkan esen vanila. Gaul sebati. Sapukan atas kek.