Sup ikan jernih yang segar serta rasa masam dan pedas yang sungguh menyelerakan. Gerenti hirup sup sampai licin mangkuk. Makan panas-panas memang puas menikmatinya. Boleh aje dimakan begitu sahaja, kalau tengah berdiet atau tak selera nak makan nasi.
SUP IKAN SIAKAP VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
3 biji bawang merah sederhana besar – dimayang*
4 biji bawang putih – dimayang*
Halia sebesar ibu jari – potong memanjang*
Sedikit minyak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perasa | Jika suka
2 Sup bunjut
Kayu manis
Bunga lawang
CARA MEMASAK:
Ads
1. Tumis bahan yang bertanda * sampai naik bau
2. Masukkan air agak-agak sesuai untuk sup seekor ikan.
3. Masukkan sup bunjut, kayu manis & bunga lawang.
4. Masak sampai mendidih. Bila sudah mendidih masukkan garam & perasa.
6. Kemudian masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak.
7. Bila ikan sudah masak, rasa sup pun dahulu dan tutup api.
Ads
BAHAN HIASAN & PELENGKAP:
Daun sup – hiris
4 biji cili api – potong kecil
1 biji limau nipis – potong
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Masa hendak hidangkan sup, boleh taburkan dengan bahan-bahan pelengkap/hiasan dan limau nipis. Siap!
INFO CHEF:
Ads
Masa masak tidak perlu balik-balikkan ikan sebab nanti isi ikan hancur. Cukup sekadar ikan tenggelam keseluruhan bahagian di dalam sup
Masakan sup di Kelantan memang menggunakan perahan limau nipis, cili padi potong selain daun sup & bawang goreng dalam masakan mereka. Ala-ala thai sup macamtu.
Info Tambahan : Boleh aje kalau nak gantikan dengan ikan merah atau jenahak.
Kalau masakan berasaskan cili padi, memang ramailah peminatnya. Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, memang sedap dan terbaik.
Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas tetap menjadi pilihan!
Jom kita cuba 4 resipi ikan dan cili padi sebagai hidangan pemikat selera.
KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis 20 biji cili padi | hiris – beli online di sini
1. Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. 2. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata. 5. Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 6. Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL KERING IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 biji cili merah 15 biji cili padi 1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan. 2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa. 5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak. 4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 5. Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi. 6. Gaul rata dan tutup api. Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis besar | basuh & toskan 1 biji bawang besar | hiris 2 ulas bawang putih titik 2 biji cili merah 8 biji cili padi Sedikit gula Garam jika perlu Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng & menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi. 3. Tumis hingga wangi dan layu. Masukkan ikan masin. Kacau rata. 4. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Bersih, suci dan halal inilah tiga perkara yang ada bila diusahakan oleh orang Islam. Beli fish cake baca labelnya, lihat logo halalnya, tapi buat sendirikan lagi jimat dan pastinya lebih segar.
Kenyal dan manis ni min kongsikan fish cake sedap dari Tahrunissah Jalil. Sedap masuk dalam mi goreng, kuah dan mi sup dan macam-macam lagi.
HOMEMADE FISH CAKE
BAHAN-BAHAN :
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu teh tepung jagung | membukit
1 sudu teh garam | nanti masa dah siap blend rasa lagi sebab bila sejuk lebih masin
sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 cawan air sejuk (dari ais)_
** anda boleh menggantikan dgn fish fillet tapi abaikan/jgn taruk air ye sbb dlm fillet tu dah ada kandungan air dah… so abaikan sukatan air tu
CARA MEMASAKNYA: 1. Isi ikan tenggiri diambil ..kulit tak mau ye dan diblend halus saya guna food prosessor 2. Kemudian masukkan sedikit air ais ..kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih 3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.. 4. Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi, loyang tu biarlah boleh masuk dlm periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas.. 5.Masukkan adunan ikan tadi dlm bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak kluarkannya..(mcm buat serimuka)ratakan ia serta padatkannya.. menggunakan minyak yang disapu dijari anda utk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak..dlm 15 minit atau sehingga masak 6. Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong sepertimana bentuk fishcake..
panaskan minyak terendam.. dan goreng sekejap hingga ia kekuningan.. angkat dan toskan minyak siap..alhamdulillah..
Kredit resipi : tahrunissah jalil FB : 1001 Jenis Resepi Masakan Dan Petua DI Dapur
Nah ni min kongsikan sup kek ikan dan bebola ikan dengan cendawan tiram yang mudah sangat dan sedap betul rasanya. Resipi dari Cik Ina, sesuai untuk orang bujang dan supermom yang sibuk tu.
SUP KEK & BEBOLA IKAN DENGAN CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN
3-4 ulas bawang merah
3-4 bawang putih
*Kedua bahan dibasuh,diketuk kemudian dibuang kulit dan cincang kasar mengunakan pisau besar
5-6 keping cendawan tiram-cuci kemudian siat-siatkan dan tuskan airnya
sepaket fishball sederhana besar dan fish cake ( ambil separuh separuh)
1/2 kiub pati ayam
2-3 tangkai daun bawang-dihiris sederhana halus
CARA MEMASAKNYA: 1. Tumis bawang ketuk (no-2)dalam minyak yang sedikit hingga naik bau dan layu. 2. Pecahkan kiub pati ayam , tumiskan sekejap 3. Masukkan 1 liter air , biar agak mendidih 4. Masukkan fishball dan fish cake , biar seminit 5. Masukkan cendawan tiram biar seminit 6. Sebelum angkat taburkan daun bawang yang dah dihiris tadi, seminit kemudian terus tutup api.