Walaupun bukan hari raya apa salahnya buat biskut? Lagipun biskut ni sedap dan kita boleh adjust sendiri tahap kemanisan yang kita mahu. Jadi, kalau nak lebih elok dimakan, buatlah kurang manis. Biskut ni senang je nak dibuat. Sudahlah senang, sedap pulak tu. Jom try buat.
CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega, gula dan esen vanila. Gaul sebati
2. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan conflakes, badam dan coklat chip. Gaul rata.
4. Bulatkan dan letak atas dulang. Hiaskan dengan ceri merah.
5. Bakar pada suhu 170 darjah sehingga kekuningan. Keluarkan dari oven. Biarkan sejuk.
1. Pukul cream cheese bersama susu pekat manis hingga berkrim dan tiada ketulan (boleh kurangkan susu jika tidak mahu kurang manis). Boleh guna blender atau mixer.
2. Asingkan putih telur dan kuning. Putar putih telur hingga berkrim (meringue). 3. Masukkan kuning telur dalam adunan cheese yang dicampur susu tadi. Kacau rata. 4. Kemudian campurkan adunan putih telur, kaup balik adunan menggunakan senduk hingga semua bahan bercampur sekata.
5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper. 6. Panaskan ketuhar dengan suhu 150C selama 10 minit, kemudian bakar kek dengan teknik water bath ( isi loyang berisi adunan kek dalam loyang lebih besar berisi air). 7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit dengan api atas bawah. Rendahkan suhu kepada 150 C untuk 25 minit seterus atau hingga masak (bergantung kepada oven anda gunakan).
8. Untuk pastikan ia masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi. Tengok sama ada tekstur masih melakat atau tidak pada lidi. Jika tidak melekat, ia sudah masak. 9. Tutup api dan biarkan dalam oven 15 minit dengan pintu oven terbuka sedikit baru keluarkan. 10. Keluarkan dari ketuhar dan boleh hiaskan atasnya dengan parutan keju Cheddar. Kalau nak larutkan parutan keju boleh masukkan dalam oven sekejap. Tanpa topping pun kek ini sangat sedap ye.
INFO: Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
Kredit: Nurul Ain Ridzwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Apa kata ketika stay at home disebabkan PKPB ini kita makan kek coklat lava? Mesti sedap, kan? Coklat Lava ini asalnya daripada kek yang tidak masak. Jadi, kalau terlebih masa masak, akan jadi kek coklat biasa. Nak membuat kek coklat lava ini kena try and error. Kena pandai kawal suhu oven.
.
BAHAN ADUNAN COKLAT MENTEGA
100 gram dark coklat jenis compound coin
5 sudu besar mentega (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT ADUNAN COKLAT MENTEGA
1. Double boil dark coklat dan mentega. Boleh juga guna microwave lagi senang.
BAHAN LAIN
2 biji telur ayam
1 biji telur kuning sahaja
3 sudu besar gula
2 sudu kecil esen vanila (BELI DI SINI)
3 sudu besar tepung gandum (BELI DI SINI)
2 sudu besar serbuk koko
CARA MEMBUAT
1. Whiskkan telur ayam dan gula sampai gula hancur.
2. Masukkan ADUNAN COKLAT MENTEGA dalam telur.
3. Masukkan esen vanila, tepung, serbuk koko dan kacau sebati.
.
.
.
4. Sapu minyak atau mentega kat tepi bekas. Masukkan adunan dalam bekas.
.
.
5. Panaskan oven api atas bawah 200 degree terlebih dahulu.
6. Bakar untuk 10 minit. Pastikan bahagian atas dah kering namun bahagian dalam masih basah lagi.
7. Tutup api oven dan biarkan coklat lava dalam oven untuk 5-8 minit untuk set.
8. Terbalikkkan coklat lava atas pinggan dan tabur gula aising. Sedia dihidang.
A. Boleh guna bekas mufin atau cupcake. Guna bekas aluminium foil pun boleh. Guna bekas Ramekin lagi bagus.
B. Boleh masak guna air fryer. Suhu 180 degree untuk 5 minit sahaja.
Kadangkala, terasa teringin hendak makan biskut coklat, kan? Tidak semestinya ketika Syawal saja. Apa kata, kita tambahkan sedikit rasa oren dalam adunan biskut itu. Mesti sedap.
ORANGE CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN A
250 gram mentega
160 gram gula kastor
1 biji telur gred A
1 biji kuning telur gred A
1 sudu kecil esen oren
Pewarna oren
BAHAN B (DIAYAK)
300 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil emplex
BAHAN C
150 gram coklat cip
100 gram hirisan badam
50 gram cornflakes (diramas halus)
CARA MEMBUAT
1. Mulakan dengan Bahan A dahulu. Dalam bekas, pukul mentega bersama gula kastor sehingga sebati.
2. Masukkan telur ayam satu demi satu sambil dipukul rata.
3. Masukkan pula esen oren dan juga pewarna oren.
4. Kemudian satukan Bahan B ke dalam Bahan A. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan Bahan C.
6. Kaup balik adunan sehingga semua adunan mesra.
7. Ambil sedikit adunan dan letakkan di dalam loyang pembakar.
8. Pastikan dijarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang ketika dibakar.
9. Ulang lamhlah 7 sehingga selesai.
10. Panaskan oven. Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
10. Setelah masak, sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Kuetiau Kari Chinese Style Ipoh yang mudah, berkuah pekat dan sangat sedap. Ikuti resipi lengkap bersama tip memasak untuk hasil yang lebih berlemak dan menyelerakan.