Hidangan mi ringkas yang pastinya membangkitkan selera. Penyediaannya cukup mudah dan ringkas namun rasanya sangat memukau. Dihidangkan bersama hirisan ayam, wantan dan sup. Sangat sesuai dinikmati bagi anda yang inginkan kelainan.

 MI WANTAN BERKICAP & KUAH SUP

 BAHAN-BAHAN UNTUK MI KICAP:

IKLAN
  • 200gm mi wantan basah | celur dan tos
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan minyak masak

BAHAN ISIAN:

  • 3 pokok sawi hijau  | celur dan tos
  • 150gm isi dada ayam | rebus dan hiris nipis
  • 4 biji dumplim  isi ayam | goreng

BAHAN SUP:

IKLAN
  • 2 mangkuk air rebusan ayam
  • 1 biji bawang putih | titik
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 2cm halia | hiris
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan perasa secukupnya

BAHAN SAMPING

  • Sambal kicap atau cili potong
  • Hirisan limau nipis

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak dalam kuali,  tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan mi wantan, kicap pekat, sos ikan dan minyak bijan.  Gaul rata dan ketepikan.
  2. Seterusnya sediakan sup. Masukkan air rebusan ayam dalam periuk bersama bawang putih, bawang merah, halia.
  3. Renehkan di atas dapur hingga mendidih, kemudian perasakan dengan serbuk pati ayam, garam dan persa secukupnya.
  4. Setelah masak, tutup api dan tapiskan sup ke dalam mangkuk, ke tepikan.
  5. Untuk menghidangkan, masukkan mi wantan dalam mangkuk, kemudian hias atasnya dengan  hirisan ayam, daun sawi, hirisan limau dan dumpling yang telah digoreng.
  6. Hidangkan bersama kuah sup dan hirisan cili jeruk atau sambal kicap. Ikut cita rasa.

INFO CHEF: boleh juga kuah sup dicampurkan terus di dalam mangkuk kuah. Ikut suka.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI